CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 22093|Reply: 26

Mari ke Alam Jin dan Bunian Tuan Kelarias

  [Copy link]
Post time 25-5-2011 02:36 PM | Show all posts |Read mode
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-5-2011 02:38 PM | Show all posts
Tamatnya sebuah Perjanjian Syaitan Penyihir Besar

95 - TAMATNYA SEBUAH PERJANJIAN SYAITAN PENYIHIR PENYIHIR BESAR.
Published by TuanKelarias under 95 - TAMATNYA SEBUAH PERJANJIAN SYAITAN PENYIHIR BESAR. on Ahad, Jun 20, 2010
Penulis tiada bukti yang kukuh untuk membuktikan kebenaran ke atas setiap maklumat terbaru dan terkini di dalam blog ini kerana penulis hanya menggunakan khidmat perantaraan alam ghaib untuk mengesan dan menjejaki peristiwa yang berlaku ratusan bahkan ribuan tahun dahulu. Penulis juga menganggap dialog bersama para arwah ini tiada di perolehi sumber hukum sahih yang menganjurkan perkara ini wajib dipercaya. Ini adalah suatu dongengan dan rekaan dari penulis semata mata.

SIHIR BESAR BERGEROMBOLAN

Salah seorang penderita sihir dari negeri Sabah beragama islam telah bertemu dengan saya pada hari bahagia saya kelmarin. Mungkin kerana sudah ditakdirkan Allah pertemuan yang pernah dirancang sebelum ini menjadi kenyataan akhirnya. Saya terlupa salah seorang teman setia pembaca blog itu siapakah gerangannya. Kebetulan kehadirannya turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran ibu kasih saya Ustazah Tahilalat. Beliau adalah ibu saya zahir dan batin.

Cik Puan adalah salah seorang pelatih pengembangan perniagaan di dalam salah sebuah syarikat swasta  Beliau telah lama mengidap penyakit ganjil pemarah dan pendengusnya serta seluruh tubuhnya sentiasa mengalami tegangan urat. Mujurlah suaminya taat dan setia menjadi tukang urutnya setiap malam.

Saya cuba berinteraksi dengan angin yang sedang menyelinap di dalam tubuhnya waktu itu. Saya gagal menyebabkan kemunculannya di hadapan saya. Lantas saya teringat wafak jin yang pernah saya pamirkan di dalam blog ini sedikit masa lalu. Tanpa membuang masa saya minta Cik Puan itu menekapkan kedua belah tapak tangannya ke wafak jin tersebut. Tiba tiba saya lihat dirinya menitiskan airmata sedih , saya pun tak pasti kenapa dia menitiskan air mata termasuk air balgham yang tiba tiba turut keluar dari hidungnya meleleh leleh. Saya segera minta suaminya yang berada di sebelahnya mengambilkan sapu tangan untuk membersihkannya. Tidak lama selepas itu saya cuba bercakap dengannya tetapi nampaknya dia enggan, saya pelawa minum pun dia enggan. Apa pun dia tak mahu. Fahamlah saya ini jin ifrit degil, maka saya terpaksa mengawal diri sehingga dia tidak akan mampu mengesan dari mana kelemahan saya nanti.

ISTERI TIDAK SEDAR MENAMPAR SUAMI.

Untuk kali keduanya pula , saya ingin benar berinteraksi dengan jin kedua yang sentiasa bersamanya. Sefaham saya , jin kedua ini lebih garang dan degil berbanding yang pertama. Suaminya ada memberitahu kepada saya kadang kadang isterinya mahu memukul dan menendang kalau dirawat, saya pun risau juga. Kalau diterajangnya jamuan yang ada di atas meja saya waktu itu alamat bertaburanlah jawabnya. Tapi apa gunanya saya fikirkan tentang meja dan makanan akan terbalik, saya yakin jika masih pegangan saya seperti yang diajar guru dahulu, pasti tidak akan sampai perkara yang buruk akan berlaku.

