CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 117|Reply: 0

[Sukan & Senibela Diri] Pogacar 'mengaum' semula, rebut jersi kuning di Dauphine

[Copy link]
Post time 14-6-2025 03:13 AM | Show all posts |Read mode
Pogacar 'mengaum' semula, rebut jersi kuning di Dauphine

AFP





POGACAR mula pamer kehebatan. FOTO AFP



Valmeinier: Pelumba sensasi Slovenia, Tadej Pogacar, membuktikan dia belum mengangkat bendera putih menjelang Tour de France apabila melakar kemenangan solo bergaya pada peringkat keenam Criterium du Dauphine.

Pogacar memecut meninggalkan pencabar utama, Jonas Vingegaard dari Denmark dengan perbezaan 1 minit 1 saat, sekali gus merampas semula jersi kuning pendahulu keseluruhan dan memberi isyarat amaran kepada pesaingnya menjelang perlumbaan sebenar di Perancis bulan depan.

"Saya sangat gembira dapat kembali menyarung jersi kuning. Hari yang sangat baik buat kami," kata Pogacar.

"Saya dapat jawapan yang sangat positif dari perlumbaan ini. Selepas ujian masa Rabu lalu, saya tak terlalu tertekan dan ternyata fizikal saya berada di tahap yang baik."

Sementara itu, Remco Evenepoel dari Belgium yang memulakan hari sebagai pendahulu keseluruhan, menamatkan perlumbaan di tempat kelima, 1 minit 50 saat di belakang Pogacar.

Pogacar kini mendahului Vingegaard dengan 43 saat, diikuti pelumba Jerman, Florian Lipowitz (+54s) dan Evenepoel (+1:22s).



Disiarkan pada: Jun 14, 2025 @ 2:51am

https://www.hmetro.com.my/arena/lain/2025/06/1229747/pogacar-mengaum-semula-rebut-jersi-kuning-di-dauphine





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-7-2025 08:40 AM GMT+8 , Processed in 0.053151 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list