GERIK: A bus driver charged in connection with the fatal crash that claimed the lives of 15 Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) students in Gerik on Monday pleaded not guilty today at the Gerik Magistrates’ Court to 15 counts of dangerous driving causing death.
Mohd Amirul Fadhil Zulkifle, 39, also claimed trial to a separate charge of driving in a manner dangerous to the public, when the charges were read before Magistrate Muhammad Firdaus Nor Azlan.
According to the charge sheet, Mohd Amirul is accused of driving in a manner dangerous to the public at approximately 1.15 am on June 9 at KM53 of the Gerik–Jeli East–West Highway, thereby causing the deaths of 15 UPSI students.
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
KUALA LUMPUR: Laporan awal siasatan terhadap kemalangan yang meragut nyawa 15 penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Jalan Raya Timur-Barat, Gerik, Perak, Isnin lalu mendapati tiada bukti kegagalan sistem mekanikal pada bas berkenaan.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, berkata dapatan awal Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM)) menunjukkan bahawa keadaan fizikal brek bas, kesemua pelapik brek dan dram brek bagi semua gandar masih berada di dalam keadaan yang memuaskan.
"Tidak terdapat sebarang ketidakseragaman pada dram brek mahupun kenipisan pada pelapik brek selain tiada petunjuk kegagalan mekanikal pada aspek-aspek ini yang boleh dikaitkan secara langsung sebagai punca kemalangan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Mengulas lanjut dari segi pemeriksaan fizikal tayar, Loke berkata didapati ketebalan bunga tayar dalam keadaan memuaskan dan mematuhi piawaian ditetapkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
"Komponen bahagian 'steering' dan suspensi secara menyeluruh adalah dalam keadaan memuaskan.
"Berdasarkan pemerhatian dan siasatan teknikal, tiada bukti merujuk kepada kegagalan sistem mekanikal yang menyebabkan kemalangan.
"Oleh itu, kemungkinan besar kemalangan berlaku berpunca daripada faktor lain seperti faktor manusia, keadaan jalan dan sebagainya," katanya.
Justeru katanya, langkah penambahbaikan bersesuaian akan dipertimbangkan dan dilaksanakan berdasarkan penemuan akhir nanti bagi memastikan keselamatan jalan raya terus dipertingkatkan.
"Kementerian Pengangkutan (MOT) ingin menegaskan bahawa keselamatan pengguna jalan raya adalah keutamaan kami.
"Penguatkuasaan terhadap pematuhan piawaian keselamatan, kelayakan pemandu, dan pemantauan operasi syarikat pengangkutan akan terus diperketat secara berterusan.
"Kepada semua keluarga mangsa, MOT merakamkan ucapan takziah dan komited untuk memastikan keadilan ditegakkan serta tragedi sebegini tidak berulang," katanya.
Katanya, MOT mengambil langkah proaktif menyiarkan penemuan awal itu bagi membantu siasatan lanjut oleh pihak berkuasa serta memberikan maklumat tepat kepada orang ramai.
Dalam nahas itu, 15 penuntut UPSI maut apabila bas sewa khas yang membawa mereka dari Jertih ke kampus utama Tanjung Malim, Perak terbabit dalam kemalangan yang turut membabitkan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza.
Kemalangan itu turut mengakibatkan 33 cedera termasuk pemandu dan kelindan bas serta pemandu dan tiga penumpang Perodua Alza.
Post time 15-6-2025 04:23 AMFrom the mobile phone|Show all posts
airfilterkotor replied at 14-6-2025 10:55 PM
Nahas UPSI: Laporan awal PUSPAKOM dapati tiada bukti kegagalan sistem mekanikal bas
Oleh Ercy Gracel ...
Theyol twist plak puspakom tak cakp pasal break angin.lorry n bas guna brake angin.gila geng2 pro driver bas n lorry ni sampai nak husnuzon nak backup driver bas ni.
Ropenya alumni SK Imtiaz Besut yang kumpul dana untuk ikat jamin binawe ni. Bukankah salah seorang pelajar yang terkorban alumni sekolah tuh jugak? Lain machiam peel orang Besut ni eh?