CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 122|Reply: 0

[Sukan & Senibela Diri] Ariana yakin panah pingat

[Copy link]
Post time 12-6-2025 05:29 PM | Show all posts |Read mode
Ariana yakin panah pingat

Amirul Fazli Zulkafli[email protected]






ARIANA yakin kemampuan rakan-rakan sepasukan hadapi cabaran di Sukan Sea Thailand. FOTO AFP




Kuala Lumpur: Pemanah wanita negara, Ariana Nur Dania Mohamad Zairi optimis gandingan mereka mampu menghasilkan pingat pada Sukan Sea di Thailand hujung tahun ini.

Bagi Ariana, dia yakin dengan kemampuan dan kekuatan rakan-rakan yang lain untuk berada pada tahap terbaik di temasya dwitahunan itu, meskipun menyedari bakal berdepan saingan sengit daripada negara lain.

Menurutnya, Program Road To Gold (RTG) banyak membantu dari segi meningkatkan keserasian serta latihan termasuk pendedahan kepada kejohanan di luar negara sekali gus membolehkan mereka membina tahap keyakinan lebih tinggi selain mempunyai strategi tersendiri untuk digunakan ketika bertemu lawan.

"Untuk Sukan Sea 2025, kami mensasarkan untuk meraih pingat. Saya tidak rasa ia mustahil kerana pasukan kami agak kuat. Tidak banyak beza dengan pasukan negara lain, cuma kami belum capai tahap mereka lagi.

"Jadi, dengan adanya bantuan daripada RTG dan program Fast Track, kami mendapat sokongan yang lebih baik. Contohnya, kami sudah nampak banyak peningkatan dalam latihan serta kejohanan di luar negara. Kami rasa kami boleh dapat pingat," katanya.

Trio pemanah wanita negara dibarisi oleh Syaqiera Mashayikh, Ariana, dan Nurul Azreena Mohamad Fazil. Pengalaman beraksi di pentas tertinggi seperti Sukan Olimpik Paris 2024 sudah pasti akan banyak membantu mereka menghadapi kejohanan di Thailand nanti.

Selain itu, Syaqiera juga menyatakan keyakinan gandingan mereka bertiga sangat bersemangat untuk menyumbangkan pingat buat negara.

"Bagi saya, kami mahu menang pingat tanpa mengira warna. Setakat ini, untuk acara berpasukan wanita, masih belum ada pingat. Sewaktu di Hanoi, Vietnam pun kami tidak menang. Jadi, tahun ini di Thailand, kami akan cuba sebaik mungkin. Kami akan berusaha untuk mendapatkan pingat," katanya.

Untuk makluman, Indonesia antara negara yang dilihat bakal menjadi pesaing utama, selain memiliki ranking berpasukan yang lebih tinggi daripada trio negara.



Disiarkan pada: Jun 12, 2025 @ 3:01pm

https://www.hmetro.com.my/arena/lain/2025/06/1229213/ariana-yakin-panah-pingat




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-7-2025 07:21 AM GMT+8 , Processed in 0.035963 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list