CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 123|Reply: 0

[Sukan Bermotor] Piastri buru gelaran, bukan sekadar statistik menang terbanyak

[Copy link]
Post time 14-6-2025 03:07 AM | Show all posts |Read mode
Piastri buru gelaran, bukan sekadar statistik menang terbanyak

Reuters





PIASTRI berada di kelas tersendiri tahun ini. FOTO Reuters



Montreal: Pelumba sensasi Australia, Oscar Piastri berpeluang mencipta sejarah baharu pada Grand Prix Kanada hujung minggu ini apabila boleh muncul sebagai satu-satunya pelumba Australia yang memenangi enam perlumbaan atau lebih dalam satu musim Formula Satu (F1).

Kini berusia 24 tahun, Piastri sudah memenangi lima daripada sembilan perlumbaan musim ini, meletakkannya sebaris dengan dua legenda F1 Australia, Jack Brabham dan Alan Jones yang juga pernah menang lima perlumbaan dalam semusim, walaupun ketika itu jumlah perlumbaan jauh lebih sedikit.

Namun, Piastri yang juga pendahulu kejuaraan dunia dengan kelebihan 10 mata ke atas rakan sepasukan Lando Norris, lebih memikirkan misi besar yang sedang diburunya.

"Ia satu statistik yang menarik," kata Piastri mengenai pencapaian menyamai Brabham dan Jones.

"Tetapi saya akan lebih gembira kalau boleh menyamai mereka sebagai juara dunia."

Piastri mengakui lima kemenangan daripada sembilan perlumbaan adalah di luar jangkaannya walaupun jentera McLaren sangat kompetitif musim ini.

"Beberapa perlumbaan saya juga terasa seperti boleh diperbaiki. Tapi Iya, saya di sini bukan untuk kutip statistik, saya di sini untuk menang lebih banyak perlumbaan dan merebut kejuaraan dunia. Harapnya ada statistik lebih hebat menyusul nanti."

Verstappen dan cabaran sebenarMengulas tentang peluangnya di Litar Gilles Villeneuve, Montreal, Piastri menjangkakan saingan sengit sekali lagi daripada juara bertahan, Max Verstappen (Red Bull) dan mungkin juga Mercedes.

"Max dijangka tetap kompetitif. Tahun lalu Mercedes agak laju di sini dan saya jangka mereka akan kuat lagi," katanya.

"Tapi kita tak tahu sejauh mana cabaran itu nanti, sama ada cukup kuat di sesi kelayakan, atau sekadar beberapa persepuluh saat di belakang. Harap bukan mereka yang mendahului."

Tahun lalu, Piastri bermula dari petak keempat dan menamatkan perlumbaan di tempat kelima, manakala Norris muncul naib juara di belakang Verstappen.

"Lucunya, perlumbaan yang buruk untuk saya tahun lalu menjadi perlumbaan terbaik saya tahun ini, dan sebaliknya," tambahnya sambil menjangkakan hujung minggu positif di Kanada.



Disiarkan pada: Jun 14, 2025 @ 2:23am

https://www.hmetro.com.my/arena/permotoran/2025/06/1229743/piastri-buru-gelaran-bukan-sekadar-statistik-menang-terbanyak




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-7-2025 08:41 AM GMT+8 , Processed in 0.036748 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list