CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1760|Reply: 19

[Jenayah] Beli Roti Sosej Dekat Giant, Geli Tengok Dah Penuh Ulat!

[Copy link]
Post time 20-6-2025 08:32 AM | Show all posts |Read mode


Satu video yang dikongsikan di TikTok (@c0qqu3teeeee) baru-baru ini menampakkan makanan yang dibeli dari sebuah pasaraya pada harga diskaun.

Produk roti sosej itu yang pada mulanya berharga RM8, telah diturunkan kepada RM5.

Namun apa yang menggelikan adalah apabila di dalam sosej itu sudah dipenuhi ulat, malah sehingga merayap keluar dari dalam sosej ke dalam bekas roti tersebut.

Menurut wanita yang memuat naik video tersebut, dia telah membeli roti sosej itu pada 17 Jun, iaitu hari sama tarikh luputnya seperti yang tertera pada label.

“Nasib sebelum makan kita kopek dulu,” katanya.

Ramai Geli Gelaman Lihat Ulat Merayap Pada Roti Sosej

Perkara itu menyebabkan orang ramai berasa loya melihat ulat-ulat yang merayap di dalam dan sekitar roti sosej tersebut.

“Ulat tu bukan sehari punya. Dah sihat dah,” kata seorang pengguna TikTok.

Namun ada juga yang mempersoalkan tindakan sesetengah orang yang gemar membeli roti lelong berbanding pada harga yang lebih mahal.

Dalam pada itu, seorang wanita yang menjual sosej berkata makanan itu akan menjadi tidak elok dalam masa empat jam sahaja setelah disediakan.

Seorang lagi individu yang pernah bekerja di sebuah bakeri juga mendakwa bahawa roti yang tidak habis dijual akan dibawa ke keesokan harinya.

“Kalau tak habis, selagi tak nampak kulat, kita bawa ke lusa. Roti hari ini yang jual tu sama ada semalam atau kelmarin punya tau. Melainkan nampak depan mata dia piping topping,” dakwanya.

Lapor Kepada KKM Jika Makanan Dibeli Tak Berkualiti

Jika makanan yang anda beli berada dalam keadaan tidak berkualiti atau tercemar, jangan lupa untuk lakukan laporan kepada Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM),

    Membuat aduan di Pejabat BKKM atau Pejabat Kesihatan Daerah yang berdekatan.
    Hubungi talian BKKM atau MyGCC: 03-8885 0797 atau 03-8000 8000.
    Aduan menerusi surat kepada Pejabat BKKM, Jabatan Kesihatan Negeri atau Pejabat Kesihatan Daerah yang berdekatan.
    Facebook BKKMHQ.

Selain itu, aduan juga boleh dihantar menerusi WhatsApp Aduan Kebersihan Premis Makanan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Ia sebelum ini telah diwujudkan bagi orang awam membuat laporan berkaitan kebersihan dan keselamatan makanan di bazar Ramadan sepanjang bulan puasa ini.

Orang ramai boleh menyalurkan aduan berkaitan menerusi talian 012-8484378.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-6-2025 08:35 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-6-2025 08:41 AM | Show all posts




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-6-2025 08:44 AM | Show all posts




Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2025 10:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Quick sale tu kan. Maknanya mmg Giant nak habiskan stok
roti yang nak expired.
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2025 11:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni yg i nk marah dgn homebaker kt fb
Dlm group roti masih ada tanya mcm mana nk buat roti sosej tahan tiga empat hari
Dgn bangganya ramai share cara masing2
Geram lak i baca
Pastu i tanya diorg
Adakah klu sosej yg korang goreng atau bkr kat umh, korang bg ank mkn lepas tiga pat hari??
Pastu korg expect org lain nk mkn roti sosej ko yg dah tiga pat hari.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-6-2025 11:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada lagi ke Giant?
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2025 11:49 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-6-2025 11:57 PM From the mobile phone | Show all posts
B40tastePosh replied at 20-6-2025 11:33 PM
Ada lagi ke Giant?

