Montreal: Montreal: Pemandu baharu Racing Bulls, Isack Hadjar, dimaklumkan bahawa dia berkemungkinan dinaikkan pangkat untuk berlumba bersama rakan sepasukan, Max Verstappen.
Bagaimanapun pelumba muda Red Bull itu menyifatkan ia sebagai sesuatu yang "menakutkan".
Pemandu berusia 20 tahun itu, yang baru membuat penampilan dalam sembilan Grand Prix musim ini, disebut-sebut sebagai calon pengganti Yuki Tsunoda yang sebelum ini menggantikan Liam Lawson selepas hanya dua perlumbaan.
Namun Hadjar, pelumba muda dari Perancis yang mula mencuri tumpuan dengan beberapa penamat dalam kelompok 10 terbaik, berkata dia lebih selesa kekal bersama Racing Bulls buat masa ini.
"Itu agak menakutkan!" katanya. "Lihat, saya baru sembilan perlumbaan dan saya belum bersedia untuk itu. Tengok saja Yuki dan Liam, mereka berdua pemandu hebat."
Setakat ini, Hadjar mengumpul 21 mata dan menduduki tempat kesembilan dalam kejuaraan dunia kategori pemandu.