CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 425|Reply: 0

[Sukan & Senibela Diri] Syazwani sasar Boling Terbuka Singapura

[Copy link]
Post time 2-6-2025 10:41 PM | Show all posts |Read mode
Syazwani sasar Boling Terbuka Singapura

Amirul Fazli Zulkafli[email protected]





SYAZWANI juara Kejohanan Boling Antarabangsa Kuala Lumpur. -FOTO Aziah Azmee




Kuala Lumpur: Pemain boling negara, Nur Syazwani Sahar optimis mampu mencapai prestasi cemerlang sekali gus berada dalam kelompok 10 terbaik pada Kejohanan Boling Terbuka Singapura yang akan bermula 10 hingga 13 Jun ini.

Jelas Syazwani, segala persiapan akan dilakukan dengan lebih rapi dan akan memberi penekanan kepada beberapa aspek bagi memastikan setiap balingannya itu dapat menjatuhkan kesemua pin.

"Dengan masa yang ada sebelum kejohanan itu bermula, saya akan berlatih bersungguh-sungguh untuk menajamkan semula kemahiran dan menyasarkan diri untuk berada di kelompok 10 terbaik di Terbuka Singapura," katanya.

Selain itu, dirinya turut mendapat motivasi selepas muncul pemain wanita terbaik dalam kategori Divisyen Terbuka Masters pada Kejohanan Boling Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIO) 2025, semalam.

Mengulas mengenai prestasi di KLIO 2025, dia mengakui kekurangan masa berehat selepas sampai daripada Amerika Syarikat (AS) sedikit sebanyak memberi kesan kepada momentumnya pada hari kejadian.

Di samping itu, Syazwani yang menyertai pertandingan Jelajah Profesional Boling Wanita (PWBA) Queens berjaya meraih kedudukan 16 terbaik daripada hampir 200 peserta antarabangsa.



Disiarkan pada: Jun 2, 2025 @ 7:09pm

https://www.hmetro.com.my/arena/lain/2025/06/1225747/syazwani-sasar-boling-terbuka-singapura




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-8-2026 07:46 AM GMT+8 , Processed in 0.034624 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list