Ada lagi. Kajang masih ada
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2025 01:09 AM From the mobile phone | Show all posts
akies replied at 20-6-2025 11:57 PM
Ada lagi. Kajang masih ada

Yeke....hihi...tengok thread ini macam berundur zaman time iols kerja kat Guardian dalam Giant tahun 2012 dulu
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2025 06:09 PM From the mobile phone | Show all posts
B40tastePosh replied at 21-6-2025 01:09 AM
Yeke....hihi...tengok thread ini macam berundur zaman time iols kerja kat Guardian dalam Giant tah ...

Aah. Giant kt kelana jaya tu dh berkubur.
Tempat iols lepak makan2 masa lunch hour.
Giant Kajang ni je masih bertahan.
Sebab kadang2 orang kat sini malas nk keluar gi lotus
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2025 07:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Meols pun pernah beli roti sosej ni kat bakery, bila bawak balik nak makan petangnya, sosej tu dah berbau. Terus ku tongsampahkan aje roti itu.
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2025 08:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Belinya bila

Expired bila

Makan bila

Tringat dulu pon ada kes acik gundu makan mekdi berulat lepas 3-4 hari dibeli
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2025 08:53 PM From the mobile phone | Show all posts
kemaruk replied at 21-6-2025 08:00 PM
Belinya bila

Expired bila


Teringat kisah pakcik mat salleh ni beli air kelapa dalam kelapa. Dia dah cucuk straw tembus ke dalam kelapa tu, dibiarnya sebulan kat luar peti sejuk. Lepas sebulan, dia terjumpa balik dan minum air tu. Haruslah dah beranak pinak bercucu cicit generasi ke berapa kulat dalam tu. Mati pakcik tu walaupun minum sikit je sebab rasa slimy busuk air tu. Dia buka tengok dah mereput dalam kelapa tu. Lepas minum dia kena brain swelling, infection semua. Mati dalam sehari he lepas minum tu. Takleh la salahkan penjual kelapa kalau macam tu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2025 09:57 PM | Show all posts
roti2 donut2 makanan fresh mmg dah markdown harga but pada2 nak makan
selalu je nampak kat aeon kat tesco
mungkin bad batch la tu
i pernah beli tembikai sebiji kat giant aduhh bila belah dah busuk
i complain la kat hq
terus store manager giant tu call ckp dtg balik amik lagi sebiji
yelah mana depa tau brg fresh ni quality camna kan
gi village grocer ada beli gak veges markdown clearance. still elok tahan lagi 2-3 hari
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2025 11:40 PM | Show all posts
Yarrrrrrr!!!!! dah la sy ni memang tergamam jika tgk ulat!
last weekend sy frozen 10 seconds gitu sebab semasa ambil socks dari penyidai, baru sy perasan shrubberies kat tepi2 sy ni sebenarnya penuh dengan caterpillars.... yarrrrrrr  eeeew   yowzerrrr ahhg sy tk boleh fikir
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-6-2025 11:43 PM From the mobile phone | Show all posts
ipes2 replied at 22-6-2025 11:40 PM
Yarrrrrrr!!!!! dah la sy ni memang tergamam jika tgk ulat!
last weekend sy frozen 10 seconds gitu se ...

Nape ayat ko macam minah goshhh mbfcimb

Lama tak nampak @mbhcsf masih hidup ke atau dah tewas dek covid?
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2025 11:56 PM | Show all posts
kemaruk replied at 22-6-2025 11:43 PM
Nape ayat ko macam minah goshhh mbfcimb

Lama tak nampak @mbhcsf masih hidup ke atau dah tewas dek ...

eh jgn la ganggu dia
nanti sy tanya kabar

minah goshhh tu apa maknanya bangkem
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2025 04:19 PM | Show all posts








Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2025 05:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Scaryy. Mmg kne check btul2 mkanan pasnii. Igt bli kt trusted store cmtu trusted lh juga
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-7-2025 07:47 PM GMT+8 , Processed in 0.066580 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list