CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 11572|Reply: 53

Siti Nurhaliza sertai Askar Wataniah

[Copy link]
Post time 26-5-2011 07:08 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by khyree at 26-5-2011 19:10

KUALA LUMPUR: Penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin dijangka menyertai Rejimen Askar Wataniah dalam masa terdekat, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.        

"Siti Nurhaliza bersetuju menyertai Askar Wataniah atas sokongan suaminya," katanya kepada pemberita pada majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2010 Jabatan Latihan Khidmat Negara dan Pemakaian Pangkat Kolonel Kehormat kepada Ketua Pengarah jabatan itu, Datuk Abdul Hadi Awang Kechil di Kementerian Pertahanan di sini hari ini.

Seorang lagi penyanyi, Jaclyn Victor, dan bekas pengacara TV3, Maznah Zolkifli turut melahirkan hasrat menyertai pasukan sukarelawan itu, kata Ahmad Zahid yang turut mengajak beberapa pelakon lelaki untuk menjadi askar wataniah.        "Mereka dijangka menyertai dalam masa terdekat dan majlis pelancaran akan dijalankan sebelum mereka menjalani latihan sebelum bulan puasa," katanya.         Sesiapa yang menyertai Rejimen Askar Wataniah perlu menjalani dan menamatkan latihan 39 jam dalam masa setahun mengikut kelapangan masing-masing sebelum ditauliahkan.


        Ahmad Zahid berkata selebriti yang menyertai rejimen itu dapat dijadikan sebagai ikon untuk menarik minat lebih ramai individu di bawah usia 35 tahun menjadi askar wataniah. Beliau juga berkata Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sedia menjalankan tugas sampingan bagi misi mencari dan menyelamat mangsa-mangsa yang terlibat dalam bencana alam.         Katanya meskipun tugas hakiki ATM khususnya Tentera Darat adalah menjadi benteng menjaga kedaulatan dan keamanan negara, pasukan itu sentiasa bersedia menjalankan misi yang memerlukan khidmat mereka.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-5-2011 07:47 PM | Show all posts
yeayyy...chaiyyokkk CT!!~
lagipun CT memang ske mende2 cenggini kannn
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2011 08:26 PM | Show all posts
ehmmmm .... tetiba pulak rasa nak join askar wataniah ....   Nak pangkat Jeneral terus boleh tak??? ahakssssssssss
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2011 08:32 PM | Show all posts
CT ni mmg nature dia sebenarnya tomboy ....tomboy yang ayu occayy ...
Bab2 pakai uniform askar/polis panjat2 guling2 main tanah tembak2 bagai ni mmg gedix la dia ~!! Sib baik comey ...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-5-2011 08:35 PM | Show all posts
nak tahu.. askar wataniah nih apa?????? tk paham dari tadik baca... hahah
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2011 09:14 PM | Show all posts
motip tak menggunakan kuasa Google

Rejimen Askar Wataniah merupakan pasukan simpanan di dalam Tentera Darat Malaysia yang dulunya dikenali sebagai Pasukan Simpanan Tentera Darat. Rejimen Askar Wataniah merupakan benteng terakhir tentera darat dalam medan pertempuran. Rejimen Askar Wataniah telah ditubuhkan dengan rasminya pada 1 Jun 1958.

Elemen-elemen dalam Rejimen Askar Wataniah

Terdapat beberapa pecahan elemen dalam struktur askar wataniah. Antaranya adalah;

    * Tempur
    * Bantuan tempur
    * Bantuan perkhidmatan
    * Pakar
    * PALAPES
    * Pengurusan sempadan

Setiap kor dan rejimen dalam Tentera Darat Malaysia memiliki pasukan askar wataniahnya sendiri kecuali Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), Rejimen Renjer Diraja (RRD), Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT), Rejimen Gerak Khas (GGK) dan Pasukan Udara Tentera Darat (PUTD).

Elemen pakar adalah bidang khusus tertentu di dalam wataniah. Contohnya. Pakar pelabuhan, pakar semboyan, pakar bekalan air, pakar stesen janakuasa elektrik. PALAPES adalah pasukan melatih kadet yang terdiri dari mahasiswa untuk ditauliahkan sebagai pegawai askar wataniah di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

Pasukan Kerahan (Siri 300) adalah pasukan wataniah yang berkhidmat sepenuh masa. Tugasnya sama seperti pasukan tetap. Cawangan latih ialah pasukan yang melatih sekumpulan atau sesaorang untuk direkrutkan menjadi askar wataniah. Setiap Pasukan wataniah dibawah pengurusan Rejimen Askar Wataniah (RAW), kecuali bantuan tempur. bantuan perkhidmatan dan elemen pakar.

