CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 143|Reply: 1

[Sembang Bola Sepak] Penyokong Malaysia, Vietnam mula penuhi stadium

[Copy link]
Post time 10-6-2025 07:13 PM | Show all posts |Read mode
Penyokong Malaysia, Vietnam mula penuhi stadium

Oleh Muhammad Asyraff Hafizi - Jun 10, 2025 @ 7:08pm





Penyokong Vietnam di Stadium Nasional Bukit Jalil bagi menyaksikan perlawanan Kelayakan Piala Asia 2027 antara Malaysia dan Vietnam di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur. - Foto NSTP/Ahmad Ukasyah






KUALA LUMPUR: Stadium Nasional Bukit Jalil mula dibanjiri penyokong Harimau Malaya seawal jam 4 petang hari ini, menjelang perlawanan penting menentang Vietnam dalam aksi terakhir Kumpulan D pusingan kelayakan kedua Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027.

Walaupun sepak mula dijadualkan jam 9 malam, penyokong mula memenuhi tempat duduk stadium secara berperingkat bermula tengah hari, dengan suasana bertukar hangat apabila ribuan penyokong mula melaungkan sorakan dan menyanyikan lagu keramat "Malaysia Boleh" dan "Negaraku".

Tinjauan di sekitar stadium mendapati pelbagai kumpulan penyokong hadir lengkap dengan jersi kebangsaan, bendera gergasi serta pancaragam penyokong yang mencetuskan suasana seolah-olah final kejohanan.

Difahamkan, jualan tiket mendapat sambutan hangat dalam jam-jam terakhir sebelum perlawanan, membuktikan sambutan luar biasa peminat bola sepak tanah air terhadap perlawanan yang dianggap sebagai misi 'hidup mati' skuad negara untuk terus bersaing merebut tempat ke pusingan ketiga dan ke Piala Asia 2027.

Pihak keselamatan turut dilihat mengawal aliran masuk penyokong bagi memastikan segalanya berjalan lancar menjelang sepak mula.

Keadaan trafik di sekitar kawasan juga dilaporkan sesak dengan penyokong yang datang dari seluruh negara.

Malaysia yang kini berada di tangga ketiga kumpulan wajib menewaskan Vietnam untuk mengekalkan peluang layak ke pusingan seterusnya, sekali gus menamatkan penantian lebih sedekad untuk layak ke pentas Piala Asia secara merit.

Dengan lebih 50,000 tempat duduk dijangka dipenuhi malam ini, suasana 'gelombang kuning hitam' di Bukit Jalil menjadi bukti semangat luar biasa rakyat Malaysia dalam menyokong perjuangan Harimau Malaya.

https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2025/06/1406587/penyokong-malaysia-vietnam-mula-penuhi-stadium





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-6-2025 07:15 PM | Show all posts





Penyokong Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil bagi menyaksikan perlawanan Kelayakan Piala Asia 2027 antara Malaysia dan Vietnam di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur. - Foto NSTP/Ahmad Ukasyah








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-7-2025 07:08 AM GMT+8 , Processed in 0.045976 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list