Saya hulurkan wafak jin buat kali kedua kepada Cik Puan. Saya minta dia duduk dengan posisi yang paling selesa bagi dirinya kali ini. Cik Puan segera meluruskan kedua belah kakinya.Katanya dia tidak mampu bersila lama kerana kedua dua belah kakinya kerap sakit angin. Saya faham maksudnya lalu saya mengiakan sahaja kehendaknya buat kali kedua. Biasanya pesakit akan saya minta duduk bersila tapi kali ini saya membiarkan sahaja kakinya keluar, memang ada baiknya juga dia berbuat begitu. Kebanyakkan perawat pun akan meminta pesakit yang disyakki mendapat gangguan makhluk halus supaya kakinya diluruskan sewaktu sedang dirawat. Ada tujuan tertentu untuk si pesakitnya.

Dalam masa tidak sampai seminit memegang wafak jin itu Cik Puan yang saya tidak tahu namanya itu menjeling ke arah suaminya dengan sepenuh perasaan marah dan benci. Jelas kelihatan matanya merah menyala seperti sesetengah orang baru bangun tidur. Tidak lama saya memandang Cik Puan tiba tiba melayang tangan kanannya hinggap di pipi kiri suaminya..pang!! itulah namanya pelempang..Tak cukup dengan itu, singgah pula pelempang kirinya sekali lagi. Haru biru keadaan di hadapan meja saya sebentar. Setelah suaminya berjaya menenangkannya barulah dia berkata " saya tidak akan pergi sampai bila bila pun, saya boleh pergi tapi dengan syarat dia ini ( suaminya ) pergi dulu dari aku". Tak lama selepas itu Cik Puan kembali tersedar, sekejap sangat perbualan kami tak sempat saya berbincang apa pun seperti biasanya. Cik Puan kembali seperti tersipu sipu, bila ditanya "perasan tak puan memukul suami tadi?" dia tergamam dengan pertanyaan saya itu. Memang dia tidak dapat mengingati apa pun sewaktu kesurupan berat seperti itu. Lainlah kalau hanya tempelan sahaja.

SANG TAHILALAT YANG DIKENALI JIN DATANG KE RUMAH.

Sebaik sahaja Cik Puan tersedar semula muncul sebuah kereta proton Iswara di hadapan rumah saya. Jenuh saya memandang ke arah cermin keretanya yang agak silau dipanah cahaya matahari petang. Tersenyum senyum ibu kasih saya sang tahilalat salah seorang guru agama yang namanya dikenali ramai dikalangan umat jin. Tapi mungkin sebahagiannya kot..saya pun tak tahulah. Tapi kalau menurut kisah hantu raya yang pernah bercakap dengan saya dulu sang tahilalat memang dikenali ramai oleh kalangan jin dan jin bunian.

Setelah bersalaman dia dan anak perempuannya serta salah seorang anak angkatnya yang tinggal di Kuala Lumpur duduk bersebelahan saya. Saya segera menceritakan apa yang telah berlaku kepadanya dan dia segera faham maksud kedatangan sekeluarga dari arah Kuala Lumpur itu juga. Salah seorang anaknya kata macam kenal je dengan suaminya. Sebab dia selalu melihatnya di tempat kerjanya. Suami Cik Puan itu mengakui pernah berada di kawasan yang dimaksudkan tetapi taklah pula perasan dengan anak angkat ibu kasih saya itu. Perbualan jadi semakin mesra jadinya sehingga melupakan sebentar masalah yang sedang dihadapi oleh si pesakit.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-5-2011 02:39 PM | Show all posts
HANTU JIN SEMUA LARI BILA TAHI LALAT DATANG.

Yang anehnya dengan berkat kehadiran tahi lalat semua kepala kepala jin penyihir termasuk yang datang dari sihir orang asli telah melarikan diri ke hutan jauh dari tempat pertemuan kami. Setelah saya cuba lagi dengan meminta Cik Puan itu menekap wafak jin mereka sudah tidak muncul atau mahu hadir lagi seperti sebelumnya. Siapa yang terjumpa tahi lalat biasanya cepat cepat lari. Dia sebenarnya memang sangat dikenali di kalangan bunian, tujuh puteri mengikutinya termasuk puteri Mayang Mengurai , Puteri Beting Beras Basah dan yang lain lainnya.

Pernah pada suatu hari , salah seorang pekerja asing yang tidak berhati perut dengan sengaja mencuba duga sejauh mana kehebatan dan kekuatan ketauhidannya dengan membuat pukulan curi di suatu malam yang hening. Dengan izin Allah swt pukulannya terhenti di hadapan mata lalu terus lenyap ditelan malam. Akhirnya manusia yang tidak berhati perut itu meninggalkan tahilalat.

