View: 2893|Reply: 28
|
[Jenayah]
Skandal Lembu NFC, Public Bank Kena Bayar RM90 Juta!
[Copy link]
|
|
Mahkamah Persekutuan telah memutuskan bahawa Public Bank perlu membayar ganti rugi sebanyak RM90 juta kerana melanggar tanggungjawab statutori dan kerahsiaan dengan mendedahkan kepada umum akaun milik National Feedlot Corporation (NFC) serta tiga syarikat yang berkaitan.
Panel tiga hakim yang diketuai oleh Ketua Hakim Malaya, Hasnah Hashim, telah mengarahkan bank tersebut membayar RM30 juta masing-masing bagi ganti rugi saksama, ganti rugi teladan, dan ganti rugi teruk, petik Free Malaysia Today.
“Public Bank hendaklah membayar faedah 2% ke atas jumlah penghakiman berkuat kuasa hari ini sehingga bayaran ganti rugi diselesaikan,” katanya.
Turut bersidang bersama beliau ialah Ketua Hakim Sabah dan Sarawak Abdul Rahman Sebli dan Hakim Abu Bakar Jais.
Mahkamah telah menolak rayuan Public Bank terhadap liabiliti bulan lalu.
Sebelum ini, Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa NFC gagal membuktikan kerugian, dan hanya diberikan ganti rugi nominal sebanyak RM10,000.
Namun, Hasnah berkata Mahkamah Rayuan telah melakukan kesilapan dalam dapatan tersebut.
“Perayu (NFC) telah mengemukakan laporan kewangan dan akaun yang telah diaudit melalui saksi pakar mereka,” katanya, sambil menambah bahawa pihak bank tidak memanggil sebarang saksi untuk mencabar kredibiliti saksi tersebut.
Justeru, dokumen yang dikemukakan oleh pihak perayu kekal tidak dicabar, kata Hasnah.
Dalam penyataan tuntutan mereka, NFC, pengerusinya Salleh Ismail, serta anak-anak syarikatnya iaitu National Meat & Livestock Corporation Sdn Bhd dan Agroscience Industries Sdn Bhd telah menuntut ganti rugi sebanyak RM560 juta.
Mereka menuntut RM60 juta dalam bentuk ganti rugi am dan RM500 juta bagi ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
i is tak faham bila baca artikel... |
|
|
|
|
|
|
|
yang i tahu isu PDPA. bukan isu fitnah kan..
pelik malaysia ni.. antara scandal terbesar negara tp PDPA yg di protect, rather than kepentingan rakyat.. kena tunggu loyer2 bijak pandai komen kat fb.. |
|
|
|
|
|
|
|
itu la, lain kali jaga data betul2, jangan bagi dekat sapa sapa |
|
|
|
|
|
|
|
puluh puluh juta sis ....
|
|
|
|
|
|
|
|
sayawifenikmie replied at 20-6-2025 05:27 AM
puluh puluh juta sis ....
Dekat ratus juta pun khennnn  |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
sayawifenikmie replied at 20-6-2025 05:49 AM
kannnnn
kiri kanan
Tak pasti la. Gosip sharizat ni meols mcm tak berapa paham kronologi nya. Tapi ada kaitan bagi kontrak kat suami dia khennnn..
Tapi kes public bank ni sbb bocor data client kan. Bank kan ada act sendiri yg depa kena follow. |
|
|
|
|
|
|
|
kalau tak silap info yg bocor tu is bukti txn yg beli condo tu dari akaun feedlot ni, kalau betul la I baca ni...so seleweng ttp seleweng tp ini kes teknikal sbb bang piji dpt info yg protected under PDPA and was shared with the public... itu lah gist kes ni ikut pemahaman I yg bukan legal background ni....
|
|
|
|
|
|
|
|
saya pun faham macam tuyg kes 1 tu pun didapati tak bersalah kan ?
now menang saman sebab bank bocor data pulak
doa orang teraniaya 
|
|
|
|
|
|
|
|
Kontroversi Pusat Fidlot Nasional
Kontroversi Pusat Fidlot Nasional (NFC) berbangkit selepas Laporan Ketua Audit Negara 2010 pada 24 Oktober 2011 ,yang menyatakan keluarga Senator Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mendapat pinjaman mudah RM250 juta dan tanah seluas 5000 ekar (2,023 hektar) di Gemas,Negeri Sembilan .NFC tidak diberikan tanah secara percuma seluas 5,000 ekar .Sebaliknya 1,500 ekar (607 hektar) tanah di Negeri Sembilan diberikan secara pajakan daripada Perbadanan Menteri Besar Negeri Sembilan. Jika berjaya, Malaysia akan menjadi 'Belanda Timur'.
