View: 3900|Reply: 34
|
[Tempatan]
Lelaki Tegur Tetamu Kenduri Kahwin Yang Dah Makan Tapi Tak Mahu Beredar
[Copy link]
|
|
Edited by YgBenar at 16-6-2025 09:03 PM
Lelaki Tegur Tetamu Yang Dah Makan Tapi Tak Mahu Beredar
Menerusi satu perkongsian di laman TikTok (@acik.eddy), lelaki ini meluahkan rasa kurang senang terhadap tabiat sesetengah tetamu yang terus duduk di meja walaupun telah menghabiskan makanan mereka.
Menurutnya jika sudah selesai makan, adalah lebih baik memberi peluang kepada tetamu lain pula untuk duduk dan menjamu selera.
Katanya lagi, dia tidak kisah pada mereka yang masih sedang makan kerana itu memang tujuan utama datang ke kenduri.
Namun, dia menegur sikap segelintir yang sudah habis makan tetapi terus duduk berbual panjang, sempat terbahak-bahak bergurau dan bersembang tanpa memikirkan orang lain.
“Orang lain sampai berdiri diri pegang pinggan, terpaksa tunggu kau melepak,” jelasnya dalam video tersebut.
Tambahnya apabila meja tidak cukup, seharusnya para tetamu yang sudah selesai menjamu selera segera bangun untuk memberi laluan kepada tetamu lain.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Pastu dah habis makan nasi, ambil laksa pulak..lepak jap..pekena cendol pulak..makan mcm dalam syurga je bergurau senda..hanat tol..kau bedal makan mcm xde hari esok.. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by dua_chzy at 16-6-2025 01:19 PM
Mende apa merepek aku baca ni siak?
Meols tatau la di Malaya, lagi2 di bandar, cemana stail kenduri.
Tapi tempat meols, bila pi raya ka kenduri if tadak kerusi meols pi ja masuk rumah carik tempat duduk kesah la dok atas lantai sekalipun yang penting dah mintak izin tuan rumah. Atau paling idak, cakap kat tuan rumah tadak kerusi, ah nanti pandai la dia mintak tolong petugas or sesapa carikan.
Mamat belensiaga ni expect orang gi kenduri takat makan then blah camtu je ke? Tadak sembang2 jalin silaturohim?
Betul tadak kerusi or kau mentality suma benda nak orang layan, org bagi, org serve, dalam erti kata lain fefeling entitled?
Pehtu apsal tuan rumah kenduri kau tu pun sama poyo tak reti2 tengok tetamu dapat duduk ke tak? Apsal dibior je? Jimat bajet?
Macam jarang la baca or dengar kes gini.
|
|
|
|
|
|
|
|
Nak berborak boleh je kan berdiri kat bawah pokok mana2. Benda ni jadi bukan takat kenduri kawen, kat event lain macam open house pon sama jugak. Sampai pengacara kena buat announcement untuk beri laluan kepada tetamu yg belum makan |
|
|
|
|
|
|
|
Habis makan mmg iols bangun terus kalau full house bukan kat kenduri je restoran pon sama . Bo do nya org selfish ni |
|
|
|
|
|
|
|
dia selalu pergi kenduri kawin kat dewan kot. Tempat duduk mmg terhad. Nak cari kerusi xtra pun tak jumpa
aku kalau dapat jemputan, aku dgn gang selalu pergi awal sebelum pengantin datang. Makan pun relax, pastu bila tgk dah ramai tetamu aku balik
lambai pengantin dari jauh jadilah
|
|
|
|
|
|
|
|
Incanto replied at 16-6-2025 01:58 PM
dia selalu pergi kenduri kawin kat dewan kot. Tempat duduk mmg terhad. Nak cari kerusi xtra pun ta ...
Nampak macam rumah ja kat belakang dia tu. Tapi kalau kat dewan, logik gak. Cuma...Tempat weol, buat kat dewan pun berjam orang duduk. Sebab biasanya buat macam Cina tu - tetamu jemputan ja hadir, hado RSVP, hada masa mula jam berapa, abis jam berapa, then dok la dari awal sampai habis acara. Jarang ada masalah takda kerusi. If hado, petugas yang bertanggungjawab kasik kerusi kat tetamu.
