CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: bungaros

[2011] SONGLAP - Lakonan Shaheizy Sam & Syafie Naswip

  [Copy link]
Post time 19-12-2011 12:53 AM | Show all posts
Post Last Edit by alyssasarah at 19-12-2011 00:54
kak jah tu annoying sgt...

filem ni mmg sekapal ngn anak halal...

kongsi, kl gangster sem ...
myralupilato Post at 19-12-2011 00:20



  lama tak nampak hadek myradepluto
betol.......citer ni mmg akan jadi citer yg sangat spesel cos wat iols emotionally attached and invested in all characters, termasuk yg baik or jahat.  

So far ada beberapa movie jer yg wat emotionally iols depressed camtuh antaranya, Legend of the Fall, The Departed, Natural Born Killers and latest Inception.  Songlap rasanya2 citer melayu yg 1st kot.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-12-2011 12:55 AM | Show all posts
lama tak nampak hadek myradepluto
betol.......citer ni mmg akan jadi citer yg sangat spes ...
alyssasarah Post at 19-12-2011 00:53


ai ada jah kaka...cuma xdela melepak sini ari2 cam dulu...

rindu ngn kaka

ai skrg byk lepak kat thread rimau kat bod gosip

psl songlap: agree ngn kaka..the best for me...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-12-2011 10:37 AM | Show all posts
lagi satu masa Am kejar bas tu........adakah dia mmg nak join Ad ke Kuantan or he only wants his mon ...
alyssasarah Post at 18-12-2011 21:33


he wants both...
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2011 10:43 AM | Show all posts
byk spoiler!!!
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2011 10:49 AM | Show all posts
byk spoiler!!!
kecimpret Post at 19-12-2011 10:43



   opppppppps sori
tapi citer ni lain hokay, walopon uols dah taw tapi macam tak taw, boleh cakap camtuh............sebab iols pon dah taw jugak sikit2 tapi bila tengok lain pulak.  The story is all about perception.
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2011 11:08 AM | Show all posts
opppppppps sori
tapi citer ni lain hokay, walopon uols dah taw tapi macam tak taw, bol ...
alyssasarah Post at 19-12-2011 10:49



    aku bukak jek terus tarik ke bwh..x sanggup mau bc kt atas tuh



plan mau tgk rabu ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-12-2011 02:04 PM | Show all posts
off topic :

hari ni ulangtahun ke 14 Titanic (1997) ditayangkn kpd umum!!!

nantikan versi Titanic 3D, 05 April 2012 di pawagam2 tempatan!!!
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2011 02:54 PM | Show all posts
kalo aku nk tgk wyg melayu, aku suka msuk kt sini dulu..dats why bile korg ckp citer ni best, aku ajak wife aku layan citer ni...

MMG BEST!!! aku suka citer ni...setiap scene dlm citer ni wat kita nk tau apa akan jd next scene pula...mmg bg sesetengah org citer ni slow n lembab...tp ckit pon x boring..ade je bdk kapel x cukup umur merungut2 citer ape ni...kecoh je...tau la minat citer Metrowealth...cett

lakonan sam pling aku suka...mmg dia btol2 pelakon yg hebat dlm movie ni...cuma komen aku psl hubungan am & ad sbg adik beradik mcm xde connection sgt...kalo byk emosi & special psl keakraban diorg sbg adik beradik wpon x rapat, mesti best...yg ada pon kejap je ms babak am tgk adik dia audition kena boooo ngn org lain...scene tu mmg best...dpt rs perasaan am sbg seorg abg...scene diorg nk berpisah tu

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-12-2011 04:40 PM | Show all posts
tmo kt ntv7 smlm

scene fighting sgt lemah!!!jln citer & lakonan lead & supporting SUPERB!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2011 09:00 PM | Show all posts
layan review ni, very insightful
credit http://tontonfilem.blogspot.com/ ... lesai-kalau-ad.html
Songlap(2011): Cerita Tamat Kalau Ad Tengok "Uh-uh" Mak Dia
Ok, aku tonton filem ini dua kali sebelum boleh mengulas, hanya kerana ingin melalui satu pengalaman sinema yang jarang-jarang aku dapat rasa dalam sebuah filem Melayu. Aku risau juga kalau impak atau perasaan yang aku rasa mula-mula itu "menipu" lantas aku tonton sekali lagi. Hal sebegini, membuang duit aku semata-mata untung syarikat perfileman disebabkan aku melihat sebuah filem yang punya "cinematic feel" yang perlu aku lawati sekali lagi, hal ini jarang-jarang berlaku dan aku buat, hanya beberapa filem, termasuk Hollywood yang aku buat begini.

