CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 19371|Reply: 270

Syafiq Dharma terkejut disuruh berhenti belajar,cari kerja

[Copy link]
Post time 4-7-2025 07:27 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by Glass_shoes at 8-7-2025 07:39 PM



Kuala Lumpur: Anak kedua pelakon Dharma Harun iaitu Muhammad Al Syafiq, 36, meluahkan perasaan kecewa apabila masih ada pihak mempertikai tindakan dia dan kakaknya, Siti Qurratu Aini, 37, yang masih belajar di saat ayah mereka diuji dengan sakit dan tiada pendapatan.

Paling mengecewakan apabila individu yang pernah berjanji mahu membantu mereka, menempelaknya apabila dihubungi baru-baru ini.

"Individu terbabit pernah datang menziarah ayah sebelum ini dan beri nombor telefonnya. Dia kata kalau ada apa-apa masalah hubungi dia.

"Jadi apabila keadaan kami terdesak disuruh berpindah rumah sewa oleh pemiliknya hujung bulan ini, saya pun hubungi dia seperti kata-katanya untuk mohon bantuan.


"Tapi agak menyedihkan apabila dia menempelak saya dan kata saya dah patut berkerja untuk cari wang dan bukan terus belajar. Memang saya terkejut jadinya," katanya kepada Harian Metro.

Syafiq berkata, dia dan kakaknya mahu terus belajar dan selepas ini mahu mencari pekerjaan yang baik untuk meneruskan kehidupan bersama bapa mereka.

"Saya baru tahun pertama dalam Fakulti Penulisan Kreatif dan filem (FPKF) di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA). Tapi dah selesai semester satu dan dua. Selepas ini saya akan selesaikan semester tiga hingga lima.

"Kakak saya juga pelajar Fakulti Penulisan Kreatif ASWARA. Dia tinggal satu semester lagi iaitu semester lima kemudian enam (Latihan Industri). Tahun depan dia dah start kerja.

"Sikit sahaja lagi tinggal tiga bulan sahaja. Takkanlah dia nak kena berhenti? Tolonglah bagi sikit ruang. Kakak saya dah nak tamat belajar pun. Tolonglah bagi sikit lagi sokongan," katanya yang turut bekerja secara sambilan.

Menurutnya, prestasinya di ASWARA sekarang amat bagus dan mukanya asyik terpampang di sana. Jadi amat merugikan sekiranya dia berhenti belajar.

Terdahulu, ayahnya Dharma, 69, semasa menerima kunjungan Pengerusi Yayasan Kebajikan Artis Tanah Air (YKAT), Datuk DJ Dave baru-baru ini berkata, dia tidak tergamak menyuruh dua anaknya tinggalkan pengajian dan bekerja.


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-7-2025 08:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Jadikan penajaran untuk retis2 yg muda lela perkasa...meletop² di gilai acik2 meleis. Jangan nanti dah tua macam ini. Rumah pun tarak.

Takde rumah atau tanah pusaka ke?
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2025 08:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Buat je live dik... Ai tengok punya ramai org buat live boleh dpt duit...
Mcm jual air liur je pun org bagi gift... anak harimau lah.. keretapilah.. Kapal terbang lah...
Tak tahu lah berapa nilai.. Tp ada yg mampu capai ribu2 sejam dua...
Kaya betul viewer and follower hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2025 08:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah tua rente anak nya tak habis blaja lagi ker. Pi keje grab ker jnt ker. Carik duit lah bantu bapak ko.
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2025 08:35 AM | Show all posts
tak habis belajar lagi ke anak dia ni...
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2025 08:36 AM | Show all posts
Chop, hr tu baca mana ntah, bukan anak yang ini dah 35 thn ke?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-7-2025 08:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Atok ni haritu bukan ke ada pihak nak tolong dia pindah kat rumah yg lagi murah sewa bulan2 tapi dia berlagak taknak pindah..  Iols tak ingat siapa. Seniman @ Baitulmal  kot..
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2025 08:42 AM | Show all posts
Umur gini dgn komitmen jaga ayah sakit, dengan miskin nya, mana ada orang nak full time study. Umur 30an dah lock steady job. Pastu part time belajar. Sikit2 guna alasan "student" bila tak mampu itu ini. Ngko ingat ngko student umur 19 tahun yg bapak tanggong ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-7-2025 08:52 AM | Show all posts
bagus la ko bujang lagi dik
dibuatnya gatei nak nikah
buat beban kat anak dara orang saja
orang tu pulak kena kerja nak support korang sefamily
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2025 08:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Helok jugak wajah pelajar cemerlang ni.. Boleh dah berlakon btul2. Pergi la jumpa abam harun ajis sana, dia tengah cari pelakon baru tu..

