Edited by JoyahMengayah at 26-6-2025 02:58 AM
KUALA LUMPUR: Kumpulan wanita popular era 1990-an, Elite tampil dengan konsert sulung, Elite Live'25 di Plenary Hall, Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC), pada 20 September depan.
Selepas muncul di pentas Konsert GenKRUdi Axiata Arena di sini, Mei lalu, Elite dihampiri beberapa penganjur yang menunjukkan minat untuk mementaskan konsert mereka.
Bagaimanapun Elite yang dianggotai Azza, Shasha Saidin, Abby Abadi, Watie Sadali dan Linda Rafar masing-masing sepakat memilih Icon Entertainment kerana kredibiliti pengasasnya, Iman Tang.
Azze berkata, faktor layanan baik dan keikhlasan Iman mendorong mereka bersetuju dengan tawaran Icon Entertainment...
|