CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 237|Reply: 0

[Sukan Bermotor] Stroll kembali beraksi di GP Kanada

[Copy link]
Post time 12-6-2025 02:34 AM | Show all posts |Read mode
Stroll kembali beraksi di GP Kanada

Reuters





STROLL menghuni tangga ke-12 dalam kedudukan kejuaraan pemandu dengan 14 mata. FOTO AFP



Pemandu Formula Satu (F1), Lance Stroll disahkan cergas untuk beraksi di Grand Prix (GP) Kanada hujung minggu ini selepas pulih daripada masalah kesakitan pada tangan dan pergelangan, menurut pasukannya Aston Martin.

Pelumba berusia 26 tahun itu terpaksa menarik diri daripada GP Sepanyol pada 1 Jun lalu akibat kesakitan berterusan sejak beberapa minggu, yang menurut pakar perubatannya berpunca daripada pembedahan susulan kemalangan basikal pada 2023.

"Kami dengan sukacitanya mengesahkan bahawa Lance Stroll akan kembali bersama pasukan untuk berlumba di Montreal hujung minggu ini," kata Aston Martin dalam satu kenyataan.

"Dia menjalani prosedur perubatan yang berjaya untuk menyelesaikan simptom yang dialaminya dan sempat melengkapkan beberapa pusingan ujian menggunakan jentera lama F1 di Litar Paul Ricard awal minggu ini.

"Lance kini berada dalam keadaan cergas dan sihat, serta bersemangat untuk berlumba di hadapan penyokong sendiri."

Aston Martin tidak dapat menggantikan Stroll pada perlumbaan di Sepanyol kerana dia sudah menyertai sesi kelayakan dan menamatkan saingan di tempat ke-14 di Litar de Barcelona-Catalunya.

"Saya teruja untuk kembali memandu bersama pasukan bagi GP di tanah air saya hujung minggu ini. Saya memang sentiasa berazam untuk berlumba di depan penonton Montreal," kata Stroll.

"Saya rasa baik selepas menjalani prosedur tersebut dan telah membuat beberapa pusingan di Paul Ricard untuk persiapan. Terima kasih atas semua sokongan, jumpa anda hujung minggu ini!"

Setakat ini, Stroll menghuni tangga ke-12 dalam kedudukan kejuaraan pemandu dengan 14 mata, manakala pelumba Australia dari pasukan McLaren, Oscar Piastri mendahului carta dengan 186 mata.



Disiarkan pada: Jun 12, 2025 @ 1:20am

https://www.hmetro.com.my/arena/permotoran/2025/06/1229001/stroll-kembali-beraksi-di-gp-kanada




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Impian melancong ke Korea berkecai.Rakyat Malaysia ditahan 10 jam sebelum disuruh balik Malaysia
AbahmungImpian melancong ke Korea berkecai.Rakya
Views : 682 Replies : 20
Ringgit dijangka makin kukuh tahun depan
AbahmungRinggit dijangka makin kukuh tahun depan
Views : 165 Replies : 4
Wanita Dipecat Kerana Datang Kerja Terlalu Awal.Mahkamah memihak kepada majikan.Apakah yang berlaku?
YgBenarWanita Dipecat Kerana Datang Kerja Terla
Views : 232 Replies : 6
Edisi SELAMAT TINGGAL 2025
telracsEdisi SELAMAT TINGGAL 2025
Views : 618 Replies : 53
Suami Zizie Ezette,  Datuk Seri Bung Moktar Radin Meninggal Dunia. Al-Fatihah.
FarnorSuami Zizie Ezette, Datuk Seri Bung Mok
Views : 6965 Replies : 196
Jom Kongsi Gambar
VellfireJom Kongsi Gambar
Views : 25372 Replies : 1519
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 1261 Replies : 646
Berita Sedih: Pelajar PhD Usia 25 Tahun Maut Kereta Terjunam Di Tasik Universiti
borneBerita Sedih: Pelajar PhD Usia 25 Tahun
Views : 2728 Replies : 53
Ibu bapa jangan malu minta maaf, ketepikan ego — Dr. Putri Afzan Maria
tatodIbu bapa jangan malu minta maaf, ketepik
Views : 1207 Replies : 5
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 43088 Replies : 772

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-12-2025 12:06 PM GMT+8 , Processed in 0.048496 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list