Reply 115# missymia
email berantai pasal haram menikahi org yg pregnant tuh, mmg ramai dapat..tp semua terus ambil tanpa usul periksa
http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/mengahwini-perempuan-yang-sedang-mengandung-anak-luar-nikah
Mengahwini Perempuan Yang Sedang Mengandung Anak Luar Nikah
Keputusan:
Persidangan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-3 yang bersidang pada 21-22 Jan 1971 telah membincangkan Mengahwini Perempuan Yang Sedang Mengandung Anak Luar Nikah. Persidangan telah memutuskan bahawa perempuan yang sedang mengandung anak luar nikah harus dinikahkan tetapi anaknya tidak boleh dinasabkan kepada lelaki itu, tidak dapat pesaka daripadanya, tidak menjadi mahram kepadanya dan lelaki itu tidak boleh menjadi walinya.
|