CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 112|Reply: 0

[Sukan & Senibela Diri] Pusingan akhir olahraga Grand Slam Trek dibatalkan

[Copy link]
Post time 14-6-2025 01:06 PM | Show all posts |Read mode
Pusingan akhir olahraga Grand Slam Trek dibatalkan

Agensi





JOHNSON anggap penganjuran Grand Slam Trek tetap berjaya biarpun pusingan terakhir terpaksa dibatalkan. -FOTO AFP



Los Angeles: Pusingan akhir kejohanan olahraga Grand Slam Trek (GST) yang mendapat sokongan legenda Olimpik, Michael Johnson, terpaksa dibatalkan atas faktor ekonomi.

Acara keempat bagi musim sulung GST itu sepatutnya berlangsung di Los Angeles dari 27 hingga 29 Jun ini, namun Johnson mengumumkan bahawa pihak penganjur akan memfokuskan kepada perancangan musim akan datang.

"Lanskap ekonomi global berubah secara mendadak dalam setahun lalu, dan keputusan perniagaan ini diambil bagi menjamin kestabilan jangka panjang kami sebagai liga olahraga utama dunia.

"Tumpuan kami kini adalah pada tahun 2026," katanya.

Musim pertama GST bermula di Kingston, Jamaica, yang menyaksikan jualan tiket rendah sepanjang kejohanan, diikuti dengan dua lagi pusingan di Miami dan Philadelphia, Amerika Syarikat.

Walaupun pusingan terakhir yang dijadualkan di Drake Stadium tidak diteruskan, penganjur tetap menganggap tiga siri perlumbaan yang berlangsung sebagai satu kejayaan.

Difahamkan, mereka akan mengumumkan pelabur baharu bagi membantu membiayai musim kedua GST.

Johnson, 57, berkata keputusan ini "bukan sesuatu yang diambil mudah, sebaliknya berlandaskan keyakinan bahawa kami mencapai objektif yang disasarkan dalam musim perintis ini".

Juara Olimpik empat kali itu turut menambah: "Kami bermula dengan visi berani untuk mentransformasikan perlumbaan olahraga profesional, dan kami sangat teruja dengan apa yang berjaya dicapai setakat ini."



Disiarkan pada: Jun 14, 2025 @ 10:34am

https://www.hmetro.com.my/arena/lain/2025/06/1229828/pusingan-akhir-olahraga-grand-slam-trek-dibatalkan




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-7-2025 08:08 AM GMT+8 , Processed in 0.064635 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list