Actually meols don't get la hapo heols rengsakan sebab meols tak pernah alami situasi gini. Dan meols jarang pi kenduri. If pegi, kenduri kawan2 or kawan pada kawan or sedara mara ja dan tak pernah la merasa tadak tempat duduk.
|
|
|
|
|
|
|
|
ada dua jenis kenduri...yg sit down, makan di serve atau ada dome kat meja. Ni jenis formal tempat duduk tetamu dah fix, takde masaalah tak cukup kerusi atau tak cukup makanan
lagi satu jenis tetamu masuk keluar, makan bufet style....katalah hos jemput 600org tapi dewan boleh muat 500. Jadi masaalah tak cukup tempat duduk kalau org datang pukul 11 duduk sampai pukul 4. Makanan pun kadang kadang tak cukup kalau yg datang awal pulun mcm seminggu tak makan
|
|
|
|
|
|
|
|
ada plak letak handbag kt kerusi... org nk duduk dah x boleh... sabau je la |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau dia masih nk makan ke apa biarlah dulu.
Sbb iols penah terkena tgh mkn lagi org dah g letak2 mknn2 dia atas mejak iols tgh mkn tu.
Sudahnya iols kena bgn mkn sambil berdiri plak sbb dh jd tak selesa dia duk tonyoh2 nk suh kita bangun.
Beradab la skit, kalau org dh abis makan takpelah nih org tgh mkn tak abis lagi.
|
|
|
|
|
|
|
|
Majlis kenduri ni boleh jadi wadah reunion selayaknya tetamu nak bersilaturrahim sikit. Bukannya nak duduk sampai sehari suntuk pun.
Memang ada event hall yang tak sepadan jemputan sehingga DJ kena request yang dah makan supaya beredar atas alasan beri laluan. Aku rasa ia sangat tak sopan walau pun aku memang nak blah pun. Aku faham orang2 yang nak stay.
|
|
|
|
|
|
|
|
1. Kenduri kawin -------- aii suggest letak kertas tiap meja "45 minit sahaja" ini style zaman covid dulu.
2. Di kedai makan -- letak jugak tanda 45 minit di setiap meja.
3. Di parking kereta <--- ko dah masuk on enjin blah la ini tidak dah masuk kereta time itu la buat call, time itu la letak ginchu time itu la nak check itu ini! |
|
|
|
|
|
|
|
Kena ada extra kerusi 20 ketul di luar dewan atau bawah pokok |
|
|
|
|
|
|
|
"Bukan nye selaluuuu" budaya kitoooo!!  |
|
|
|
|
|
|
|
Common sense. Kalau dah ramai dtg takde tmpt duduk, kita siap mkn, cepat² bangun. Nak borak, smbg tmpt lain. Tapi kalau sekadar nak cuba makanan² lain pulak, mknlah. Dah memang tuan rumah sediakan utk cuba mcm². Cuma jgn amik masa lama sgt. Org lain pun nak duduk. Kalau lama sampai kena beratur dan org menunggu tmpt kita, lepaskan tmpt duduk kita tu dulu. Dah dpt mknn, kita duduk tmpt lain. Mudahkan urusan semua org, nanti Allah mudahkan urusan kita. |
|
|
|
|
|
|
|
entahlah...bagi meols bukan lah salah tetamu yg xnak bangun 100%..kadang tu, itulah dibuat utk reunion, lama xjumpa sahabat berborak sampai x igt ada org menunggu meja...sebagai tuan rumah xpayahlah jemput ramai2..haritu 1st time I p event memang xda langsung org berdiri tggu meja, makanan cukup, meja semua ada tetamu & boleh duduk ramai2..mungkin xjemput ramai around 300 kot..tp semua nampak selesa boleh repat makan, berbual lama & dapat goodies macam2...nanti anak meols kawen nak buat gitu..xlogikla nak jemput sampai 1000 jemputan..yang betul2 rapat je meols nak jemput.. |
|
|
|
|
|
|
|
tengok keadaan la. kalau dah habis makan, keadaan masa tu dah ramai org ada yang nampak melilau cari tempat, bangun. Gi la lepak kat mana2. Ni jenis selfish duk juga. Ada yg saje duduk main hp je |
|
|
|
|
|
|
|
yer banyak buat mcm tu, lepas tu walau dah dijeling2 sambil pegang makanan di buat bodoh saja, paling2 hanat suruh anak p ambik air or kuih2 letak la atas meja tu acah2 masih makan. |
|
|
|
|
|
|
|
aku selalu cakap kat laki aku... kalau anak anak kawen nanti sediakan satu port 2,3 table utk kengkawan skolah dia tu. sebab dia dgn kengkawannya selagi majlis x habis selagi tu semua dok menyembang. kena kena ada yg baru sampai, sambung lagi sembang. dah salam salam tapi eh kat luar sambung lagiiii.
ni lah aku tgk benda rare bila pi kenduri side kengkawan laki aku. jadinya mmg anak aku kawen nanti kena ada meja meja khas utk kengkawan skolah dia. |
|
|
|
|
|
|
| |
|