Edited by JoyahMengayah at 20-6-2025 02:06 PM
Inna Lillahi wa inna ilayhi raji'un
KUALA LUMPUR: Penyanyi dangdut era 1980-an, Zaleha Hamid, 65, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bharu, jam 8.30 malam tadi.
Berita pemergian penyanyi lagu Dangdut Reggae itu disahkan suaminya, Ungku Sulaiman Ungku Aziz. Allahyarham sudah seminggu berada di hospital akibat jangkitan kuman pada paru-paru.
"Arwah sudah seminggu dimasukkan ke hospital. Awal pagi, keadaan arwah masih okay, tetapi mula mengalami sesak nafas sebelah petang.
"Keadaannya mula nazak dan arwah menghembuskan nafas terakhir malam ini. Saya sempat mengajar arwah mengucap," katanya ketika dihubungi BH Online.
Ungku Sulaiman bagaimanapun belum dapat memastikan di mana jenazah akan dikebumikan.
Jenazah masih dalam proses urusan di unit forensik hospital berkenaan.
|