Filem ini adalah antaranya.

Filem ini dibuka dengan sikap "jauh melihat dalam" (long take), yep, kita, penonton, seakan "memerhati dari jauh". Kita sebenarnya sekali lagi dibawa masuk dalam suatu "realiti" visceral seperti mana yang ada dalam ... Dalam Botol. Kita merupakan "si pemerhati" yang mana memahami ini bukan filem "hiburan semata-mata" tetapi refleksi kebenaran hidup. Perhatikan betul-betul, mengapa latar bawah jambatan ini diambil. Pertama, kita lihat Ad (Syafie Naswip) dari belakang (atau memang mula-mula kita tidak tahu siapa dan mengapa dia di situ, membawa persoalan, sekali gus, memahami imej ini negatif) yang mendekati dua pasangan yang "gundah". Kemudian "pekerjaan memberi bayi haram" itu berlangsung.

Sedikit demi sedikit, kita nampak wajah Ad yang "kosong" melakukan kerjanya, memberi surat beranak (palsu) dan menerima habuan. Soalan: berapa kali dia melakukan kerja ini? Sanggup dia? Di sini, kita menemui satu lagi klu buat mereka yang ingin "menelaah" mengapa Eizlan dan Lisdawati di situ. Mereka memakai baju kelabu (sepertimana jambatan: penanda mereka tiada kena mengena dengan dunia Ad dan apa yang Ad akan tempuhi), dan kelihatan sungguh gembira bila mendapat "bayi". Cerita mereka berhenti di situ. Titik. Mereka adalah penonton dan segala jenis filem hiburan, cerekarama dan Metrowealth yang kita tonton (rujuk bagaimana tidak naturalnya dialog mereka, dan cara mereka yang canggung dan sangat keterasing daripada segala seterusnya filem ini). Titik. Ia berhenti di situ. Kita tidak mengikut mereka tetapi mengikut jejak Ad (masih hanya belakangnya). Ad sampai ke abangnya Am (Saheizy Sam) dalam kereta. Barang bertukar tangan, Am bagi duit tapi Ad bengang, pintu kereta ditampar. Kita sedari, dalam misteri, Ad, sedikit demi sedikit mula "membenci" kerjanya, dan di situ, dia mahu "memilih jalan lain".

Hal ini amat-amat menarik bagi aku. Satu perkara, aku sedari, selalunya, dalam nahu filem, apabila watak membelakangi kamera, suatu "sial" akan berlaku, kematian atau perangkap. Dalam filem ini, disengajakan, watak-wataknya membelakangkan kamera. Tetapi semua tempat "dibelakangkan" itu bukan penanda kematian buat mereka, tetapi penanda pilihan di persimpangan (watak akan buat pilihan) buat babak seterusnya atau bermakna "jalan cerita mereka panjang lagi". Hal ini sangat penting. Kita akan dipaparkan dengan beberapa "bahagian" filem ini yang memaparkan wataknya membelakangkan kamera. Banyak kali kita melihat Ad (kerana watak beliau yang paling banyak berkecamuk pilihan untuk membebaskan diri daripada konflik perangkap hidupnya) membelakang kamera, kemudian Ad dan Hawa (Hawa mengambil pilihan mengikut Ad) dan akhirnya(spoiler!, Am pada akhirnya. Aku menyedari, ramai penonton Melayu yang "bebal" (dan sehingga kini masih berbicara) bagaimana tergantungnya pengakhiran filem ini. Babak akhir Am yang berlari dari belakang itu semacam bicara "habislah mamat ni", tetapi tak, ia penanda paling optimis buat Am, kerana "cerita" adiknya iaitu Ad "sudah selesai". Kamera merapatkan fokusnya kepada Ad, Ad mendepani kamera. Ceritanya sudah selesai (detik ini mengambil semangat filem-filem neo-realisme awal walaupun kita tidak tahu apa yang akan berlaku di Kuantan). Syot ini penting. Rujuk Midnight Cowboy. Pengakhiran filem itu dibuat dengan tangkapan "sisi" si pelacur lelaki dengan kawannya yang mati di sebelah, kemudian bas bergerak terus memasuki Florida. Dalam filem itu, ketidaktentuan akhirnya jelas, malah sedu kerana ironi "gol" yang dipaparkan. Dalam filem ini, pengakhirannya jelas optimis. Am mungkin masih tercari-cari pilihan hidupnya, tetapi Ad, sudah dewasa dan matang dan kini mendepani pilihan dan dirinya (mendepani kamera).