Shahrizat adalah Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. NFC adalah projek ternakan lembu yang tendernya dimenangi oleh keluarga Shahrizat.[1] Pengerusi Eksekutif NFC ialah Datuk Dr. Mohamad Salleh Ismail dan Ketua Pegawai Eksekutif NFC ialah Wan Izran Mohamad Salleh.
Noh Omar menjelaskan bahawa Syarikat Agro Science Industries Sdn Bhd, salah sebuah daripada dua syarikat yang dipilih untuk menjayakan Pusat Fidlot Nasional telah diberikan sejumlah pinjaman daripada RM250 juta yang diperuntukkan dan juga geran sebanyak RM6 juta melalui kementerian pertanian.Tetapi Rafizi mendakwa Projek Pusat Fidlot Nasional bernilai RM73.64 juta adalah projek yang tidak berjaya . RM250 juta itu bukan geran, tapi pinjaman mudah - perlu dibayar semula.
Ketua koordionator Jingga 13, Fariz Musa dan Ketua Wanita PKR dan Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin, menggesa Shahrizat selaku Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan juga Ketua Wanita Umno perlu meletakkan jawatan dengan segera.[2] Lim Kit Siang mahu penjelasan daripada keluarga Shahrizat, Datuk Dr Mohamad Salleh Ismail, anak mereka Wan Shahimur Izran, Wan Shahimur Izmir dan Wan Izzana Fatimah.[3]
Percanggahan fakta
Kenyataan pertama oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar di lobi Dewan Rakyat pada 31 Oktober 2011 bahawa pinjaman berjumlah RM250 juta kepada NFC belum disalurkan sepenuhnya.
Kenyataan kedua dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 1 November 2011 dalam jawapan bertulis kepada Dewan Rakyat yang menyebut bahawa setakat 31 Julai 2011, hanya RM181.9 juta daripada geran dan pinjaman berjumlah RM250 juta telah disalurkan kepada National Feedlot Corporation Sdn Bhd.
Tetapi kajian oleh Pengarah Strateginya Mohd Rafizi Ramli mendapati keseluruhan RM250 juta pinjaman sebenarnya telah disalurkan sepenuhnya ke dalam akaun NFC menjelang 31 Mac 2009.[4]Rekod kewangan NFC menunjukkan RM130 juta telah diambil dalam tahun 2008. Pada 31 Mac 2009, NFC membuat ‘drawdown’ kedua berjumlah RM120 juta yang dimasukkan terus ke akaun Maybank milik NFC. Pada 6 Mei 2009, NFC memindahkan wang daripada pinjaman ini berjumlah RM116 juta ke dalam akaun deposit tetap milik NFC di Public Bank Berhad. Penyata kewangan NFC yang difailkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan badan-badan lain menunjukkan NFC mendapat keuntungan faedah dari simpanan deposit tetap berjumlah RM666,952.96 bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2009 (penyata kewangan terkini yang diaudit dan difailkan).
Jumlah keuntungan faedah daripada simpanan deposit sebesar ini hanyalah mungkin sekiranya NFC mempunyai simpanan tetap ratusan juta ringgit.Keuntungan faedah dari simpanan deposit berjumlah RM666,952.66 bersamaan 23 % daripada perolehan hasil penjualan lembu, seolah-olah NFC adalah sebuat syarikat pelaburan kewangan dan bukannya operator ladang ternakan lembu.
Hasil carian rasmi di Suruhanjaya Syarikat Malaysia mendapati tahun kewangan berakhir 31 Disember 2009, hutang jangka panjang NFC berjumlah RM256,082,518.[5]
Beli kondominium
Isu pembelian kondominium di Bangsar
Pada 14 November 2011, Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli mengecam penjelasan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin kononnya pembelian kondominium/apartmen One Menerung di Bangsar bernilai RM9.8 juta menggunakan dana Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC).
