CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: semutkurus

Final Piala FA 2011 - Tahniah Terengganu Juara Tewaskan Kelantan 2-1

 Close [Copy link]
Post time 12-6-2011 01:25 AM | Show all posts
dop cuti la tu esok.....dop dengor pong
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-6-2011 02:40 AM | Show all posts
Badi 10 tahun Terengganu berakhir dengan Piala FA

Ahad, 12 Jun 2011
Source: D5 Sports



Image © D5
Pemain Terengganu meraikan kejayaan menjulang piala FA apabila menewaskan pasukan Kelantan 2-1 dalam perlawanan akhir Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil Kuala Lumpur.

BUKIT JALIL, (D5) - Terengganu menang 2-1 dalam pertembungan akhir Piala FA penuh dramatik di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Pemain gantian, Ahmad Nordin Alias yang masuk menggantikan Ismail Faruqi Asha'ri di bahagian tengah muncul wira Sang Penyu yang bangkit daripada ketinggalan 1-0 sejak minit ke-80.

Belum ada sorakan gol dalam tempoh 45 minit perlawanan akhir Piala FA di antara Terengganu dan Kelantan dalam suasana penuh debaran yang disaksikan hampir Stadium Nasional Bukit Jalil yang padat.

10 minit pertama Kelantan masih mencari rentak di mana penjaga gol lawan, Sharbinee Allawee Ramli belum lagi teruji. Penggempur utama skuad Peteh Terengganu Peteh, Abdul Hadi Yahaya cuba mengalihkan perhatian yang diberikan kepadanya dengan banyak membantu menggerakkan bahagian sayap kanan.

Pada minit ke-13, benteng Sang Penyu berpunca daripada tandukan tidak kena Marzuki Yusof nyaris dihukum Norshahrul Idlan Talaha, namun kapten itu sempat menghalang lariannya penyerang tersebut.

Kecemerlangan Khairul Fahmi Che Mat memastikan kubu Kelantan tidak dibolosi pada minit ke-21 dengan menghalang rembatan Abdul Hadi yang melepasi perangkap ofsaid.

Kelantan banyak dihadiahkan sepakan percuma dan Abdul Manaf Mamat menjadi pemain pertama dilayangkan kad kuning oleh pengadil bertugas, Mohd Nafeez Abdul Wahab.

Pujian harus diberikan kepada jentera tengah Terengganu yang dikemudi Ismail Faruqi Asha'ri dan Reeshafiq Alwi yang bergandingan membaca gerakan-gerakan lawan.

Berbanding Irfan Bakti, jurulatih Kelantan, Datuk M. Karathu lebih tenang memberi arahan di tepi padang sekalipun pergerakan serangan anak-anak buahnya lebih terhad.

Kelantan mula menyesuaikan diri dengan suasana perlawanan yang tegang.

Aksi terbaik dipamerkan pada minit ke-41, rembatan deras Norshahrul memaksa Sharbinee mengerahkan segala ototnya melonjak ke udara bagi menampan cubaan tersebut.

Penyokong Kelantan cemas seketika apabila Khairul Fahmi tersilap menjangka bola tinggi yang hampir disambar Ashaari Samsudin.

Separuh masa pertama ditutup dengan sepakan percuma oleh Nurul Azuan Roya melintasi depan gol lawan.

Terengganu menyambung permainan dengan rembatan leret Abdul Manaf yang tersasar selepas merampas bola daripada pertahanan lawan.

Didorong oleh kekasaran yang dilakukan Ismail Faruqi ke atas Nurul Azwan, pengadil melayangkan kad kuning buat pemain tersebut disusuli dengan tandukan tinggi Badrul Radzi hasil sepakan percuma itu.

Insiden baling objek ke arah pintu gol Terengganu tidak merencatkan keghairahan permainan. Khairul Fahmi terus bertindak cemerlang dengan menafikan percubaan jarak jauh Joseph Kalang Tie.

Permainan Kelantan berbeza dengan menggunakan segenap penjuru padang untuk mengatur gerakan bagaimanapun masa gagal menembusi benteng ampuh yang diterajui Marzuki Yusof.

Kemasukan Muhammad Ramzul Zahini yang menggantikan Mohd Izuan Solahuddin pantas memberi impak dalam usaha Kelantan mengatur serangan.

Stadium Nasional Bukit Jalil gamat seketika selepas bola muntah bergolek semula ke arah Ramzul namun Sharbinee lebih cekap mempertahankan pintu golnya.

Nurul Azuan Roya bijak membaca hantaran Mohd Shakir Shaari lalu meluru pantas ke pintu gol Terengganu sebelum licik mengatasi pertahanan dan seterusnya menyungkit bola tinggi melepasi Sharbinee ketika permainan berbaki 10 minit lagi.

