CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 321|Reply: 0

[Sukan Bermotor] Putera Adam cipta sejarah di Itali

[Copy link]
Post time 2-6-2025 04:40 PM | Show all posts |Read mode
Putera Adam cipta sejarah di Itali

Oleh Khairil S Iswan - Jun 2, 2025 @ 4:18pm





Putera Adam (dua dari kiri) meraikan kejayaan bersama Levet di podium. - Foto VSR



KUALA LUMPUR: Pelumba negara, Putera Adam Halim melakar sejarah dalam arena sukan permotoran tanah air apabila bergelar pelumba Malaysia pertama menjuarai perlumbaan di Kejuaraan Lamborghini Super Trofeo Eropah 2025 dalam kategori PRO.

Kemenangan membanggakan itu diraih Putera Adam bersama rakan sepasukannya dari Perancis, Paul Levet pada Perlumbaan 2 pusingan kedua kejuaraan itu di Litar Autodrom Kebangsaan Monza, Itali, minggu lalu.

Berlumba mewakili pasukan Itali, Vincenzo Sospiri Racing (VSR), gandingan Putera Adam-Levet tampil dengan semangat juang tinggi sekalipun berdepan cabaran termasuk mengalami masalah mekanikal pada Perlumbaan 1.

Memandu Lamborghini Huracan EVO2, masalah yang berpunca daripada kegagalan alternator menyaksikan mereka sekadar menamatkan perlumbaan di kedudukan keenam walaupun bermula dari petak utama.

Dan sekalipun bermula di petak kelapan pada Perlumbaan 2, Putera Adam menampilkan perlumbaan bertenaga dengan memintas pelumba satu demi satu sehingga berada di kedudukan ketiga sebelum masuk ke fasa pertukaran pemandu.

Strategi tepat pasukan VSR yang melakukan pertukaran pada masa optimum terbukti menjadi kunci kemenangan dengan Levet mengambil alih posisi pemandu dengan tenang sebelum memintas pendahulu, Calle Bergman dari pasukan Leipert Motorsport dan mengekalkan kedudukan hingga ke garisan penamat.

Gandingan itu melepasi garisan penamat dengan catatan masa keseluruhan 48 minit 45.387 saat.

"Alhamdulillah, ia minggu yang cukup mencabar. Kami tidak dapat menjalani sesi latihan bebas seperti biasa dan masalah teknikal pada perlumbaan pertama sedikit sebanyak menjejaskan rentak kami," kata Putera Adam.

Kemenangan itu menyaksikan mereka mengumpul 26 mata selepas dua pusingan dan menghuni kedudukan kelima dalam carta keseluruhan kategori PRO.

https://www.bharian.com.my/sukan/litar/2025/06/1403708/putera-adam-cipta-sejarah-di-itali





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-3-2026 12:20 PM GMT+8 , Processed in 0.327929 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list