Andainya ada aliran tunai sementara menanti lebih banyak pusat ternakan satelit di sekitar Gemas, ia wajar diletakkan sebagai “pelaburan cair” seperti melabur di pasaran wang ataupun ekuiti berbanding membeli hartanah. Keputusan melabur dengan membeli kondo tidak tepat kerana Jabatan Perkhidmatan Penilaian dan Hartanah mendapati bahawa pada tahun 2010, 66,328 unit kondominium tidak terjual. Hampir 20 % kondominium bernilai RM1 juta atau lebih yang dibina pada 2011 tidak terjual, bernilai hampir RM549 juta. Khairy mendakwa kondominium itu sebagai “pelaburan yang paling selamat.”[6]
Pada 10 November 2011, AJK pusat PKR dan ketua koordinator Jingga 13, Fariz Musa telah membuat laporan mengenai pendedahan salah laku pecah amanah di NFC, di pejabat SPRM Shah Alam. PDRM hendaklah telus menyiasat di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan iaitu pecah amanah oleh perkhidmat awam.[7]
Pada 14 November 2011, Bahagian Perundangan dan Pendakwaan SPRM, mengaklasifikasikan kes ini di bawah kesalahan Kanun Keseksaan dan bukannya satu kesalahan di bawah bidang kuasa SPRM sepertimana termaktub dalam Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (ASPRM). Lembaga Penasihat dan Pencegahan Rasuah meminta SPRM tidak menjalankan siasatan selain daripada kesalahan di bawah ASPRM 2009.
Hanya Polis Diraja Malaysia yang boleh menyiasat. PKR mendakwa NFC telah membayar RM10 juta bagi membeli kondominium milik National Meat and Livestocks Corporation Sdn Bhd (NMLC). Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail mendakwa RM9,758,140 telah dipindahkan dari akaun NFC di CIMB cawangan di Taman Tun Dr Ismail kepada Bandar Raya Developments Berhad pada 2 Disember 2009 sebagai bayaran penuh hartanah itu.[8][9]
Isu pembelian kondominium di Singapura
Menurut akhbar Harakah keluaran 23-25 Disember 2011, [perlu rujukan] menerusi halaman muka depan akhbar tersebut, Setiausaha Parti Keadilan Rakyat Malaysia (Keadilan), Saifuddin Nasution Ismail. Beliau mendakwa sebuah kondominium mewah di tengah-tengah ibu kota Singapura berharga S$ 4,107,600 (kira-kira RM 9.9 juta pada nilai tukaran ringgit Malaysia) dan luasnya adalah 2,281 kaki persegi, iaitu salah satu unit terbesar di bangunan kondominium mewah itu dibeli oleh keluarga Ketua Wanita UMNO Malaysia, Dato' Seri Shahrizat Abdul Jalil.
Kondominium tersebut terletak di alamat 7 Anthony Road, #14-24, Orchard Scotts, Singapore 229955, didaftarkan terus atas nama keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil pada 27 Januari 2010.
Pendedahan ini melengkapkan dakwaan KEADILAN sebelum ini bahawa dana dari NFC yang sepatutnya digunakan untuk membina industri daging negara telah disalurkan kepada syarikat-syarikat peribadi milik keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil seperti NMLC dan RFC, kata mereka.
Tambahan lagi, terdapat dakwaan bahawa wang dari syarikat-syarikat seperti NMLC dan RFC, kemudiannya disalurkan pula ke syarikat-syarikat milik keluarga Shahrizat di Singapura iaitu Meatworks (Singapore) Pte Ltd dan Global Biofuture Pte Ltd yang menjalankan operasi perniagaan yang tidak ada kena mengena dengan tujuan bantuan dana kerajaan berjumlah RM250 juta kepada NFC.
Meatworks (Singapore) Pte Ltd dilaporkan menjalankan perniagaan restoran mewah di Singapura, sementara Global Biofuture Pte Ltd pula menjalankan perniagaan perdagangan minyak dan ternakan.
Penjelasan
Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin menafikan dakwaan bahawa NFC telah menyalurkan wang sejumlah RM81.2 juta kepada National Livestock & Meat Corporation Sdn Bhd (NLMC), syarikat sekutu NFC dan memberi diskaun hampir RM3 juta kepada sebuah lagi syarikat sekutu Real Food Company Sdn Bhd (RFC).RM81.2 juta itu meliputi penghasilan daging mentah ,pemasaran, perancangan operasi, kewangan, perancangan organisasi dan pengurusan sumber manusia.NLMC juga dipertanggungjawabkan untuk membina rangkaian penawaran, membina pasaran untuk produk fidlot serta membeli hasil dari ladang satelit.