Saya pula melihat kesalahan dan kekurangan yang berlaku itu berpunca dari pekerja asing itu sendiri. Jika mengikut janji asal kerja kerja itu dipersetujui dengan harga sepuluh ribu sahaja, tetapi apabila telah siap dalam masa sebulan dia menuntut enam belas ribu ringgit pula. Walhal kerja yang dilakukan selama itu mendapat bantuan penuh dari orang kampung sehingga orang yang kurang beradab itu tidak perlu lagi mencari atau memanggil rakan rakannya yang lain. Dia seorang diri, dan pembantunya seorang lagi..dua orang sahaja buat kerja dapat sepuluh ribu tolak dua ribu. Pembantunya dibayar upah Enam Puluh Ringgit Malaysia sehari. Dirinya mengambil keuntungan sepenuhnya dari baki setelah ditolak upah pembantunya sebanyak dua ribu ringgit. Dirinya memperoleh lapan ribu ringgit dalam masa sebulan , itu pun masih tidak cukup lagi. Apa kerjanya ..? Pasang bumbung zink dan kekudanya. Kerja yang hanya mengambil masa dua minggu siap jika orang orang saya yang buat dan upahnya saya sanggup lima ribu sahaja. itu pun dikira dengan harga sekarang. Sudahlah menipu khianat pula..nauzubillah min zaalik. Makan minum hampir setiap hari tahilalat beri sebagai sarapan dan minum petang. tempat tinggal diberi percuma , air dan api lektrik percuma..pekerja tambahan dari kalangan orang tempatan tiga orang dan beberapa orang tua yang tolong angkut simen sampai sekarang tak pun dia bayar gaji..pekerja orang kampung sorang lagi naikkan bata merah lebih lima ribu biji bata dikerek dengan tali itu pun pekerja asing itu tak bayar upahnya.

PERANGAI LUPA DIRI.

Katakanlah saya mengandaikan pekerja itu dari tanah seberang tempat kelahiran datuk nenek saya, berapa rupiah sehari upah kerja sebagai buruh kasar di sana? Saya pernah mendengar upahnya sekitar tidak lebih lima hingga sepuluh ringgit duit Malaysia. Di Malaysia, pekerja kurang mahir dibayar lima puluh ringgit sehari, sebulan seribu lima ratus duit ringgit Malaysia . itu yang kurang mahir, yang mahir hingga mampu mambaca plan building plan sturucture, termasuklah kerja kerja preliminaries sehingga tidak perlu pengawasan rapi dari pegawai yang ditugaskan kadang kadang menerima gaji harian sehingga seratus ringgit Malaysia sehari. Itu tidak lagi termasuk kerja kerja mereka ini yang suka memboroing upah yang ternyata lebih menguntungkan berliapt kali ganda. Balik ke negara asal mampu memilikki tanah dan rumah bungalow mewah. Saya tidak cemburu kerananya, tapi saya berpesan agar berilah salam kepada tempat mencari makan dan tunjukkanlah adab sopan berada di perantauan. Terutamanya kepada bangsa florest dan yang satu lagi itu..ternyata kuat mainan jalangnya. Nyawa dipertaruhkan jika aweknya diusik..nahas kamu..nahas. Mujur bukan islam. Bukanlah semua begitu , mungkin hanya satu persen agaknya saya.

Memang perangai beginilah kebanyakan yang saya temui sepanjang saya menjalankan kerja kerja civil engineering dulu. Saya sebenarnya dalam masa membina pusat pendidikan tahfiz ada menjalankan kerja kerja kejuruteraan awam. Samada memborong bekalan atau memborong upah kerja termasuk membekalkan pekerja dan machinery, saya sendiri memang mempunyai lesen sebagai seorang kontraktor berdaftar dengan PKK dan CIDB yang membenarkan syarikat saya menyertai tender tender kerajaan. Jadi saya memang ramai kenalan dan pekerja asing yang cari makan di Malaysia.

