Edited by JoyahMengayah at 21-9-2025 01:44 PM
KUALA LUMPUR: Kumpulan hip hop popular era 1990-an, 4U2C mengubat kerinduan peminat melalui Konsert WE 4U2C di Idea Live Arena, Petaling Jaya pada 15 September depan.
Konsert itu bakal menghimpunkan tujuh anggota 4U2C iaitu Datuk AC Mizal, Aren, Yanz, Rinz, Lanz, Charlie dan Azam.
Mengangkat tema 'Bringin' Back Da 90's Flava', konsert anjuran Juss Event itu bakal menjadi platform untuk peminat mengimbau nostalgia dengan gaya dekad 1990-an.
AC atau nama sebenar, Mizal Zaini berkata, idea mementaskan konsert dicetuskan isterinya, Datin Emylia Rosnaida.
"Konsert ini menjadi impian saya dari dahulu lagi dan Juss Event menawarkan 4U2C pentaskan konsert sendiri.
"Bagi saya, itu macam impian jadi kenyataan. Saya bersyukur peluang ini datang pada masa yang tepat.
"Saya dan ahli kumpulan lain berjanji akan beri persembahan terbaik buat mereka yang hadir pada malam konsert itu," katanya pada sidang media konsert WE 4U2C di sebuah hotel di Bukit Bintang di sini, hari ini.
AC berkata, kejayaan konsert trio adik-beradik, KRU, bulan lalu, mendorong mereka tampil membuat kemunculan semula.
BH
|