Operasi sistem logistik dimajukan dan penghantaran serta membina pasaran bagi produk Pusat Fidlot Nasional sebagai pengeluar daging yang konsisten dan berkualiti tinggi di dalam proses persediaan untuk Program Pembangunan Usahawan. RFC berperanan sebagai pengedar daging keluaran NFC dan diskaun yang diberi itu kemudiannya disalurkan kepada kesemua pembeli-pembeli daging. Contohnya, hypermarket Jusco, Carrefour, Cold Storage dan Giant dan pasar-pasar tani di seluruh negara dan juga pasaran ‘hotel-restaurant-catering’ terlibat.[11]
Laporan Ketua Audit Negara 2011 di halaman 138 menunjukkan bahawa sasaran 8,000 ekor lembu pada 2010 telah tercapai. Jumlah sebenar yang dibawa ke ladang Pusat Fidlot Nasional adalah 8,016 ekor bagi tempoh 2008 hingga 2010. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 5,742 telah disembelih sehingga akhir November 2010. NFC tidak pernah diberikan tanah seluas 2,000 hektar, sebaliknya syarikat NFC hanya ditawarkan tanah seluas 600 hektar secara pajakan daripada Perbadanan Menteri Besar Negeri Sembilan untuk menjayakan Projek Fidlot Nasional. Pembayaran RM81.2 juta kepada National Livestock & Meat Corporation Sdn Bhd (NLMC) adalah bagi memastikan syarikat tersebut mampu melaksanakan tanggungjawabnya untuk membina rangkaian penawaran, pasaran produk fidlot serta membeli hasil dari ladang satelit.[12]
Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Perdana Menteri dan Menteri Kewangan memberi penjelasan bertulis kepada soalan Wee Choo Keong (Bebas-Wangsa Maju). Pinjaman RM250 juta telah diluluskan kepada National Feedlot Corporation Sdn. Bhd. (NFC) untuk melaksanakan projek Pusat Fidlot Nasional. Dari enam syarikat, hanya Agroscience Sdn Bhd telah memberi cadangan terbaik dan memenuhi kriteria yang dikehendaki. Sebuah lagi syarikat yang turut dipilih iaitu Lambert Agricultural menarik diri menjadikan Agroscience Industries menerusi National Feedlot Corporation Sdn. Bhd. sebagai integrator untuk melaksanakan projek ini.[13]
Sehingga 31 Julai 2011, jumlah pengeluaran pinjaman kepada NFC ialah sebanyak RM181.9 juta bagi membiayai pembangunan kandang, bangunan, kilang baja, kilang makanan dan sebagainya.Tujuan pinjaman itu adalah untuk membangunkan projek ladang ternakan lembu bagi menampung keperluan daging negara kepada tahap sara diri iaitu 38 %.NFC ialah projek Lembah Daging di Gemas, Negeri Sembilan untuk meningkatkan pengeluaran daging tempatan dan mengurangkan penggantungan negara kepada pengimportan daging dari luar negara.NFC kini menjalankan peningkatan kapasiti pengeluaran fidlot dari 6,000 ekor lembu kepada 12,000 ekor lembu manakala kapasiti penyembelihan di pusat penyembelihan kepada 200 ekor lembu sehari dan pembangunan itu dijangka siap pada awal tahun 2012.[14]
Potensi NFC
Pada 23 Mac 2010, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad bin Hasan telah melancarkan jenama premium 'Gemas Gold Meat' keluaran National Feedlot Corporation Sdn. Bhd. (NFC) di Pusat Fidlot Nasional, Gemas .Pusat Fidlot Nasional akan menghasilkan gelatin halal berasaskan lembu dan 1.6 bilion pengguna muslim seluruh dunia boleh mendapatkan produk halal dan gelatin halal.Orang ramai perlu membuka ladang satelit sebagai industri sokongan.Tanamlah rumput jenis 'napier' dan NFC boleh membelinya kelak. Import 100 % anak lembu dari Australia tidak patut berterusan.Tiga ladang satelit telah dibangunkan di Gemas, satu masing-masing di Rembau dan Jelebu.[15]
Pertuduhan Shamsubahrin
Seorang ahli Perniagaan Datuk Shamsubahrin Ismail 45, dituduh di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 30 Disember 2011, atas dua tuduhan menipu Pengarah National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC), Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail, membabitkan RM1.755 juta, antara November dan awal Disember 2011.
