CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 412|Reply: 0

[Sukan Bermotor] Piastri kukuhkan kedudukan pendahulu F1

[Copy link]
Post time 2-6-2025 12:15 PM | Show all posts |Read mode
Piastri kukuhkan kedudukan pendahulu F1

Jun 2, 2025 @ 8:02am





Pemandu McLaren, Oscar Piastri menjulang trofi di podium selepas memenangi perlumbaan Grand Prix Formula Satu Sepanyol di Litar Barcelona-Catalunya, Barcelona. – Foto REUTERS



BARCELONA, Sepanyol: Oscar Piastri memandu dengan tenang dan penuh kawalan dalam perlumbaan mencabar lewat malam tadi untuk menewaskan pencabar dan rakan sepasukan Lando Norris, ketika McLaren meraih kemenangan pertama di Grand Prix Sepanyol sejak 2005 dengan keputusan cemerlang 1-2.

Pemandu Australia berusia 24 tahun itu menamatkan perlumbaan 2.4 saat di hadapan Norris, sekali gus melebarkan jurangnya di tangga teratas kejuaraan dunia kepada 10 mata.

Pelumba Ferrari, Charles Leclerc menamatkan perlumbaan di tangga ketiga selepas penamat yang dramatik.

Juara dunia empat kali, Max Verstappen dari Red Bull menggunakan strategi tiga hentian yang menyebabkannya kehilangan tempat ketiga pada pusingan akhir sebelum dikenakan penalti 10 saat akibat pelanggaran dengan pemandu Mercedes, George Russell, yang menamatkan perlumbaan di tempat keempat.





Kemenangan itu adalah yang kelima buat Piastri musim ini dan yang ketujuh dalam kariernya - serta podium kelapan berturut-turut buat McLaren, satu pencapaian yang sebelum ini hanya dicapai oleh juara tiga kali Ayrton Senna dan juara tujuh kali Lewis Hamilton.

Nico Hulkenberg menamatkan perlumbaan di tangga kelima selepas bermula dari petak ke-15 untuk Sauber, diikuti oleh Hamilton yang kini bersama Ferrari, pendatang baharu Racing Bulls Isack Hadjar dan Pierre Gasly dari pasukan Alpine.



Oscar Piastri meraikan di podium bersama pemenang tangga kedua Lando Norris dan pemenang tangga ketiga Charles Leclerc. – Foto REUTERS

Juara dunia dua kali dan wira tempatan, Fernando Alonso menduduki tempat kesembilan buat Aston Martin manakala Verstappen diklasifikasikan di tempat ke-10 selepas insiden akhir perlumbaan yang menyebabkan juara dunia 2016, Nico Rosberg mencadangkan supaya dia diberi bendera hitam dan disingkirkan daripada perlumbaan.

"Ia agak mengejutkan apabila melihat Max cuba strategi tiga hentian dan hampir berjaya," kata Piastri.

"Tetapi secara keseluruhan, hujung minggu ini amat baik. Kelajuan keseluruhan amat memberangsangkan dan kami mampu pecut bila perlu – saya amat bangga dengan kerja keras yang kami lakukan sepanjang minggu ini.

"Ia cara terbaik untuk bangkit semula selepas Monaco. Ia benar-benar hujung minggu yang hebat."

Pemenang di Monaco, Norris bermula di petak kedua tetapi kehilangan posisi kepada Verstappen pada pusingan pertama sebelum bangkit semula untuk menamatkan perlumbaan di belakang rakan sepasukannya.

"Oscar memandu dengan amat baik hari ini," kata Norris. – AFP



Oscar Piastri mendahului pada awal perlumbaan di Litar Barcelona-Catalunya. – Foto REUTERS




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-7-2026 05:07 AM GMT+8 , Processed in 0.045057 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list