Beckham dikurnia Darjah Kesatria bawa gelaran Sir
Jun 14, 2025 @ 7:46am

David Beckham bersalam dengan Raja Charles III (kiri) di Istana St James, London. - Foto REUTERS
LONDON: Darjah Kesatria yang yang dikurniakan kepada David Beckham adalah kemuncak kepada kariernya dalam sukan bola sepak sehingga menjadi ikon dunia.
Bekas pemain England itu sudah lama mengidamkan gelaran Sir dan Raja Charles III menjadikannya realiti apabila baginda mengumumkan senarai penerima darjah kebesaran itu semalam sempena hari keputeraannya.
Beckham dan isterinya Victoria, bekas penyanyi Spice Girl, turut menceburi bidang fesyen dengan mempunyai jenama sendiri.
Anugerah itu mampu membuka lembaran baharu buat bekas pemain Manchester United dan Real Madrid berusia 50 tahun itu, "terutama dalam bidang diplomatik, kerja amal dan politik".
Bekas pakar sepakan percuma itu bersara daripada bola sepak pada tahun 2013, tetapi kejayaan dikecapinya sekarang adalah hasil perancangan awal ketika dia masih seorang pemain.
"Saya tahu karier saya akan berakhir dan saya mahu mempunyai karier lain selepas bola sepak," kata Beckham dalam satu siri dokumentari "Beckham" yang disiarkan pada tahun 2023. - AFP
https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2025/06/1407882/beckham-dikurnia-darjah-kesatria-bawa-gelaran-sir
|