View: 2210|Reply: 16
|
'Berlaku kekeliruan, Fahmi Reza tidak dikenakan sekatan pergerakan' - KPN
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR: Tiada sekatan pergerakan dikenakan ke atas aktivis dan pereka grafik, Fahmi Reza seperti yang tular di media sosial sejak semalam.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, berkata Fahmi Reza atau nama penuhnya Mohd Fahmi Reza Mohd Zarin hanya disenarai dalam senarai pemantauan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
"Sehubungan itu, PDRM ingin menjelaskan tiada sebarang sekatan rasmi dikenakan terhadap Fahmi Reza pada masa ini.
"Bagaimanapun, nama beliau dimasukkan ke dalam senarai pemantauan pergerakan bagi tujuan rekod dan rujukan dalaman PDRM berikutan siasatan kes yang masih dijalankan oleh pihak kami.
" enting untuk ditegaskan senarai pemantauan ini bukanlah satu bentuk sekatan pergerakan, sebaliknya sebahagian daripada prosedur pemantauan lazim yang dilaksanakan oleh pihak berkuasa," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, sekatan pergerakan yang dikeluarkan ke atas Fahmi Reza semalam berlaku berikutan kekeliruan semasa proses semakan di pintu keluar negara.
Katanya, pihak berkaitan sedang meneliti isu itu dan langkah sewajarnya akan diambil bagi memperkemaskan prosedur sedia ada.
" DRM kekal komited dalam melindungi dan menghormati hak kebebasan bergerak setiap rakyat Malaysia.
"Individu itu bebas untuk melakukan perjalanan keluar dan masuk seperti biasa tertakluk kepada peraturan yang ditetapkan oleh Jabatan Imigresen dan undang-undang berkaitan," katanya.
Semalam, media melaporkan Fahmi Reza dalam satu hantaran di media sosial mendakwa dirinya disenarai hitam daripada keluar negara selepas dia dihalang daripada berlepas ke Singapura.
Fahmi Reza dilaporkan berkata, dirinya tidak dibenarkan keluar negara atas arahan Bukit Aman dan perkara itu dimaklumkan kepadanya oleh pegawai Imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Sumber – KOSMO! ONLINE |
|
|
|
|
|
|
|
alana94 replied at 8-6-2025 04:46 PM
siapa fahmi reza ni
Fahmi Reza ni aktivis dan pereka grafik. Baru2 ni heols trlbt dlm kes vandalism kt tmpt awam. Kes tu psl artwork heols yg tnjuk Musa Aman, Gabenor Sabah bru dilntik, dgn duit RM100 trslt kt gigi dia |
|
|
|
|
|
|
|
Heols mmg dlm list pemantauan polis, so polis blh tau ke mana dia gi klu nk follow up case tu. Bnda ni normal je utk sape2 yg trlbt dlm case aktif, lg2 klu libtkn public figure atau isu sensitif |
|
|
|
|
|
|
|
xleh travel tu sbnrnya sbb prosedur kt imigresen je. System detect nama dia sbb dh ada dlm list, officer pun xnk silap, so diorg stop heols dulu nk check dgn Bukit Aman |
|
|
|
|
|
|
|
Haaa sudah bapak penelefon negara tuduh ni smua salah polis plak |
|
|
|
|
|
|
|
Halahh halah mengada nyer kutu belahak kertu sekoq ni.dgn pm,igp kena kena keluar statement bagai .mcm besar sgt isu negara.bagi jela berambus x balik2 pun xpe.dah la tu alasan berambus tu pun tgk konsert.cam sial |
|
|
|
|
|
|
|
Padam muka ko dek
Sape suruh keluar dari team baik |
|
|
|
|
|
|
|
Adoi, ni mcm nk buat drama je, konon victim la. Nk luah pndpt politik, luah la kt socmed mcm org lain. Xyah la nk vandal2 brg awam plk |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau ada yang masih tak faham, bebas bergerak tu salah satu hak asasi. Yes, it is big deal.
|
|
|
|
|
|
|
|
Benci aku si fahmi reza ni. Ntah hapa dia perjuangkan aku pun tak tau. Perli sana, perli sini. Lukis kartun satire gambar kurang ajar mengata pemimpin, royalties.
|
|
|
|
|
|
|
|
Pulak
Dah tu dapat p singapore ke tidak? |
|
|
|
|
|
|
|
Betul
Freedom of movement tu hak asasi
Dia disiasat bukan dlm tangkapan lokap ke reman ke apa
Yg pergi sekat tu nape
Lepas tu sembang konon ada mistake kekeliruan
Bodohnye |
|
|
|
|
|
|
|
aGAK2 dia boleh saman sesapa tak atas larangan yg tak sepatutnya dia kene tahan tu? |
|
|
|
|
|
|
|
Acik2 maki hamun pun dia femes keje lukis kartun ja. Sekali dia pos kat fb PMX, IGP pun amik perhatian. Acik2 mampu ketap bibir ja lah. |
|
|
|
|
|
|
| |
|