Apalah salahnya kita bantu membantu, masing masing ada tanggungjawab menyara anak isteri. Saya sendiri sering dihubungi oleh pekerja lama saya bertanyakan kerja. Tetapi sekarang saya sudah menutup lesen dan syarikat pembinaan itu dan saya sepenuh masa merantau membawa diri mencari ketenangan hidup setelah saya gagal menenangkan diri dengan kesenangan hidup sebelum ini. Hari ini saya tinggal di kampung halaman ibu saya bersama perniagaan saya sendiri disamping menguruskan sebuah Pusat Kerohanian yang baru sahaja siap dibina dengan kos hampir sejuta ringgit malaysia , saya juga terlibat dengan urusan memajukan Maahad Tahfiz kami sendiri dan dalam masa yang sama saya mengasaskan sebuah koperasi berhad yang merupakan syarikat berstatuskan berhad ketiga besar dalam turutan kedudukan syarikat di dalam negara.

Dalam masa yang sama saya juga menjalankan urus niaga jual beli tanah di Intan Suraya dan kawasan sekitarnya yang terkenal dengan kawasan perlombongan emas zaman British dulu. Di sebuah kawasan bukit bukau di sana saya menjalankan penternakan ikan air tawar termasuklah ikan keli yang sering disebut sebut dengan panggilan saitifiknya yang tidak asing bagi penternak ikan, clarias gariephinus..Sayalah tuan pemilik clarias di Daerah itu dulu dan sekarang..he he he ..

PAK TUA SHEIKH JABAL QUBAISY.

Jauh saya merepek..sebenarnya saya minta puan tahilalat menjamu selera sewaktu dia duduk di sebelah saya. Jadi sementara dia minum teh o saya bercerita dululah di sini. Setelah tahilalat menyudahkan minumannya saya minta dia menjadi sarung pula..dia bersetuju. Tapi malang sekali jin jin ifrit sudah lari keluar semuanya. Yang datang menyarung waktu itu Pak Sheikh Jabal Qubisy dari kota Mekah Al Mukarramah pula. " Semuanya sudah lari sekarang.." katanya kepada saya. " Mari kita mandikan saja perempuan ini.." Pak Tua dari Makkah itu menyarankan kepada saya. Saya segera memotong limau tiga biji seperti yang diminta. Suaminya bergegas ke pekan Parit Baru membeli kain dan tuala untuk isterinya.

Pak Tua Shiekh itu sebenarnya adalah abang kandung kembar tahilalat yang ghaib sewaktu lahir dahulu. Itulah yang orang kata kembar ghaib. Tidak semua orang memilikinya kecuali mungkin seribu satu atau seratus satu. Ada juga kembar ghaib seseorang yang tidak membantu kembar nyatanya. Malah berkelakuan tidak senonoh pun ada. Itu adalah kisah saya sendiri di antara manusia yang pernah berhadapan dengan perkara itu.

KEMERDUAN SUARA TAHILALAT MENAMATKAN PERJANJIAN SIHIR YANG AMAT KUAT DARI TANAH KIDUL.

Tidak berapa selepas itu suaminya pulang denga kain persalinan yang baru. Lantas tahilalat sendiri mengajak Cik Puan itu masuk ke rumah saya dan dia sendiri yang memandikannya. Saya terdengar tahilalat membacakan 'kobat' Cik Puan dengan suaranya yang nyaring dan merdu. Memang dia adalah salah seorang bekas qari'ah di tanah air yang pernah menjuarai tilawah al quran diperingkat negeri beberapa kali lama dahulu. Anak perempuannya si Along, pernah menjadi johan negeri Selangor dan dipinang oleh Sultan Hasanal Bolkiah sebagai pembaca quran iringan di dalam setiap majlis yang di adakan di Brunei Darus Salam sehingga  kini.

Isteri dan ibu saya sendiri terpesona mendengar suaranya yang amat mengusik deria kalbu bila dia mula membacakan kobat rahsia yang akan membelah dua hati hati kecil jin jin islam dan kafir. Itulah kelebihannya selamaini yang berkali kali berhadapan dengan malaikat ghaib sewaktu berhadapan dengan sihir sihir besar termasuk salah seekor ular tapa raksaksa yang menelan hidup hidup seorang manusia di Sungai Haji Dorani. Saya pun bekas qari' , tapi baru diperingkat daerah dah tutup buku dah. Inshallah jika diizinkan Allah swt , saya akan menghasilkan satu rakaman suara paduan zikir suluk' yang akan diperdengarkan dengan sengaja di dalam blog ini nanti jika peralatan rakamannya sudah sedia. Mudah mudahan dengan bacaan zikir zikir itu nanti akan dapat menghiasi arrtikel alam jin ini dan dapat membantu menenangkan hati hati yang dahagakan kasih sayang dan rindu dendam kepada Allah swt...Amin.