Ini sebenarnya sebuah filem yang senang ditonton, tetapi kerana isu yang diutarakan amat menyakitkan, malah dibikin dengan amat gelap, ini yang membuatkan penonton yang terbiasa dengan bumbu formulaik Disney-Hindustan melodrama Melayu (ini termasuk happy ending Ombak Rindu), menonton filem ini semacam mengeluarkan gigi berlubang dari gusi.

Bahkan inilah yang biasanya diagendakan oleh suami isteri Effendee Mazlan dan Fariza Azlina Isahak, yang pernah membawa sebuah filem remaja angst gelap, Kami. Malah isu yang diperkatakan dalam filem ini juga amat-amat menyakitkan, seperti mana dengan Anak Halal, yang mana persoalan anak gelendengan, pengambilan dadah, anak luar nikah, menjual bayi seludup, sindiket menyeludup wanita, sumbang mahram, pelacuran, dan buang anak. Bagi aku, inilah sepatutnya Anak Halal.

Aku suka kekuatan mereka yang mana, satu-satu babak itu boleh sahaja berlaku "pelbagai perkara" yang perlu ditonton dua kali untuk melihat "ketelitian" ini (rujuk kepelbagaian drama dan detik yang berlaku pada babak-babak tempat judi). Inilah kekuatan yang wujud dalam filem luar dan kini diguna pakai dengan baik dalam filem ini.

Berbalik kepada jambatan itu tadi, anda akan memahami hal "kecil" ini apabila menyedari mengapa Ad tiba-tiba marah (protes terhadap abangnya secara diam) selepas melakukan hal itu (kita faham di sini, Ad sudah serik berada di bawah jambatan itu). Dan sebab itu, "jambatan" itulah juga (yang berkemungkinan menjadi tempat mainan Ad dan Am masa kecil) menjadi tempat "terakhir" Ad mendepani Am (rujuk perubahan kata nama yang dipanggil oleh Ad terhadap abangnya). Hal-hal subtle sebeginilah yang melantun aku untuk menutup mata dan merasa betapa indahnya filem ini.

Bagi aku, babak Hawa (Sara Ali) yang dirogol oleh ayahnya lalu mengandung anak luar nikah adalah cerita yang paling berkesan dan emosional. Kita dititipkan hal ini satu per satu dengan paparan klu dialog dan imej sahaja. Apabila adik Hawa, Razak menyatakan kepada Ad berkenaan "Hawa macam kakak yang tak pernah ada", kita faham bahawa Hawa "selalu lari dari rumah". Mengapa? Klunya jelas, kerana Hawa "dinafsui" oleh ayahnya sendiri (Abdullah Omar). Kini, Hawa "disimpan" kerana mengandung. Kita akan menyedari lagi satu kesakitan yang paling menakutkan, ayah Hawa "tidak mahu" anak itu dan menyedari akan "membuangnya". Di sinilah mengapa Hawa perlu mendepani ayahnya (dan dia tidak suka mendepani hakikat) dan bertanya "Siapa anak ni ayah?"

Dengan cerita Hawa menyoal ayahnya, di sini ikatan yang turut disiarkan indah iaitu Ad dan ibunya seorang pelacur (Norma Damanhuri). Inilah kesengajaan dua pengarah ini menonjolkan bagaimana dunia kemiskinan dan penzinaan memecahkan "kasih-sayang" dengan suatu penelitian yang bukan senang. Kaitan terkuat ialah Ad apabila bertemu dengan ibunya, ibunya "tidak kenal" anaknya lantas sanggup memberi tubuh untuk anaknya main. Di sini perkaitan Ad untuk perlu bersama Hawa (kerana Hawa juga mencari ketenangan dalam segala kegilaan ini). Dan sebab itulah, Ad, yang melihat ibunya dari jauh, dan masih "berjauhan" walaupun bercakap dengan ibunya, memekik, "Ini akulah, ini aku!"