Bagi tuduhan pertama, Shamsubahrin yang juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Syarikat Resources Sdn Bhd, dituduh menipu Dr Mohamad Salleh dengan menjanjikan suatu perkhidmatan rundingan dan nasihat yang tidak benar bagi tujuan memperdayakan mangsa supaya setuju membayar wang berkenaan.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah restoran di Bukit Tunku, Kuala Lumpur jam 6.30 petang, 20 November 2011.
Shamsubahrin juga menghadapi tuduhan kedua, menipu dengan memperdayakan dan mendorong Mohamad Salleh yang juga Pengerusi Eksekutif NFC supaya menyerahkan cek berjumlah RM1.755 juta kepadanya di kawasan Solaris, Mont Kiara di antara 25 November dan 6 Disember 2011.
Mohamad Salleh adalah suami Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.
Bagi setiap tuduhan itu, Shamsubahrin dari Bukit Jelutong, Shah Alam boleh didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebatan dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.
Tertuduh sudah berkahwin dan mempunyai empat orang anak, yang sulung berusia 18 tahun manakala bongsu tiga tahun.[16]
Suami Shahrizat didakwa berhubung kes NFC
Pada 12 Mac 2012, Datuk Seri Mohamad Salleh telah didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas kesalahan pecah amanah dan melanggar syarat Akta Syarikat apabila menggunakan RM49 juta dana awam yang diberikan kepada Pusat Fidlot Corporation (NFCorp).
Beliau mengaku tidak bersalah terhadap kesalahan pecah amanah termasuk dua tuduhan di bawah Akta Syarikat.
Pertuduhan tersebut dibacakan di hadapan Pengerusi Eksekutif NFC itu yang merupakan suami kepada Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil — yang sehari sebelumnya telah mengumumkan perletakan jawatannya awal bulan April 2012 nanti.
Saman fitnah terhadap Rafizi
Rafizi mendakwa Pengerusi NFC membeli 8 hartanah di KL ECO CITY dgn dana awam yang diperuntukkan kepada syarikatnya Namun begitu Mahkamah Tinggi memutuskan beliau bersalah dan memerintahkan Rafizi membayar RM 150 ribu kepada Salleh dan RM 50 ribu kepada NFC
Tindakan oleh kerajaan Pakatan Harapan
Pada Ogos 2018, di bawah kerajaan Pakatan Harapan, Menteri Kewangan telah mengumumkan bahawa tindakan undang-undang bakal diambil ke atas Pusat Fidlot Nasional yang masih berhutang pinjaman sebanyak RM248 juta dengan kerajaan. [19] Pengumuman ini adalah berikutan tangguhan tindakan undang-undang pada tahun 2015 dan 2016 sebelum ini. Setakat 30 Jun 2018, bayaran balik yang diterima oleh kerajaan hanyalah berjumlah RM35.5 juta.
https://ms.wikipedia.org/wiki/Kontroversi_Pusat_Fidlot_Nasional
|
|
|
|
|
|
|
|
Kes fitnah NFC ini bermula bila DS Rafizi tunjuk penyata bank NFC Corp di sidang media pada tahun 2012, kononnya untuk "dedahkan penyelewengan".
Tapi malangnya, dokumen yang dia tunjuk tu bukan milik dia, dan diperoleh secara haram dari dalam Public Bank sendiri.
Akibatnya, Rafizi didakwa di bawah Akta BAFIA (Akta Perbankan dan Institusi Kewangan 1989) kerana memiliki dan mendedahkan maklumat perbankan tanpa kebenaran.
Pada tahun 2018, Mahkamah Sesyen menjatuhkan hukuman penjara 30 bulan ke atas Rafizi selepas didapati bersalah.
Tapi Rafizi dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi selepas rayuan - bukan sebab dia tak salah, tetapi atas isu teknikal kerana beberapa dokumen penting yang dikemukakan pendakwa hanya salinan fotostat yang tidak disahkan.
Pejabat Peguam Negara pada awalnya merayu ke Mahkamah Rayuan, tetapi kemudian menarik balik rayuan.
Maka terlepaslah Rafizi dari rekod jenayah itu atas jasa besar Tommy Thomas.
Namun cerita ini belum tamat...
NFC Corp kemudian saman Public Bank kerana pekerja bank itu melanggar Akta BAFIA dengan menyerahkan penyata akaun NFC kepada orang luar - iaitu Rafizi - tanpa sebarang justifikasi sah tanpa kebenaran bank atau NFC.
Hari ini, Mahkamah Persekutuan iaitu mahkamah tertinggi negara memutuskan bahawa Public Bank bersalah.
