CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
12Next
Return to list New
View: 3979|Reply: 21

Makamah dijangka meriah dengan kehadiran retis-retis Malaysia

[Copy link]
Post time 22-6-2025 10:13 PM | Show all posts |Read mode
Edited by JoyahMengayah at 23-6-2025 02:48 AM

KUALA LUMPUR – Kompleks mahkamah sekitar ibu negara terus menjadi tumpuan umum sepanjang minggu depan melibatkan penyampaian keputusan dan pendengaran kes kepentingan awam.


Prosiding antaranya melibatkan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, pemindahan hak milik 263.272 ekar tanah di Duta Enclave kepada Semantan Estate Sdn Bhd dan saman pemula UMNO berkaitan isu pemindahan tanah.



Kes lain termasuk Datin Seri Rosmah Mansor, selebriti tanah air Datin Vivy Yusof, bekas Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zuraida Kamaruddin dan bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas.


Tarikh-Tarikh prosiding yang dijadual esok, Selasa dan Rabu diperolehi hasil semakan terhadap laman web mahkamah.


Esok, Mahkamah Sesyen menetapkan sebutan kes Pengasas platform e-dagang FashionValet, Datin Vivy Yusof atau nama sebenarnya Vivy Sofinas Yusof dan suaminya, Datuk Fadzarudin Shah Anuar.


Ia membabitkan kes pecah amanah dana pelaburan Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) bernilai RM8 juta, tujuh tahun lalu.


Hari yang sama (24 Jun), Mahkamah Persekutuan (secara sidang video) dijadual mendengar permohonan PKR bagi mendapatkan kebenaran merayu keputusan Mahkamah Rayuan yang mengurangkan bayaran bon kepada Zuraida susulan tindakan melanggar syarat bon parti itu.


Pada 23 Jun 2023, Mahkamah Tinggi telah mengarahkan Zuraida, yang juga bekas Ahli Parlimen Ampang, membayar RM10 juta kepada PKR selepas Hakim Datuk Akhtar Tahir mendapati bon itu adalah kontrak yang sah dan mengikat.


Bagaimanapun pada 11 Disember 2024, Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang mendapati Zuraida melanggar syarat bon parti namun mengurangkan jumlah bayaran daripada RM10 juta kepada RM100,000.


Pada hari itu juga, Mahkamah Rayuan (secara sidang video) memutuskan rayuan Tommy Thomas untuk menggugurkan Hakim Roz Mawar Rozain daripada mendengar saman fitnah difailkan Tan Sri Shahrir Ab Samad berhubung pendakwaan berniat jahat.


Pada 14 Januari lalu, Hakim Roz Mawar menolak permohonan Tommy agar beliau menarik diri daripada mendengar saman tersebut dan menetapkan untuk perbicaraan penuh selama tujuh hari pada 9 hingga 12 Mac dan 27 hingga 29 April 2026.


Pada Selasa juga, Mahkamah Tinggi dijadual mendengar saman pemula difailkan UMNO bagi mendapatkan pengisytiharan supaya sebidang tanah di ibu kota berkeluasan 9,723 meter persegi dipindah milik kepada parti politik berkenaan.


Menerusi saman itu, UMNO memohon perintah bahawa pemilikan geran 78154, Lot 40 Seksyen 51, Bandar Kuala Lumpur yang didaftar atas nama pemegang-pemegang amanah dipindahkan kepada UMNO.


Mereka ialah Allahyarham Tun Daim Zainuddin, Tun Musa Hitam, Allahyarham Tan Sri Sanusi Junid dan Tun Dr Mahathir Mohamad.


Sementara itu, pada Rabu ini, Mahkamah Rayuan dijadual menyampaikan keputusan rayuan Syed Saddiq untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara tujuh tahun, dua sebatan dan denda RM10 juta.


Bekas Menteri Belia dan Sukan itu menghadapi empat kes iaitu bersubahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram (AMLA) berkaitan dana Armada.


Hari yang sama (25 Jun), Mahkamah Rayuan dijadual menyambung pendengaran rayuan Rosmah bagi menggugurkan Hakim Datuk Mohamed Zaini Mazlan daripada tiga kes rasuah berkaitan projek solar hibrid bernilai RM1.25 bilion untuk 369 sekolah luar bandar di Sarawak.