Menyedari siapa diri adalah maksud pertama filem ini. Dari titik itu, kita bertemu dengan satu lagi makna kemanusiaan filem ini, kekeluargaan. Inilah yang "diberikan" oleh dua pengarah ini (makna yang sama wujud dalam Anak Halal, penciptaan sebuah "keluarga baru" daripada keruntuhan keluarga biologi) apabila watak-wataknya menyedari siapa diri mereka sebenarnya dan yang mereka benar-benar mahukan daripada "hidup". Oleh sebab inilah aku menyatakan mengapa Ad pada akhirnya menjadi "matang" mendepani hidup (dia duduk tenang, tidak berganjak lagi, walaupun separuh dirinya hancur kerana kata-kata abangnya), sedang Am masih tercari-cari" makna sebenar untuk hidup di kota (dia memikirkan, duit adalah segalanya). Maka tersonglaplah jiwanya, inilah yang lebih menyakitkan daripada duitnya dikebas.
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2011 09:01 PM | Show all posts
sambung....

Lakonan dalam filem ini memberangsangkan. Semuanya aku suka malah Sarah Ali mengejutkan. Dia diam tetapi penuh memahami perwatakannya. Saheizy Sam mempunyai watak yang menarik, seorang "fallen fool" yang tidak menyedari kebenaran di depan mata, malah wataknya mempunyai "depth" yang menarik dan tidak pernah dibikinnya. Tetapi filem ini kepunyaan Syafie Naswip bagi aku. Dia mengangkat sakit, tuli, marah dan sayang Ad dengan suatu emosi minimalis yang amat-amat menakutkan tetapi turut menunjukkan vunerability. Babaknya dengan ibunya merupakan babak-babak paling terkesan dengan mood yang sungguh Wong Kar Wai. Para pelakon lain turut menunjukkan kehebatan walaupun watak sampingan, Abdullah Omar, Hasnul Rahmat, Fauzi Nawawi dan Norma Damanhuri.

Aku menyukai runut bunyi filem ini. Suntingan juga sangat ligat dan sinematografinya indah, walaupun ada beberapa yang sedikit bercelaru dari segi teknikal. Babak cemas kereta berkejaran juga dibuat dengan baik. Filem ini kenal apa ertinya membikin sebuah filem yang baik, dan sememangnya pun, antara filem terbaik Malaysia tahun ini.

nota fadz: Pengarah 80-an hebat Nasir Jani turut mengambil perana cameo, sila lihat bahagian mana.

trivia: (spoiler) Jika anda sedari, Ad menukar beg duit abangnya dengan kertas, Soalan: adakah benar-benar Ad menyonglap kesemua duit abangnya? Hal ini menarik untuk diperdebatkan, melihat kepada tahap kemanusiaan yang anda dapat lihat terhadap watak Ad.

klasifikasi: 18, dan sepatutnya kerana mengandungi babak dialog lucah, tema seks, keganasan dan adegan darah yang sederhana, pembunuhan haiwan, dan adegan melancap yang samar
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2011 09:10 PM | Show all posts
kalo aku nk tgk wyg melayu, aku suka msuk kt sini dulu..dats why bile korg ckp citer ni best, aku aj ...
sore_itam Post at 19-12-2011 14:54



   pada iols, cukup rempah hubungan Am and Ad.  
Antara scene feveret, masa dalam kete, lepas Am amek Ad yg baru kena belasah dengan Chipun (pasal tak der duit nak bayar), kan tiba2 Ad mengamuk dalam kete, terus Am cakap..."Jangan Ad, jahanam kete aku" pastu Am terus stop, both of them kuar kete, pastuh Ad nanges sambil mencangkung kat tepi kete, very heartfelt lah scene tuh, I think masa tuh Ad pon cakap...'aku dah kata...dalam dunia ada aku dengan kau jer".......terus iols teresak2 sorang dalam gelap wayang tu