Public Bank diarahkan bayar RM90 juta kepada NFC sebagai pampasan.
Ini bukan keputusan biasa-biasa. Ia muktamad. Tiada rayuan lagi. NFC menang penuh.
Dan sekarang timbul dua persoalan besar:
1. Boleh ke Public Bank saman Rafizi balik?
Secara teknikal, sukar.
Rafizi bukan staf bank, bukan rakan kongsi, bukan pihak yang berikan maklumat - dia cuma penerima yang mendedahkannya.
Public Bank sendiri yang melanggar undang-undang perbankan kerana gagal jaga kerahsiaan pelanggan mereka.
Nak salahkan Rafizi? Mahkamah dah buat keputusan: salah tetap di pihak bank.
Jadi kalau Public Bank saman Rafizi, kemungkinan besar mereka akan kalah lagi.
2. Boleh ke NFC saman Rafizi atau mana-mana pihak lain pula?
Ya, ini lebih berpotensi.
NFC kini ada keputusan-keputusan muktamad mahkamah yang sah
Mereka tidak bersalah, malah berhak terima pampasan.
NFC boleh saman Rafizi atas asas fitnah, kerugian reputasi, atau pendedahan maklumat peribadi tanpa izin.
Tapi ada satu halangan. Kes sivil macam ni tertakluk kepada had masa (limitation period). Fitnah biasanya kena difailkan dalam tempoh 6 tahun dari tarikh kenyataan dibuat. Rafizi buat pendedahan itu sekitar 2012.
Namun NFC hanya menang kes ini pada 2025, jadi mereka boleh hujah bahawa kerugian sebenar baru dimuktamadkan sekarang, dan itu mungkin boleh dijadikan asas untuk tuntutan baru terhadap Rafizi.
Jadi, terpulanglah kepada NFC sekiranya mereka mahu saman Rafizi atau mana-mana pihak lain yang pernah fitnah mereka.
https://www.facebook.com/sahabat ... g/1270688054509703/
... ini tulisan dari penyokong bossku, boleh juga baca baca..
|
|
|
|
|
|
|
|
Disiarkan pada: April 21, 2022 @ 4:39pm
Rafizi menang kes saman National Feedlot Corporation
Putrajaya: Bekas Ahli Parlimen Pandan Mohd Rafizi Ramli tidak dianggap memfitnah pengerusi eksekutif National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp) Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail dan syarikatnya semasa membuat kenyataan berhubung dakwaan penyalahgunaan dana kerajaan.
Panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan yang diketuai Hakim Besar Malaya Tan Sri Azahar Mohamed menolak rayuan oleh Mohamad Salleh serta syarikatnya dan memerintahkannya untuk membayar kos RM70,000 kepada Mohd Rafizi.
Dalam keputusan mahkamah semalam, Azahar berkata kenyataan Mohd Rafizi dibuat tanpa niat jahat, dan mahkamah mendapati dia tidak bermotifkan niat jahat semasa membuat kenyataan yang dikatakan berunsur fitnah itu.
Beliau juga berkata bahawa terdapat substratum fakta yang mencukupi untuk membolehkan Mohd Rafizi membuat kenyataan itu.
Katanya Mohd Rafizi juga percaya dengan ikhlas bahawa dakwaannya itu adalah benar, dan bahawa dia sedang melaksanakan tanggungjawab awam dalam menuntut akauntabiliti yang lebih besar berhubung pengurusan dana awam.
"Pada pandangan saya kesimpulan responden (Mohd Rafizi) bahawa dana awam disalah guna untuk dimanfaatkan bagi mendapat pinjaman Public Bank adalah pandangan dan kesimpulan yang akan dibuat dengan jujur oleh sesiapa sahaja yang berfikiran waras.
"Sehubungan itu Mohd Rafizi tidak boleh dipertanggungjawab terhadap fitnah," kata Azahar.
Hakim Mahkamah Persekutuan Puan Sri Zaleha Yusof dan Datuk Zabariah Mohd Yusof senada dengan keputusan Azahar.
Pada 2013, Mohamad Salleh dan NFCorp menyaman Mohd Rafizi dengan mendakwa beliau (Mohd Rafizi) telah membuat pernyataan fitnah pada 7 Mac, 2012 pada sidang media di pejabat PKR mengenai pembelian hartanah KL Eco City yang didakwanya menggunakan RM71 juta pinjaman kerajaan sebagai cagaran.
