CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 120|Reply: 0

[Sukan & Senibela Diri] Aliff pertahan Johan daripada kecaman peminat

[Copy link]
Post time 13-6-2025 12:37 PM | Show all posts |Read mode
Aliff pertahan Johan daripada kecaman peminat

Oleh Helmi Talkah - Jun 13, 2025 @ 12:14pm





Bintang muay thai negara, Ahmad Nor Iman Aliff Rakib (kiri) dan Muhammad Johan Ghazali Zulfikar.



KUALA LUMPUR: Bintang muay thai negara, Ahmad Nor Iman Aliff Rakib tampil mempertahankan rakan seangkatannya, Muhammad Johan Ghazali Zulfikar daripada kecaman segelintir netizen susulan kekalahan pada aksi ONE Fight Night 32 di Stadium Lumpinee, Bangkok Sabtu lalu.

Aliff yang turut beraksi pada hari yang sama, menggesa peminat sukan tempur agar memberi sokongan berterusan kepada atlet tempatan dan bukan hanya berdiri ketika mereka berada di puncak.

"Johan masih muda. Dialah antara individu yang buat rakyat Malaysia mula pandang muay thai. Saya sendiri lepas perlawanan jumpa dia dan beri semangat. Kita patut sokong dia, bukan jatuhkan," katanya ketika ditemui di pusat latihan miliknya, KIB Boxing Muaythai Gym, di ibu negara.

Johan atau mesra disapa Jojo terpaksa akur dengan kekalahan menerusi keputusan 'split decision' kepada petarung Colombia-Amerika, Diego Paez, dalam pertarungan penuh intensiti selama tiga pusingan dalam kategori flyweight muay thai.

Sebaliknya, Aliff tampil cemerlang apabila mencatat kemenangan keempat berturut-turut dalam ONE Championship selepas menundukkan petarung Maghribi, Elmehdi El Jamari, menerusi keputusan sebulat suara (unanimous decision) dalam aksi kategori strawweight.

Bagaimanapun, Aliff tetap merendah diri dan menganggap kejayaan yang dikecapinya turut terinspirasi daripada pencapaian serta karisma Johan dalam mengangkat nama muay thai Malaysia ke mata dunia.

"Saya akui, Johan memang bijak. Dia tahu macam mana nak tonjolkan diri, dia pandai bercakap, dia bijak dari segi pemasaran. Saya hormat dia kerana dialah, muay thai Malaysia semakin dikenali," katanya.

Mengulas soal tekanan mental yang dihadapi atlet apabila berdepan kekalahan, Aliff mengakui dia juga pernah menjadi mangsa kecaman - bukan hanya daripada netizen tempatan, malah daripada peminat sukan di Thailand.

"Saya pun pernah kena. Orang Thailand pernah DM (mesej terus) saya, suruh balik Malaysia, kata tak payah menumpang Thailand. Saya tak buat salah pun. Tapi macam itulah, kena kuat," kongsinya.

Katanya lagi, dia belajar untuk tidak terlalu memikirkan komen negatif kerana ia tidak memberi sebarang faedah kepada perjuangannya sebagai atlet profesional.

"Saya tak ambil hati sebab benda itu tak bagi saya makan. Rezeki saya, saya cari sendiri. Jadi saya tak buang masa nak layan benda macam tu," tegasnya.

Dalam pada itu, Aliff menyeru semua penyokong sukan tempur tanah air supaya terus menyokong atlet tempatan secara konsisten, bukan hanya ketika mereka menang.

Sebagai rekod, Aliff kini adalah antara petarung paling menyerlah dalam ONE Championship dengan lapan kemenangan daripada 10 pertarungan.

Dia dijangka menentang juara dunia strawweight, Prajanchai PK Saenchai, September depan dalam misi memburu gelaran dunia pertamanya.

https://www.bharian.com.my/sukan/lain-lain/2025/06/1407614/aliff-pertahan-johan-daripada-kecaman-peminat





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-7-2025 08:48 AM GMT+8 , Processed in 0.042165 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list