CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 121|Reply: 0

[Sukan & Senibela Diri] Giliran Romeo takluk peringkat ketiga Criterium du Dauphine

[Copy link]
Post time 11-6-2025 04:07 PM | Show all posts |Read mode
Giliran Romeo takluk peringkat ketiga Criterium du Dauphine

AFP





REAKSI gembira Ivan Romeo selepas melintasi garisan penamat. FOTO AFP



Charantonna: Pelumba Sepanyol, Ivan Romeo mencipta kejutan apabila menjuarai peringkat ketiga Criterium du Dauphine, selepas meloloskan diri pada penghujung perlumbaan sejauh 207 kilometer dari Brioude ke Charantonnay.

Kejayaan itu sekali gus menyaksikannya merampas jersi kuning selaku pendahulu keseluruhan.

Pelumba berusia 21 tahun dari pasukan Movistar itu meninggalkan rakan sepasukan termasuk juara dunia dari Belanda, Mathieu van der Poel, beberapa kilometer sebelum garisan penamat dan memecut solo ke bandar Charantonnay.

"Saya sudah fikirkan mengenai peringkat ini sejak sebulan lalu. Sukar untuk saya percaya kemenangan ini kerana hari ini antara yang paling mencabar dalam hidup saya. Saya sendiri tidak berasa sihat.

"Namun, saya ikut naluri ketika penghujung perlumbaan. Ini adalah hari terbaik saya tahun ini. Segala usaha keras akhirnya berbaloi," katanya.

Kemenangan kali ini adalah kemenangan kedua sepanjang kerjayanya dan hadir tepat pada waktunya menjelang peringkat ujian masa pertama dalam edisi tahun ini.

Romeo menamatkan perlumbaan berbukit di tenggara Perancis itu dengan catatan masa 4 jam 34 minit 10 saat.

Pelumba Colombia dari pasukan Astana, Harold Tejada, menduduki tempat kedua dengan perbezaan 14 saat, manakala Louis Barre dari Perancis mewakili pasukan Intermarche melengkapkan kedudukan podium.

Kumpulan utama pelumba yang turut mengandungi beberapa pelumba pilihan utama tiba lebih satu minit kemudian, dalam perlumbaan yang berlangsung tanpa sebarang insiden besar.



Disiarkan pada: Jun 11, 2025 @ 11:44am

https://www.hmetro.com.my/arena/lain/2025/06/1228725/giliran-romeo-takluk-peringkat-ketiga-criterium-du-dauphine




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-7-2025 08:52 AM GMT+8 , Processed in 0.041906 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list