Pada 31 Oktober 31, 2016, Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur memerintahkan Mohd Rafizi membayar RM150,000 sebagai ganti rugi kepada Mohamad Salleh dan RM50,000 sebagai ganti rugi kepada NFCorp selepas membenarkan saman beliau terhadap Mohd Rafizi.
Bagaimanapun pada 2019, keputusan Mahkamah Rayuan memihak kepada Mohd Rafizi apabila ia mengetepikan perintah Mahkamah Tinggi itu.
Pada 2020 Mahkamah Persekutuan memberi kebenaran kepada Mohamad Salleh dan NFCorp untuk membuat rayuan di Mahkamah Persekutuan selepas peguam Mohd Rafizi tidak membantah terhadap permohonan itu memandangkan beberapa alasan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan itu tidak dibangkitkan dalam kes mereka.
Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mewakili Mohamad Salleh dan NFCorp manakala Mohd Rafizi diwakili oleh peguam Razlan Hadri Zulkifli dan Ranjit Singh.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... feedlot-corporation
|
|
|
|
|
|
|
|
Bernama
18/08/2023
12:49 MYT
Keputusan kes saman kerajaan terhadap National Feedlot Corporation 13 Oktober
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 13 Okt untuk keputusan kes saman kerajaan terhadap National Feedlot Corporation (NFC) untuk mendapatkan semula RM253.6 juta pembayaran pinjaman dan faedah daripada syarikat itu berhubung projek Pusat Fidlot Nasional di Gemas, Negeri Sembilan.
Hakim Anand Ponnudurai menetapkan tarikh itu selepas prosiding klarifikasi kes saman tersebut oleh kedua-dua pihak.
"Mahkamah menetapkan keputusan kes saman ini pada 13 Okt, pukul 3 petang secara fizikal," katanya.
Prosiding hari ini dihadiri Peguam Kanan Persekutuan Nurhafizza Azizan dan Asliza Ali yang mewakili kerajaan manakala peguam Datuk K. Kirubakaran mewakili 11 defendan.
Dalam saman itu, kerajaan selaku plaintif menamakan NFCorp sebagai defendan pertama, manakala Pengerusi Eksekutif National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp), Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail yang merupakan suami bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil, serta tiga anak mereka, Wan Shahinur Izran, Wan Shahinur Izmir dan Wan Izzana Fatimah Zabedah, masing-masing sebagai defendan kedua hingga kelima.
Perbicaraan itu bermula 2021, dengan plaintif mengemukakan tujuh saksi antaranya bekas Ketua Setiausaha Pembendaharaan Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir manakala defendan memanggil lima saksi termasuk Mohamad Salleh untuk memberi keterangan.
Dalam pernyataan tuntutan itu, kerajaan mendakwa satu perjanjian telah ditandatangani dengan NFC pada 6 Dis 2007 bagi pinjaman berjumlah RM250 juta, sebahagian daripadanya digunakan untuk membiayai penubuhan dan operasi NFC Gemas selaras dengan dasar untuk membangun serta meningkatkan pengeluaran daging lembu dan produk daging lembu.
Pinjaman itu disalurkan kerajaan kepada NFCorp dalam tiga peringkat dan keluarga Mohamad Salleh membuat 10 pengeluaran berjumlah RM180.51 juta dari 24 Jan 2008 hingga 3 Jan 2011.
-- BERNAMA
|
|
|
|
|
|
|
|
Oleh NORLIZAH ABAS
13 Oktober 2023, 6:47 pm
Isu fidlot NFCorp: Kerajaan dapat balik RM120.64 juta
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan Kerajaan Malaysia menuntut pembayaran pinjaman dan faedah sebanyak RM120.64 juta daripada National Feedlot Corporation Sdn. Bhd. (NFCorp) berkaitan projek Pusat Fidlot Nasional di Gemas, Negeri Sembilan.
Hakim Anand Ponnudurai memutuskan demikian selepas membenarkan saman Kerajaan Malaysia terhadap syarikat itu dan 10 defendan lain termasuk Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail dan tiga anaknya.
Kerajaan bagaimanapun gagal mendapatkan sepenuhnya RM253.6 juta pembayaran pinjaman dan faedah yang dipohon apabila mahkamah hanya membenarkan sebahagian jumlahnya.
“Mahkamah berpuas hati dengan defendan bahawa jika keseluruhan tuntutan RM253.6 juta dibenarkan, tindakan tersebut hanya akan menyebabkan kerajaan memperoleh kekayaan secara tidak adil dan tidak wajar,” ujar beliau.
