CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
123Next
Return to list New
View: 6573|Reply: 47

[Tempatan] Geng Lebai jadi agen menipu jemaah haji dicekup

[Copy link]
Post time 16-6-2025 09:31 AM | Show all posts |Read mode
Edited by pengecattaik at 17-6-2025 12:18 AM


SEPANG: "Ini semua takdir Allah... Kalian kena reda... Lagi banyak cabaran, lagi besar pahala", itu antara taktik seorang ejen haji tempatan yang mengungkapkan ayat-ayat terbabit ketika di Tanah Suci bagi meredakan 'ketegangan' 49 jemaah haji yang terperdaya dengan janji manis agamawan terkenal itu.

Seorang peniaga di Batu Pahat, Johor, 63, berkata pada awalnya mereka diberi harapan bahawa segala urusan di Arab Saudi akan lancar, namun pengalaman ngeri mereka bermula selepas selesai urusan di Madinah.

Paling saya tak sangka, saya kena redah gurun. Dekat Madinah itu masih okey lagi dalam enam hari di sana.

"Lepas itu dia (agamawan) pindahkan kita ke Makkah. Nak masuk ke Makkah itu yang susah, kebanyakan kena naik bukit berbatu, daki gunung," katanya kepada pemberita di Terminal 1, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA T1).

Beliau adalah antara 49 jemaah haji yang menjadi mangsa kes penipuan pakej haji, melibatkan sekumpulan jemaah warga emas yang didakwa dikurung dan diarahkan melalui laluan berbahaya di Arab Saudi ketika mengerjakan rukun Islam kelima itu.

Semalam, media melaporkan hasrat sekumpulan jemaah dari Malaysia untuk menunaikan rukun Islam kelima itu tidak kesampaian, selepas mendakwa menjadi mangsa penipuan ejen haji tempatan yang dipercayai membabitkan seorang agamawan terkenal.

Sementara itu, seorang guru di sebuah kolej swasta, 64, yang juga isteri kepada peniaga berkenaan berkata selain pengalaman buruk mendaki gunung, mereka juga berdepan dengan kekurangan bekalan makanan.

"Makanan diberi cukup-cukup. Telur goreng dan dua ekor ikan kongsi lima orang. Dua ketul ayam, kongsi tujuh orang.

"Ya kami persoalkan kepada pengelola (agamawan). Marah...gaduh...apa jawapannya? Dia beritahu kena reda dan tawakal," kata warga emas berkenaan yang kelihatan keletihan.

BH



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-6-2025 07:19 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-6-2025 10:02 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2025 10:08 AM | Show all posts
dia ni tak pernah dijatuhkan hukuman ke eh? ditangkap didakwa lepastuh? siap boleh scam orang beberapa kali  rinse and repeat? adakah sistem undang-undang negara kita mmg macam sarkas?
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2025 11:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Penonggeng agama betul2 punya keras. Tak takut langsung hukum agama & undang2 dunia.
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2025 11:10 AM | Show all posts
terkenal apa aku tak kenal pun...spe ni. ostad kelahiran mana? PU? imam muda? daie?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-6-2025 11:20 AM | Show all posts
kiewakk betol penunggang agama skang ni
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2025 11:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Lahhh!!! Famous hapanya, sapa pun tak kenal
Famous lg walid kalau camtu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-6-2025 11:22 AM | Show all posts
muka dia mcm ustat Pan dowh
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2025 11:28 AM | Show all posts
ini klu ikut berita kat atas 'tipu bertahun-tahun'

ini bukan agen... ini scammer .. tak menghairankan walaupun orang panggil dia ustaz


Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2025 11:37 AM | Show all posts
n3ar replied at 16-6-2025 11:10 AM
terkenal apa aku tak kenal pun...spe ni. ostad kelahiran mana? PU? imam muda? daie?

kan...meols pun tak kenal...

Teguh holidays nie agency yg di approved by Tabung Haji utk buat package haji ke? takkan takde sorang pun family member mangsa buat due diligence psl company tu, sebelum benarkan ahli keluarga join them. Parents maybe dah tua, tak reti nak check online...tapi sure ada anak2,yg muda2 yg celik IT yg senang2 bole google psl mamat nie dan his penipuan....


Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2025 11:39 AM | Show all posts
Edited by pengecatbintang at 16-6-2025 11:46 AM

tak yah marah sgt

sbb

mangsa melayu kena kencing ngan Melayu gak

sikit lebih kurang ler sesama melayu

kalo mangsa melayu ni mati
  
at least pemangsa melayu bole sedekah Al Fatihah

kalo yg kencing ni aka pemangsa bukan melayu islam

x bole sedekah Al Fatihah

so, redha n syukur lah pemangsa ni melayu

takkan sesama melayu nak berkira

duit tu anggap jer ler sedekah

sedangkan

bijan rembat puluhan Billion pon melayu sokong (walaupun rekyat kena tanggung n bayaq utang imdb tu)

pemimpin umngok n pee end rembat puluhan billion duit rekyat pon rekyat redha n tetap sokong n undi lagi

takkan lah RM30,000 kena tipu ngan pakej haji palsu ni nak berkira

  





Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2025 11:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Org Malaysia ni, penyanyi nasyid pun dipanggil ustaz.
Ntah apa2.
Ni, scammer ni, celah mana ustaznya.
Belajar sampai mana?
Ntah2 sijil tinggi agama yg setaraf SPM pun takde
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2025 01:04 PM | Show all posts
haram tak kenal... agamawan terkenal kununnnn... phuii.. kesian kat pakcik makcik duit melayang... asal musim haji aje kena tipooo... padahal dah berbuih mulut tabung haji dah pesan pergi dengan PJH...nak jugak ikut tah mana2 agensi.. xpe pakcik makcik.. cuba lagi tahun depan... duit kan banyak lagi... selagi duit ada berkepuk-kepuk selagi tu la taknak dengar pesan TH atau orang2 sekeliling... lebih percaya dengar cakap scammer... ha teruskan..
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2025 01:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Adakah mamat gemok ni menipu dengan cara menggunakan nama² agamawan terkenal untuk memancing mangsa?
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2025 01:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Muka xde rupa ustaz, kalau ustaz ada rupa rajin mengaji makan berpada2 xde rupa spt rupa peniaga2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-6-2025 02:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Gemok eh makan duit haram! Elok mati kena panah petir je penipu mcm ni
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2025 02:05 PM | Show all posts
tak pernah dgr plk TA ni
tp tak blh nk bayang atok2 nenek ko suruh berjln naik turun bukit/gurun???
cuba ko bayang parents sendiri kena mcm tu.. takde perikemanusiaan lgsung
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2025 02:34 PM | Show all posts
agamawan terkenal celah mana...?

tak pernah dgr pun ...reporter ni fahama ke maksuk terkenal..

agamawan terkenal mcm UAI..Ustaz Kazim...Syamsul Debat .. Imam muda Asraff..
Dr Zul...and etc..

terkenal tu ramai org kenal...dia kenali satu malaysia..mcm PMX tu..
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2025 02:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Sebelum ni dok bc ramai gak komen...
Kdg2 ahli kelaurga atau kwn dan suruh check..atau siasat..atau bg warning.
Tp kdg2 ada yg tkmau percaya dan berdegil..

Teringt kwn la....kalut nk melabur dlm satu pelaburan kopi.
Dah pesan jgn join...tk dgr.....bukan org tk cerdik...semua cikgu ...


Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2025 04:36 PM | Show all posts
tolong lepasni jgn suka bagi gelaran ustad kat ntah sapa2. Asal serban bejubah kopiah dah panggil ustad

majlis agama tauliah gelaran ustaz sbb x nak kita terpedaya dgn ntah sapa2 yg menunggang agama. Kita senang2 gelar org ustaz

Tauliah ustaz untuk elak org bukan islam cakap x elok tentang agama islam. Kita yg islam plak selalu dgn sentimen ishh takkan la ustad nak menipu ?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-7-2025 10:29 PM GMT+8 , Processed in 0.061348 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list