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2011 10:06 PM | Show all posts
pada iols, cukup rempah hubungan Am and Ad.  
Antara scene feveret, masa dalam kete, lepas ...
alyssasarah Post at 19-12-2011 21:10


samalah...ai lupa, scene ni pun sedih sgt bg ai
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2011 10:22 PM | Show all posts
part paling geli rasa nak muntah and bertambah meluat ngan bapak hawa

masa scene heols dalam taxi gelap2 pastuh dok tenung gambar Hawa.....heols melancap ek masa tuh, cissssss
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2011 10:24 PM | Show all posts
off topic :

hari ni ulangtahun ke 14 Titanic (1997) ditayangkn kpd umum!!!

nantikan versi Tita ...
hashyreed Post at 19-12-2011 14:04



  3D titanic..........ala2 rasa cam tenggelam sekali dengan kapal ek
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2011 11:03 PM | Show all posts
Reply 172# alyssasarah

Hehe...oh ya aku lupa scene ad ngamuk dlm kete tu...kalo abg lain, haruslah ngamuk blasah adik dia kan? Tp mmg scene ni nmpk sisi sifat abg yg baik pada am...

Act pd zahir x nmpk sgt kot sifat keakraban diorg...tp ada beberapa scene yg mgkin aku x perasan mcm scene am halau razak ms dia dtg bg roti canai tu...act am xmo ad berkwn ngn mat pit kan....pastu dia x suke ad carik mak dia...mmg ada sbb la kan...wahh kena tgk 2 kali ni br aku dpt rs kan connection hubungan antra am dan ad...

Tp siyes la citer ni best sgt...perasaan takut suspen mcm dpt rs je...nak2 time ah keong bunuh hasnul tu...ms am smbunyi blkg meja...ah keong dok berdiri jee sblm blah...serammmm je....dan aku suke jln citer yg mak depa x kenal/sedar ad tu anak dia smpai abis movie...kalo citer melayu standad, nnt mak akan ckp terpaksa jd pelacur la nk biaya hidup, masih igt ank la kononnya....tp tidak ye dlm movie ni...mnunjukkan hinanya hidup pelacur mmg x igt anak...hehehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-12-2011 11:35 PM | Show all posts
masa scene heols dalam taxi gelap2 pastuh dok tenung gambar Hawa.....heols melancap ek masa tuh, cissssss
alyssasarah Post at 19-12-2011 10:22 PM



    siyesss? aku tak prasan dia dok buat mende tuh.....
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2011 11:37 PM | Show all posts
Reply  alyssasarah

Hehe...oh ya aku lupa scene ad ngamuk dlm kete tu...kalo abg lain, haruslah n ...
sore_itam Post at 19-12-2011 11:03 PM



    tu la pasal...kalau cerekarama wajibla ada adegan mak-anak menangis menyesal taubat bagai kan.....
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2011 12:27 AM | Show all posts
saya suka giler cerita ni.. best sangat sangat sangat... jom tgk lagi..!!
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2011 08:15 AM | Show all posts
Reply  alyssasarah

Hehe...oh ya aku lupa scene ad ngamuk dlm kete tu...kalo abg lain, haruslah n ...
sore_itam Post at 19-12-2011 23:03



   tu lah uols...rasa cam nak kena tengok lagi sekali, tak puas tengok sekali nak2 bila iols baca review Ajami ni
SONGLAP ~ Ad punya pasal lah ni!
katakekunci Effendee Mazlan, Fariza Azlina Isahak, redfilms, songlap di 11:45 PM*Isnin, Disember 19
Filem ini menganggap bahawa khalayak wayang kini sudah pandai memahami penceritaan secara subtle tanpa perlu membentangkan kronologi asal-usulnya satu-persatu A, B, C.. Warnanya dipudarkan beradun dengan muzik latar chaotic dan tangkapan kamera seringkali berjarak dekat/ganjil dengan suntingan liar sudah mendesak bersesuaian dengan penceritaan realisme yang berpecah-pecah berkecamuk. Siapa-siapa perwatakannya pula dikenali dari wajah/identiti dan isikandung pertuturan keras serta paparan situasi/emosi yang dikembangkan tanpa perlukan introduksi berlebihan. Ringkasnya filem ini 'bijak' semasa bercerita.

Kisahnya berlegar-legar di antara kelompok-kelompok keluarga/geng yang berkompromi/berkonflik sesama mereka. Semuanya kerana duit dan/atau nafsu. Walaupun dunia bahaya/jijik yang menjadi pentasnya, ia mempunyai sistem kuasa hirarki yang tersusun dan terkawal selagi ketua-ketuanya Abang Mat (Hasnul) , bapa Hawa (Omar), Chipun (Fauzi) berfungsi secara rutin dengan betul/lancar selama ini.