Ketika menyampaikan keputusannya, hakim berkenaan berkata, NFCorp selaku defendan pertama diperintah membayar balik RM33.74 juta iaitu jumlah yang tidak digunakan dalam pinjaman tersebut.
Selain itu, mahkamah turut berpuas hati bahawa Kerajaan Malaysia selaku plaintif layak mendapat semula keseluruhan wang RM86.9 juta yang disita daripada defendan yang kini disimpan oleh Akauntan Negara.
Hakim berkenaan turut memerintahkan tiga bidang tanah masing-masing di Gemas, Putrajaya dan hartanah One Menerung di Bangsar yang dibeli menggunakan pinjaman itu, dipulangkan kepada kerajaan.
Mahkamah turut membenarkan tuntutan balas NFCorp selepas berpuas hati kerajaan melanggar terma-terma perjanjian pinjaman dan perjanjian implementasi yang dimeterai oleh kedua-duanya serta memerintahkan kerajaan membayar RM10,000 kepada syarikat itu.
Dalam alasan penghakimannya, Hakim Anand berpendapat, dakwaan plaintif bahawa defendan gagal menjelaskan pembayaran ansuran, sebagai tidak bermerit.
Beliau turut berpuas hati kerajaan melanggar perjanjian implementasi kerana menggantung projek itu secara unilateral walhal pembayaran ansuran bagai 2012 dan 2013 telah dijelaskan.
Dalam keputusan itu, Hakim Anand berpendapat, saksi-saksi plaintif daripada Kementerian Kewangan gagal mengemukakan bukti kewujudan isu konspirasi, penipuan dan pecah amanah melibatkan ahli keluarga Mohamad Salleh dan syarikat-syarikat di bawah kawalannya.
Prosiding hari ini dihadiri Peguam Kanan Persekutuan Nurhafizza Azizan yang mewakili kerajaan manakala peguam Datuk K. Kirubakaran mewakili 11 defendan.
Dalam saman itu, plaintif menamakan NFCorp sebagai defendan pertama manakala Mohamad Salleh yang merupakan suami bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil sebagai defendan kedua.
Turut dinamakan sebagai defendan, tiga anak mereka, Wan Shahinur Izran, Wan Shahinur Izmir dan Wan Izzana Fatimah Zabedah, masing-masing sebagai defendan ketiga hingga kelima.
Defendan lain ialah enam syarikat dikawal keluarga Mohamad Salleh, iaitu National Meat & Livestock Corporation Sdn. Bhd., Real Food Corporation Sdn. Bhd., Meatworks Corporation Sdn. Bhd., Agroscience Industries Sdn. Bhd., Asian Bioscience Corporation Sdn. Bhd. dan Techknowlogy Imageware (M) Sdn. Bhd.
Perbicaraan itu bermula 2021, plaintif mengemukakan tujuh saksi antaranya bekas Ketua Setiausaha Pembendaharaan, Tan Sri Ahmad Badri Mohd. Zahir manakala defendan memanggil lima saksi termasuk Mohamad Salleh untuk memberi keterangan.
Dalam pernyataan tuntutan itu, kerajaan mendakwa satu perjanjian telah ditandatangani dengan NFCorp pada 6 Disember 2007 bagi pinjaman berjumlah RM250 juta.
Sebahagian daripadanya digunakan untuk membiayai penubuhan dan operasi pusat fidlot di Gemas selaras dengan dasar untuk membangun serta meningkatkan pengeluaran daging lembu dan produk daging lembu.
Pinjaman itu disalurkan kerajaan kepada NFCorp dalam tiga peringkat dan keluarga Mohamad Salleh membuat 10 pengeluaran berjumlah RM180.51 juta dari 24 Januari 2008 hingga 3 Januari 2011.
Sebelum ini, dalam perbicaraan pada November tahun lalu, Mohamad Salleh memberitahu bahawa beliau dan syarikatnya mengalami kerugian dan bukan kerajaan akibat kegagalan projek di Gemas.
Mohamad Salleh, 75, berkata ini kerana wang NFCorp telah dirampas dan kerajaan menggantung projek tersebut.
Akibat kerugian itu telah menyebabkan pihaknya juga memfailkan tuntutan balas dengan menuntut ganti rugi RM86.25 juta daripada kerajaan. – UTUSAN
https://www.utusan.com.my/nasion ... alik-rm120-64-juta/
|
|
|
|
|
|
|
| |
|