CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 140|Reply: 0

[Sukan Bermotor] Bagnaia kembali selesa tunggang jentera

[Copy link]
Post time 11-6-2025 04:01 PM | Show all posts |Read mode
Bagnaia kembali selesa tunggang jentera

Agensi





BAGNAIA raih podium ketiga di Aragon. FOTO AFP



Aragon: Juara dunia dua kali, Francesco Bagnaia mengakui kembali menemui rentak sebenar selepas menguji cakera brek depan bersaiz lebih besar 355mm pada jentera Ducati GP25 miliknya semasa ujian rasmi MotoGP di Aragon, Isnin lalu.

Bagnaia, yang bergelut sejak awal musim untuk mendapatkan semula keyakinan ketika memasuki selekoh, menyatakan perubahan kepada cakera lebih besar membantunya dengan ketara.

Pelumba Itali itu terlebih dahulu menguji cakera itu pada sesi pemanas badan pagi Ahad sebelum beraksi cemerlang dengan menamatkan perlumbaan utama di tempat ketiga, mengatasi Pedro Acosta dan mengekori dua adik beradik iaitu Mar dan Alex Marquez di kedudukan podium.

"Saya rasa ini adalah ujian paling positif untuk saya musim ini. Ia sangat penting selepas perlumbaan di mana saya mula faham dan membina keyakinan sedikit demi sedikit.

"Saya bermula dengan baik dan dapat menguji beberapa komponen. Di Jerez sebelum ini, mustahil untuk memahami apa-apa, jadi saya amat gembira dengan ujian kali ini," katanya.

Bagnaia mencatat masa kesembilan terpantas, ketinggalan 0.697 saat di belakang pelumba Tech3 KTM, Maverick Vinales yang mencatat masa terpantas.

Dia turut menjelaskan bagaimana cakera 355mm membantu meningkatkan kawalan ketika membrek, berbanding cakera standard 340mm yang digunakan sebelum ini:

"Pada hari Sabtu dengan cakera 340mm, saya tidak dapat kawal sepenuhnya kerana ketika melepaskan brek, motosikal tidak berhenti.

"Saya perlu gunakan semua tenaga untuk menghentikan jentera dan ia sangat sukar untuk dikawal," katanya.



Disiarkan pada: Jun 11, 2025 @ 1:07pm

https://www.hmetro.com.my/arena/permotoran/2025/06/1228761/bagnaia-kembali-selesa-tunggang-jentera




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-7-2025 08:53 AM GMT+8 , Processed in 0.037998 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list