Tidak lama kemudian Cik Puan keluar dari tempat mandiannya dengan tersenyum senyum gembira, " Saya sangat segar rasanya..semua sakit sakit badan dibelakang ini sudah hilang..syukur. Saya dan puan tahilalat adalah antara manusia yang paling gembira saat itu. Termasuklah suaminya sendiri yang telah terkena pukulan sulung dari isterinya..he he he..tentu dia tersenyum dan tertawa mengingatkan kembali kisahnya ini dituliskan disini. Mungkin dia sedang membaca sekarang ini. Saya harap kalau dia sudah selesai membaca kisah nya ini, harap dapatlah kiranya dia meninggalkan sedikit ulasan di ruangan komen dibawah sana sebagai kenang kenangan kepada kami semua. Salam sejahtera dan kasih dari kami sekeluarga alam jin bunian. Ke kanannnnn...PUSING!!! satu dua tiga satu!!!..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-5-2011 02:41 PM | Show all posts
Banyak lagi kisah menarik di blog ini...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-5-2011 03:34 PM | Show all posts
70 - SAKIT ANGIN DI TUBUH BADAN ADALAH DARI AKIBAT ANGIN BERNYAWA.

Ada beberapa jenis jenis angin seperti mana yang kita pernah dengar selama ini, sebagai contohnya angin semput, angin enchok, angin pedu, angin ahmar kecuali angin ribut dan angin taufan. Kesemua angin di dalam tubuh itu dikenal dengan bermacam macam nama oleh orang melayu kita dengan tujuan untuk membezakan jenis angin dari satu jenis ke jenisnya yang lain. Ada tujuan menamakan angin angin tersebut supaya mudah dikenali dan disesuaikan dengan jenis ramuan dan ubat yang diperlukan.

Ramai dari kalangan kita mengalami serangan angin angin jahat yang amat sukar untuk disembuhkan sehingga pernah saya mendengar beberapa bulan yang lalu salah seorang ahli keluarga kami telah mengalami kesakitan dilutut yang memerlukan khidmat seorang pakar bedah lutut untuk membuang penyakit bengkak dilututnya dengan kos anggaran mencecah dua puluh satu ribu ringgit. Setelah di nasihatkan supaya mengambil cuti selama seminggu beliau berehat di salah sebuah pusat rawatan tradisional di Perak sambil menjalani rawatan kampung, beliau telah sembuh dengan kos perubatan tidak sampai dua ribu ringgit sahaja. Penyakit ini sebenarnya ada kaitan dengan angin syaitan yang amat jahat. Walau pun begitu saya tidak menolak rawatan moden mampu membantu pesakit yang terkena angin angin syaitan ini dengan istilah dan panggilan penyakit tertentu. Ia sama juga dengan masalah stroke yang kami kenal sebagai syaitan ahmar atau angin ahmar.

Orang orang tua dahulu sangat mahir mengenali dan mempergunakan beberapa tumbuhan herba sebagai ubat yang mujarab untuk membantu mengurangkan kesakitan urat saraf. Akar akar kayu dan daun daun herba tertentu dikenal pasti mengandungi khasiat dan mineral yang diperlukan oleh tubuh badan manusia supaya dapat membantu menstabilkan peredaran darah dan meneutralkan tubuh dari dicemari oleh asid yang berlebihan malah tidak diperlukan oleh tubuh dalam menjaga sistem dan mengekalkan kesihatan tubuh badan seseorang keseluruhannya. Ada di antaranya yang mengandungi bahan asli anti oksidan yang boleh menyembuhkan luka tanpa perlu mendapatkan rawatan di hospital kerajaan atau swasta. Dalam hal ini , rawatan tradisional adalah merupakan alternatif pilihan rawatan untuk mengekalkan kesihatan tubuh badan yang sememangnya telah diwarisi semenjak ribuan tahun dahulu sebelum klinik atau hospital wujud dibumi beberapa ratus tahun sebelum ini. Malah diberitakan , orang tua tua zaman dahulu usianya lebih lanjut berbanding orang orang tua sekarang yang bergantung sepenuhnya dengan kecanggihan perubatan dan peralatan hospital pada hari ini.