Beliau (kini Hakim Mahkamah Rayuan) mensabitkan Rosmah, 74, dan menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan denda RM970 juta. – MalaysiaGazette














Multiple Polls: ( Max 3 choices ), Total 62 Users voted

Poll is finished

8.16% (8)
10.20% (10)
5.10% (5)
4.08% (4)
15.31% (15)
2.04% (2)
16.33% (16)
11.22% (11)
16.33% (16)
11.22% (11)
Your User group have no permission to vote

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-6-2025 12:17 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2025 01:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Berapa kes mahkamah si sadick ni? Hari tu kes pindah duit...ni kes pindah hakmilik tanah
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2025 02:15 AM | Show all posts
BlackpingU replied at 23-6-2025 01:43 AM
Berapa kes mahkamah si sadick ni? Hari tu kes pindah duit...ni kes pindah hakmilik tanah

Kes pindah hak milik tanah tu kes orang lain. Itu kes Semantan Estates vs Kerajaan Malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2025 03:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Case pajura mana? Ramai risau duit apek obor lum di bayar...
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2025 12:33 PM | Show all posts
kes itik bukan 42 juta ke?....8 juta je...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-6-2025 12:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Ku nak liputan kes itik suami seteriii
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2025 01:07 PM | Show all posts
busy netizen nk mengulas ni ahhahaa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-6-2025 01:12 PM | Show all posts
sapa yang retis nya???
semua ahli politik dengan ahli perniagaan je
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2025 02:00 PM | Show all posts
ingatkan ifa puk2 dengan kak km...yihh kowserr
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2025 06:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Retis? Retis ker????
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2025 06:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Bulan depan Bass tinggal kenangan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-6-2025 08:37 PM | Show all posts
beatgirlX replied at 23-6-2025 04:44 PM
Ku nak liputan kes itik suami seteriii


Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2025 08:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Kes yg laki bini scammer tu Bila plk
Lupa nama laki bini yg terawal dipanggil sprm
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2025 10:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by cm_vungtau at 24-7-2025 10:15 PM
cantthinkofany replied at 23-6-2025 12:33 PM
kes itik bukan 42 juta ke?....8 juta je...

Lol
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2025 10:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Hilang terus aura vivek and laki. Kelam betul muka laki dia sekarang ni. Kalau dulu vivek selalu cakap laki dia hesmes sangat, mungkin masa tu aura kaya masih terpancar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-6-2025 08:37 AM | Show all posts
cm_vungtau replied at 23-6-2025 10:35 PM
42 juta lesap. 8 juta breach of trust sebab duit sah2 masuk akaun kampeni sendiri

Bodow jug ...

ni kira cerodek la ni....bkn bese boleh dapat juta2 dari orang yg kita tak kenal......
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2025 10:14 AM From the mobile phone | Show all posts
cantthinkofany replied at 24-6-2025 08:37 AM
ni kira cerodek la ni....bkn bese boleh dapat juta2 dari orang yg kita tak kenal......

Dia cerdik takat dapat duit juta2. Maksud I bodow sebab tak paham yang transfer duit ke akaun sendiri merupakan conflict of interest. Dah la dalam board tu bukan dia berdua, ada ramai2 lagi termasuk Khazanah and PNB. Memang mendapat la criminal breach of trust
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2025 10:39 AM From the mobile phone | Show all posts
rayna_raynes replied at 23-6-2025 02:15 AM
Kes pindah hak milik tanah tu kes orang lain. Itu kes Semantan Estates vs Kerajaan Malaysia

Opppsss silap baca
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2025 12:34 PM From the mobile phone | Show all posts
putribonda replied at 23-6-2025 01:12 PM
sapa yang retis nya???
semua ahli politik dengan ahli perniagaan je

Exactly. Mmg scroll komen utk cari komen sebegini jua. Hahah. Rengsa betol retis yg actually bkn retis menyemak kat bod ni.
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2025 12:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Atleast , retis len tu klu pi tu pi solo... or else p dgn wife atau suami..... ok la kan xsakit mata nengok..
Tp klu yb tu pi..... ada sekoq jin belaan dok ikot... jin tu muka kemek2 penyek2....mata kcik mcm mata ikan. Dh tu acah2 mcm dia princess yg bejalan kt tangga istana....siap babai org.... babai wartawan.... acah2 senyum smbil letak tgn kiri kat dada kanan, angguk kepala sikit... mcm sial... mcm celaka...siap upah bodigad ikut2 blkg... babi.. lahanat.... ic pn mybe written as bangsa iban.... apa punya sial betina mcm ni terlepas duduk dlm circle yb....
Yg xrasa mcm body temp panas spike ke lately ni... as ada jin dok bedamping.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-3-2026 10:08 AM GMT+8 , Processed in 0.276109 second(s), 39 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list