Terengganu beroleh kesempatan terbaik untuk menyamakan kedudukan tetapi bola sekadar singgah dipalang gol dan mereka gagal menghalang kejayaan Kelantan dalam

Ketika wisel masa kecederaan empat minit seakan bakal ditiupkan, kesilapan Daudsu Jamaludin yang tertanduk ke gawang sendiri mengheret permainan ke masa tambahan.

Semangat Kelantan bagaikan sudah luntur dan mula keletihan sehingga banyak memberi pemain lawan mencipta ruang dan akibatnya memakan diri menerusi gol Ahmad Nordin.

Kelantan kelihatan tidak bermaya untuk bangkit lagi dan akhirnya terus kempunan untuk mengecap trofi Piala FA.
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2011 02:53 AM | Show all posts
TERBAIK ORG GANUNG KITER
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2011 04:52 AM | Show all posts
tahniah TERENGGANU.....
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2011 05:53 AM | Show all posts
xdop hal la.. klate maseh ado pluang jore liga super taun neh...

malaysia cup ado lg....
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2011 07:29 AM | Show all posts
tahniah trg.................mmg dramatik gila game mlm td............antara game final yg best aku tgk utk liga tempatan ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-6-2011 07:59 AM | Show all posts
Post Last Edit by d_anne04 at 12-6-2011 11:56

tahniah kepada pasukan Terengganu..tahniah kepada Irfan Bakti...
tak dilupakan juga..Daudsu Jamaluddin..jasamu dikenang oleh seluruh rakyat trg kerana membangkitkan semula semangat juang pemain trg dan juga penyokong..
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2011 09:17 AM | Show all posts
trharu dgn semangat juang pasukan Terengganu. brjuang walau hanya tinggal nyawa2 ikan. semangat mcm inilah yg perlu ada pada diri kita. patut dicontohi oleh semua org.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-6-2011 10:52 AM | Show all posts
wtpe x cuti arini?? adoilaa
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2011 10:57 AM | Show all posts
Reply 67# d_anne04

yg create chance 2nd gol ganu pun dia gop.. ekkekeke.... wi konar... kalu x,musti penalti dh
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2011 11:31 AM | Show all posts
peras weh kelate kaloh smale

pepe pon congratz ganung!
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2011 11:54 AM | Show all posts
wtpe x cuti arini?? adoilaa
melly Post at 12-6-2011 10:52



geng..kita tunggu sampai petang ni..mana tahu sukma juarai pulok kali ni..kemenangan berganda untuk terengganu..harap-harap MB bagi cuti esok...
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2011 12:22 PM | Show all posts
hebak awok2 kita juara piala fa pastu juara sukma pulok..anak2 ganu memang nelang bab2 sukan nih...
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2011 12:55 PM | Show all posts
geng..kita tunggu sampai petang ni..mana tahu sukma juarai pulok kali ni..kemenangan berganda  ...
d_anne04 Post at 12-6-2011 11:54



    bdget leh cuti 2hr arini ngam esk. arini cuti bola. esok cuti sukma. bjok dh wase.
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2011 01:13 PM | Show all posts
Hebat PANTAI TIMUR leni.. Beyond skg dua2 hahah tp taat setia mestilah kepada negeriku TERENGGANU. Dap doh sye menang semalam..
TAHNIAH:
-utk SUPPORTERS team GANU-KELATE yg cool kat stadium n kat page fb kelab2 penyokong, hok emo lebih kurang tu wat dek je lah deh
-team players KELATE-GANU atas semangat juang dan semangat kesukanan yang tinggi.. Andalah NADI HARIMAU MALAYA!!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2011 03:02 PM | Show all posts
bravo nordin...anda hebak!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-6-2011 03:23 PM | Show all posts
setuju ngan 7sight. Tp beyond x tgk pn smlm dia beraksi mcmana tp tgk update kat fb penyokong kelab peteh. Tiap2 minit update, lenguh jari2 tekan keypad kat hp tgk fb.. Sambil doa biarla gol 1 lg masa kedudukan terikat 1-1 tu.. Alhamdulillah berjaya.. 2-1. Benornya beyond target gak 2-1 smlm. Haha.
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2011 08:54 AM | Show all posts
terbaik ah ganu
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2011 12:47 PM | Show all posts
momod sila tutup poll ni...perlawanan dah abis...
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2011 01:26 PM | Show all posts
mlm ni akan ada pengumuman cuti kot oleh mat said kat syahbandar sempena majlis meraikan kejayaan menang Piala FA dan juara SUKMA
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 04:50 AM GMT+8 , Processed in 0.067754 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list