PUNCA SERANGAN SAKIT JANTUNG.

Saya ingin menyampaikan berita gembira buat kita umat islam yang mengaku bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah, Muhammad itu adalah pesuruh Allah, kalimat ini juga yang akan dibisikkan oleh para paderi kristian ditelinga pengikutnya yang hampir nazak. ITULAH YANG DIAMALKAN OLEH MEREKA SELAMA INI DISEBALIK KEEGOAN MEREKA SEMASA MASIH HIDUP DI DUNIA. Saya kembali kepada masalah serangan sakit jantung yang amat banyak berlaku selama ini di seluruh dunia. Dengan mudah para doktor dan pakar perubatan meletakkan punca sebabnya dari kandungan kolesterol yang tinggi semata mata. Tanpa mahu mendengar pandangan para tukang urut, bidan bidan dan mereka yang setengahnya arif dalam hal urat kemasukan angin angin ganjil.

Sakit dada adalah petunjuk awal seseorang itu bakal terkena serangan sakit jantung yang boleh membawa maut dengan tiba tiba  akibat kesukaran bernafas dan tarikkan urat di belakang bahu yang amat pedih dan menyakitkan, ia serentak berlaku dengan suatu kesakitan di bahagian kanan atau kiri dada. Terutama dibahagian kiri, sebab kedudukan jantung kita berada di sana. Angin angin ini telah memasuki saluran urat darah terus dari dua celah dari tiga jari jari kita iaitu jari telunjuk, jari tengah dan jari manis. Di celah ketiga tiga jari ini terdapat urat urat darah yang bersambung terus ke dada kanan dan dada kiri manusia yang bersambung terus ke jantung kita. Apabila angin angin itu masuk sampai ke bahagian urat dalaman terutama di bahagian dalam dada maka ia akan mengganggu peredaran darah dan menyebabkan kesakitan dada dan di bahagian lain berhampiran dada. Gangguan angin itu akan menyebabkan saluran darah menjadi sempit sehingga akhirnya menutup ketiga tiga saluran koronari ke jantung. Serangan jantung akan berlaku dan di dalam masa beberapa minit sahaja seseorang yang terkena angin ini akan mati mengejut atau mati muda kalau orang tua tua kata.

Jika dilihat luaran fizikal seseorang yang mati akibat serangan jantung itu, ada diantara mereka yang tidak merokok dan mengamalkan cara hidup sihat dengan bersenam, mengamalkan terapi diet dan memilih makanan yang berkhasiat mengikut diet pemakanan yang teratur saban hari. Tetapi segelintir dari mereka terkena juga serangan sakit jantung yang terkenal sebagai pembunuh nombor satu di dunia. Sebenarnya , angin yang mempunyai gelombang panas dan tajam jika dirasakan melalui jari jemari yang mempunyai pengesan rasa yang tinggi akan dapat mengesannya sebagai angin syaitan yang telah memasukki liang seni tubuh yang terbuka sewaktu kita sedang mengalami stress atau rasa marah melampau, rasa takut melampau, berahi melampau seronok berlebihan dan lalai dari mengingati Allah sepanjang masa.

MARAH MEMBUKA LALUAN MASUK SYAITAN.

Terbukalah seluruh liang seni rongga yang tidak dapat dilihat oleh mata dan tidak dapat didengar oleh telinga tetapi dapat dirasa sakit dan lenguhnya oleh deria rasa manusia. Waktu begini terutama sewaktu marah, rasulullah saw sering mengingatkan kita supaya mengambil air sembahyang supaya liang seni segera sejuk dan tertutup dengan cepat setrusnya dibawa solat dua rekaat. Dengan maksud dan antara tujuan lain supaya sarung kita ini tidak diceroboh berterusan oleh angin angin syaitan yang jahat, ada juga yang menggelarkannya sebagai angin jahat. Bukanlah sesuatu yang berlebihan jika saya katakan , orang yang mati terkena sakit serangan jantung sebenarnya banyak hidupnya terlalai dari mengingati Allah SWT. Setuju ke dengan kata kata ini, kalau setuju maka cepat cepatlah kita kembali kepadanya dan bersegeralah bertaubat nasuha serta mulakanlah mengekali zikir dengan mengingatiNya supaya setiap saluran darah kita ke arah jantung di isi dengan larutan zikir yang mampu mengusir keluar angin angin syaitan yang bergerak bebas di dalam sana. Serangan jantung berbeza dengan lemah jantung.

