CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 332|Reply: 0

[Sukan & Senibela Diri] Sivasangari mara ke pusingan ketiga Terbuka British

[Copy link]
Post time 2-6-2025 10:45 PM | Show all posts |Read mode
Sivasangari mara ke pusingan ketiga Terbuka British

Jun 2, 2025 @ 10:05pm




Aksi Sivasangari ketika menentang pemain India, Ahanat Singh, hari ini. Foto PSA Squash Tour



KUALA LUMPUR: Jaguh skuasy wanita negara S. Sivasangari melangkah ke pusingan ketiga kejohanan Terbuka British 2025 di Birmingham hari ini.

Dalam aksi pusingan kedua di Birmingham Repertory Theatre pemain ranking kelapan dunia itu memerlukan 45 minit untuk mencatat kemenangan 12-10, 9-11, 11-8, 11-7 ke atas wakil India Ahanat Singh.

Menanti Sivasangari di pusingan ketiga, pemain pilihan ketujuh kejohanan dari Jepun Satomi Watanabe yang turut mara selepas menewaskan pemain Perancis Melissa Alves 11-8, 11-5, 11-1.

Terdahulu, Sivasangari bergelar satu-satunya wakil wanita Malaysia yang masih meneruskan cabaran dalam kejohanan tersebut selepas Aira Azman, Noor Ainaa Amani Ampandi tersingkir awal.

Jaguh skuasy lelaki negara Ng Eain Yow juga kalah kepada lawan bukan pilihan pada pusingan kedua awal pagi tadi. - BERNAMA

https://www.bharian.com.my/sukan/raket/2025/06/1403809/sivasangari-mara-ke-pusingan-ketiga-terbuka-british





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2026 04:56 AM GMT+8 , Processed in 0.207543 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list