Edited by JoyahMengayah at 20-6-2025 08:41 AM
Update:
Shah Alam: Remaja perempuan berusia 17 tahun yang disyaki menjadi mangsa amang seksual oleh penyanyi dan pelakon terkenal dipercayai peminat kepada artis terbabit.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, siasatan mendapati mangsa pernah bertemu suspek sebanyak dua kali semasa menghadiri konsert artis terbabit.
Menurutnya, perbuatan amang seksual itu terbongkar selepas ibu mangsa membuat laporan polis.
"Polis percaya mangsa merupakan peminat kepada selebriti itu.
Daripada perjumpaan di beberapa lokasi, di situlah mereka mula berkenalan.
"Mangsa juga sebelum ini pernah berjumpa sebanyak dua kali dalam konsert selebriti terbabit," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini, hari ini.
Menurutnya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 (Akta 792).
Media sebelum ini melaporkan selebriti terkenal yang ditahan pada 3 Jun lalu berhubung kes amang seksual terhadap remaja perempuan berusia 17 tahun, didakwa baru kali pertama membawa mangsa ke hotel.
Maklumat tersebut diperoleh selepas polis menjalankan soal siasat ke atas lelaki tersebut yang mana suspek dan mangsa didapati berkenalan kira-kira dua bulan lalu.
Harian Metro
|