AHLI TARIKAT BEBAS SERANGAN JANTUNG SECARA HAQ.

Para ahli zikir sirr contohnya seperti Imam Ghazali dan para arif billah yang lain yang benar benar telah menjalankan fungsi jantungnya mengikut kaedahnya yang sebenar, tidak akan mendapat serangan sakit jantung, tetapi mereka menerima alahan lemah jantung pada keseluruhannya. Ini adalah suatu kebaikan yang dikenal sebagai jannatul ajilah yakni syurga dunia yang bertapa di jantung sebagai ganti singgahsana iblis yang sebelum itu bermaharaja lela disana. Para arif memilih jannatul ajilah sebagai pengisi ruangan jantung latifah yang amat peka dan sensitif bila disebut nama tuhannya itu.

Begitu juga kesakitan di dalam urat darah yang berselirat di dalam tubuh kita yang berjumlah 360 urat mengikut kata pakar bius , sebenarnya berpunca dari angin angin yang saya sebutkan sebahagian namanya di atas  tadi. Angin angin ini banyak berkeliaran di luar tubuh manusia yang sentiasa mencari tempat untuk berteduh dan bernaung serta menumpang rezeki bersama sama kita. Mereka akan segera memasukki tubuh melalui liang seni yang sengaja kita bukakan tanpa kawalan akibat kemarahan yang tinggi dan sebab yang lain lain tadi. Seperti kata baginda saw " Innassyaithaana Yajrii Min Ibni Adama Majrad Daami " Sesungguhnya angin angin ( angin syaitan ) termasuklah kuman , bakteria dan apa sahaja angin yang dikenal dengan berbagai bagai nama gelaran moden itu masuk ke dalam tubuh badan manusia melalui jalan urat darah merah kita ini. Angin angin ini hidup dan kekal selama tidak di urut atau tidak dirawat menggunakan dua kaedah yang diketahui oleh manusia hari ini.

KAEDAH RAWATAN.

Di dalam mengatasi permasalahan jantung yang disekat aliran darahnya akibat saluran koronari yang tersumbat akibat lebihan kolestrol, pakar bedah berjaya  menemui kaedah yang amat berjaya untuk menyelesaikannya walaupun kos yang perlu ditanggung amat tinggi. Tetapi dalam soal kematian akibat serangan sakit jantung yang mengakibatkan ribuan bahkan jutaan manusia menguburkan dirinya seusia muda remaja, para pakar masih tercari cari kaedah mengatasinya.

Saya hanya ingin berpesan kepada seluruh umat muslimin dan muslimat supaya tidak mudah terkena serangan yang menakutkan ini dengan menjauhkan diri dari melayan perasaan marah sehingga memukul dan menumbuk orang lain termasuklah memaki hamun dengan kata kata yang pedih dan kesat. Kenapa, ini adalah kerana akan terbuka lubang seni yang saya katakan tadi dari arah tangan muka dan dada sehingga dipenuhi dengan angin angin syaitan disetiap urat darah yang menuju ke jantung kita. Maka kesannya akan kita dapati selepas kita marah marah bertumbuk atau bergaduh berperang mulut , akan suatu rasa keletihan yang amat, lenguh di sana sini yang disangka penat dan letih berjuang mempertahankan sesuatu tetapi sebenarnya urat darahnya sudah dipenuhi syaitan angin yang menakutkan. Itulah sebabnya nabi kita berpesan berkali kali sehingga diulang sebanyak tiga kali dalam salah satu dari sabdanya mengenai marah katanya ; " Laa Taghdhab, Laa Taghdhab, Laa Taghdhab, Dakholal Jannah " Jangan marah, jangan marah, jangan marah, masuk syurgalah nanti kamu. Samada syurga dunia yang disegerakan atau pun syurga akhirat yang bakal dijanjikan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-5-2011 03:34 PM | Show all posts
BERWUDHU DAN DUA REKAAT SOLAT SUNAT.