Sehinggalah 2 insiden/trigger point utama yang mengkucar-kacirkan semuanya:
1. Razak mati overdose
2. Hawa lari dari rumah

Ad (Syafie) ialah watak penting yang bertindak seperti seketul batu dicampak ke air tenang untuk mengoncang dan mengocak ketenangan pengulangan sistem komuniti ini dan menggabungkannya: kisah konflik keluarga Hawa, sindiket penjualan bayi & wanita serta merumit/mengungkit/membongkar semula masalah dalaman keluarganya sendiri: Ad-Am, Ad/Am-ibunya Rita (Normah).

Kisah-kisah asas filem ini sebenarnya sangat klise dari segala gejala songsang dan jahanam yang berlaku dalam masyarakat yang tak pernah berkesudahan. Saya tak pedulipun seandainya mereka semua dalam kelompok Abang Mat mati katak dalam hukum karma dunia mereka. Yang kasihannya ialah watak Ad dan Hawa (Sara) sahaja yang menimbulkan simpati kerana berada di tempat dan waktu yang salah. Adakah mereka mangsa? Mungkin ya mungkin tidak. Apa-apa pun mereka ke Kuantan untuk meneruskan kehidupan yang fana ini.

Am (Sam) berada di tengah-tengah kemelut semua orang. Watak ini yang lebih saya kasihankan kerana kecukupan hidup sehariannya sudah memadai untuk sementara waktu ini sehinggalah Ad adiknya ada plan sendiri pula. Am sebenarnya sudah bercita-cita untuk keluar dari dunia gelap itu dengan penabungan duit upah setiap jualan bayi dan/atau perjudiannya. Saya rasalah. Dan saya rasalah juga tindakan Ad yang menghuru-harakan semua perancangan masa depan Am. Tapi kalau Ad tak buat apa-apa maka filem ini akan bergerak dalam bulatan sahaja. Jadi saya akui desakan Ad mencuri duit Am dan melarikan diri dengan Hawa boleh mempercepatkan lagi apa yang sepatutnya Am lakukan di kemudian hari iaitu 'get a life!'.

Filem ini secara dasarnya ialah kisah family tree yang beracun dari akar-umbi hingga melarat ke pucuknya. 2 keluarga yang jahanam berpunca dari ibubapa/penjaga kepada generasi seterusnya: ibu Ad/Am yang membuang anak-anak mereka dari kecil kerana desakan hidup sebagai pelacur dan bapa Hawa yang bernafsu binatang sehingga membuntingkan Hawa. Ibu Ad/Am memang dah tak peduli dan sudah lupa kewujudan anak-anak dia sebab itulah babak Ad merengek-rengek meminta belaian kasih sayang dari ibunya itu tidak berfungsi apa-apa. Filem ini bukannya kisah jejak kasih doh! Kerana itulah dialog Am kepada Hawa di babak dapur bila difikirkan semula ialah keputusan/cadangan yang paling terbaik dari situasi yang terburuk untuk menyerahkan bayinya (baca: generasi seterusnya) kepada yang lebih mampu untuk membesarkan dalam keluarga yang mewah. Babak itu juga ialah flashback kehidupan Am bersama ibunya dahulu. Mungkin juga situasi sebegitu kenapa gadis-gadis bohsia membuang bayi ke dalam tong sampah atau surau samada kerana dia tak mahu bayinya menderita maka lebih baik dimatikan (baca: pemikiran akal pendek) atau meninggalkan di surau (baca: pemikiran akal panjang sikit). Tapi dalam filem ini masa depan bayi yang terbuang di-upgrade lebih tinggi iaitu dijual kepada pasangan yang mandul dan kaya.

Adakah filem ini happy ending? Ya! Sekurang-kurangnya untuk sementara waktu ini Ad dan Hawa akan ke Kuantan dan Am pula sudah bebas dari kematian di parang oleh apek yang berparut di mukanya itu. Kau nak happy ending apa lagi? Nak tengok babak Ad-Hawa di atas kapal layar mewah dan Am bermain layang-layang di bendang ker? Huhuhu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 09:41 AM GMT+8 , Processed in 0.067155 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list