Sumber ikhlas ehsan daripada pakcik Wikipedia
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-5-2011 09:33 PM | Show all posts



elok la tuhh, lg pn dia dh pernah dk main ngn snapang2 nihh kn..
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2011 10:06 PM | Show all posts
CT in Uniform









Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-5-2011 10:53 PM | Show all posts
motip tak menggunakan kuasa Google

Rejimen Askar Wataniah merupakan pasukan simpanan di dalam  ...
cinta_ungu Post at 26-5-2011 09:14 PM



    kadang kadang pak cik google nih tk leh caya sangat... uhuks...
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2011 02:05 AM | Show all posts
speechless.....
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2011 06:18 PM | Show all posts
Jumaat Mei 27, 2011
Datuk K Tidak Benarkan Siti Nurhaliza Masuk Askar Jika Hamil

Oleh SITI AZIRA ABD AZIZ




PETALING JAYA: Datuk Seri Khalid Muhammad Jiwa (Datuk K) tidak menghalang isterinya Datuk Siti Nurhaliza Tarudin menyertai latihan sebagai Askar Wataniah melainkan sekiranya wanita itu mengandung.

Kata Datuk K, selepas melihat syarat-syarat penyertaan, dia tidak mempunyai halangan sebaliknya memberi dorongan kepada Siti untuk melibatkan diri dalam aktiviti berkenaan.

“Saya benarkan Siti menyertainya sebab dia bukannya perlu masuk hutan dan menghabiskan masa untuk latihan selama berbulan-bulan seperti askar biasa.

"Sebaliknya dia hanya perlu menjalani latihan pada hujung minggu atau pada waktu lapang dan boleh berulang-alik dari rumah.
“Dalam masa yang sama kalau dia mengandung, mungkin saya tidak membenarkan dia menyertai pasukan itu. Setakat ini dia belum hamil lagi,” katanya kepada mStar Online, di sini, Jumaat.

Jelasnya, dengan penyertaan Siti dalam pasukan itu sekurang-kurangnya mampu memberi galakan kepada orang lain untuk menyertai pasukan berkenaan.

Malah beliau juga akan menggalakkan anak-anak lelakinya mengikuti jejak serupa.

“Saya tahu aktiviti yang dijalankan agak lasak seperti latihan menembak dan kawad kaki.

"Bagaimanapun, saya akan memberikan sokongan moral kepada dia memandangkan dia agak meminati bidang tersebut.

“Dengan menyertai pasukan itu, sedikit-sebanyak ia boleh menghilangkan stres. Selain itu, dia boleh memberikan galakan kepada orang lain kerana kita tidak tahu apa yang akan berlaku kepada negara kita pada masa akan datang,” katanya lagi.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan penyertaan Siti dalam Rejimen Askar Wataniah (RAW) pada majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2010, Jabatan Latihan Khidmat Negara dan Pemakaian Pangkat Kolonel Kehormat kepada Ketua Pengarah jabatan itu Datuk Abdul Hadi Awang Kechil di Kementerian Pertahanan, Khamis.

Sesiapa yang menyertai RAW perlu menjalani dan menamatkan latihan 39 jam dalam masa setahun mengikut kelapangan masing-masing sebelum ditauliahkan.

Ahmad Zahid berkata, selebriti yang menyertai rejimen itu dapat dijadikan ikon untuk menarik minat lebih ramai individu di bawah usia 35 tahun menyertai pasukan tersebut.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-5-2011 08:29 PM | Show all posts
pulak.. dahhh koserrr!!
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2011 09:41 AM | Show all posts
hehehe.. kalo mcm tu sy pon nk join Pasukan sukarelawan polis la
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2011 09:42 AM | Show all posts
pulak.. dahhh koserrr!!
khyree Post at 27-5-2011 20:29



    koserr.. koserrr
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2011 10:23 AM | Show all posts
toksah la siti.
dok umah jek la. masak ikan patin.
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2011 12:52 PM | Show all posts
Reply 15# cembun


ct x sempat masak ikan patin, siti sempat masak ikan sardin je
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-6-2011 01:17 AM | Show all posts
"@NurulZahid: Esok pg sy dan @siti_nur11 akan menyerahkan borang n terima uniform sbg unit askar Wataniah! Berkhidmat utk Negara!"




1 hour ago via Twitter for BlackBerry®
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-6-2011 11:56 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-6-2011 11:57 AM | Show all posts
lepas nih mmg sah sah siti susah nak ngandung... lepas nih aktiviti siti semua akan slow down...

siti nih mcm penamak.. semua dia nak... bisnes dia nak, nyanyi dia nak.. askar dia nak.. cuba fokkus satu bidan tertentu... siapkan semua kasi abis dulu... nih aku kalau keje kat snp pon aku leh bayangkan dia masih banyak lagi perkara yang tertunggak!
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2011 12:00 PM | Show all posts
lepas nih mmg sah sah siti susah nak ngandung... lepas nih aktiviti siti semua akan slow down... :di ...
khyree Post at 16-6-2011 11:57



    ingat kesetianmu kekuatanku hokey
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2025 12:44 PM GMT+8 , Processed in 0.071099 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list