Jangan marah adalah ubat paling mujarab untuk mengelakkan diri kita dari kemasukan angin jahat ke dalam tubuh melalui urat darah. Apabila angin angin jahat telah memasukki tubuh maka kita masih ada peluang untuk menghilangkannya dengan izin dari Allah SWT, melalui dua kaedah yang biasa kita tahu. Pertama mengikuti nasihat doktor pakar yang pengetahuannya menghampiri kebenaran walaupun tidak keseluruhannya dengan mengamalkan cara hidup sihat. Jaga makan minum dan yang kedua ialah dengan bertaubat nasuha serta kembali insaf menyedari kesalahan diri. Hanya Allah SWT yang akan membantu kita mengeluarkan angin angin jahat itu melalui kaedah kaedah tertentu seperti yang dikehendakiNya jika dikehendaki.

Kenyatan ini bukanlah ingin mencabar mana mana institusi perubatan di negara ini malah ini adalah sebahagian pendapat yang tidak dapat disokong dengan bukti nyata. Maka oleh itu saya menganggap kenyataan yang ada di dalam artikel ini hanyalah rekaan penulis semata mata. Apa pun nasihat para doktor amat penting untuk menjamin keadaan dan keperluan kesihatan tubuh badan kita berada ditahap yang maksimum seadanya. Sekian.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-5-2011 03:54 PM | Show all posts
pjgnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-5-2011 04:10 PM | Show all posts
hehe dah tentu cerita.. kalau rajin baca.. tak rajin nak buat mcm mana
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-5-2011 04:59 PM | Show all posts
emm tertarik nak membacanya tp kena ambik masa nih
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-5-2011 01:48 PM | Show all posts
kalau ada masa terluang baca ler.. ceritanya menarik ala-ala cerita tamar jalis hehe
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2011 03:14 PM | Show all posts
assalamualaikum,

boleh aleboratekan sikit tak yang ini....

Para ahli zikir sirr contohnya seperti Imam Ghazali dan para arif billah yang lain yang benar benar telah menjalankan fungsi jantungnya mengikut kaedahnya yang sebenar, tidak akan mendapat serangan sakit jantung, tetapi mereka menerima alahan lemah jantung pada keseluruhannya. Ini adalah suatu kebaikan yang dikenal sebagai jannatul ajilah yakni syurga dunia yang bertapa di jantung sebagai ganti singgahsana iblis yang sebelum itu bermaharaja lela disana. Para arif memilih jannatul ajilah sebagai pengisi ruangan jantung latifah yang amat peka dan sensitif bila disebut nama tuhannya itu.
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2011 12:01 PM | Show all posts
Citer menarik, tapi pening skit nak membacanya sebab cara penceritaan tak baper best
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2020 01:24 AM | Show all posts
Note: Thread has been banned by manager
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2021 01:22 AM | Show all posts
Note: Thread has been banned by manager
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2021 10:54 AM From the mobile phone | Show all posts
errynn replied at 26-5-2011 01:48 PM
kalau ada masa terluang baca ler.. ceritanya menarik ala-ala cerita tamar jalis hehe

Tq dear dah lama dah artikel. Ni. Sangat bermanafaat esp selepas 10 tahun artikel ni di tulis sekrang terbukti makin byk sudden death due to heart attack. Blog tuan punya artikel pun dah tak ada.

Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2021 09:36 PM | Show all posts
Rove Haze demise is now a "dark market" THC vape cartridge brand which we inspected last an ideal opportunity to scarcely qualify it as authorized. From that point forward, new data has become exposed – indeed, not a day passes by without some new static on the air about Big Chief
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-7-2021 08:53 AM From the mobile phone | Show all posts
gue replied at 13-7-2021 10:54 AM
Tq dear dah lama dah artikel. Ni. Sangat bermanafaat esp selepas 10 tahun artikel ni di tulis sekr ...

Boleh saya tahu? Siapa gerangan tuan punya artikel ini?
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2021 11:36 PM | Show all posts
https://portableoxygenconcentrators.org delivers oxygen only when the patient is inhaling. This can help with power consumption. Nighttime use is more commonly pulse-flow. Some operate continuous flow with the added feature of pulse flow as needed.
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2021 01:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Menarik cerita Dan input
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2021 09:40 PM | Show all posts
https://flexcaremedicalbv.com is a confided online shop of tasteful items and clinical gadgets from the most well-known brands available. We offer a wide scope of various fillers and expert skincare items to centers and medical clinics around the world.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 02:15 PM GMT+8 , Processed in 0.114243 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list