  
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2025 08:57 AM From the mobile phone | Show all posts
menjad replied at 4-7-2025 08:32 AM
Dah tua rente anak nya tak habis blaja lagi ker. Pi keje grab ker jnt ker. Carik duit lah bantu bapa ...

Anak dia memang kerja sambil belajar. Sebab tu dia buat statement kat dalam berita tu dia akan sentiasa jaga ayah dia dan tak nak hantar ke rumah orang tua kerana ayah dia jaga dia dengan penuh kasih sayang masa dia kecik.
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2025 09:14 AM | Show all posts
producer2 cer la amik anak pak harun ni berlakon...mana tau ada bakat tak kayu kayan...
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2025 09:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Tuan rumah pon kena fikir cash flow dia jugak. Ko hutang bukan RM50 yang dia boleh pejam mata. Umur dah 30tahun pergi la cari kerja tetap, belajar boleh tangguh dulu. Ramai je orang yg bijak pandai kat luar sana umur 20+ dah kerja sebab kena sara keluarga, dah umur dekat 40 baru sambung belajar part time.
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2025 09:20 AM | Show all posts
ank dia stdy ape dlm umur 36thn ni? biasa org belajar part time je.. yg pmpuan lg sorang pun study kan?
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2025 09:37 AM | Show all posts
Tgk video Kak Lina ziarah, nampak elok rumahnya. Berapa la tah sewanya
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2025 10:28 AM From the mobile phone | Show all posts
anak dia duk sibuk cakap belajar, kerja pun dgn ayahnya, umur dia dah 30 lebih takkkan x habis belajar lagi wey
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-7-2025 11:23 AM From the mobile phone | Show all posts
BungaKencana replied at 4-7-2025 09:20 AM
ank dia stdy ape dlm umur 36thn ni? biasa org belajar part time je.. yg pmpuan lg sorang pun study k ...

Belajar ASWARA..Berita  tahun lps..Patut habis dah..Dia sambung lagi ke?
https://www.hmetro.com.my/rap/2024/06/1101561/anak-dharma-nafi-tak-mahu-kerja-bantu-keluarga
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-7-2025 11:26 AM From the mobile phone | Show all posts
HelgaPataki replied at 4-7-2025 09:37 AM
Tgk video Kak Lina ziarah, nampak elok rumahnya. Berapa la tah sewanya



Rasa 1300 sebulan..Sbb tertunggak RM 3900..Tolak deposit 2600..Jadi dia kena bayar 1300 sebelum pindah 31 July
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2025 11:28 AM From the mobile phone | Show all posts
red_velvet replied at 4-7-2025 08:38 AM
Atok ni haritu bukan ke ada pihak nak tolong dia pindah kat rumah yg lagi murah sewa bulan2 tapi dia ...

Igt jugak yg ni,sebab tu tak kese nak kesian.Anknya pun mintak tuan rumah bertimbang rasa,dia igt tuan rumah bayar kat bank bulan² yg diaorg tak bayar tu guna batu tepi jalan agaknya.
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2025 11:32 AM | Show all posts
Glass_shoes replied at 4-7-2025 11:23 AM
Belajar ASWARA..Berita  tahun lps..Patut habis dah..Dia sambung lagi ke?
https://www.hmetro.com.my ...

itu la psl... mmg harap apak dia tanggung ke agaknye.. pastu ank dia ckp tuan rumah tak nk bg kejesama wlpn baitulmal nk tlg bayarkan..sbnrnye tuan rumah nk kau berambus walau sape pun yg tlg byr sewa..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 350455 Replies : 3515
Instafamous Rempit (kak yah, kak zah & the geng) part 3
hotmakInstafamous Rempit (kak yah, kak zah & t
Views : 297455 Replies : 2026
Tan Sri? Zainuddin Md Noh
ZORRO5555Tan Sri? Zainuddin Md Noh
Views : 2147 Replies : 21
...BICARA KEMANUSIAAN 2025 - 2026...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN 2025 - 2026...
Views : 2026 Replies : 691
Idea wujudkan ladang babi berpusat dibincang sejak zaman BN – PKR Selangor
AbahmungIdea wujudkan ladang babi berpusat dibin
Views : 763 Replies : 28
V85: Kisah HANIS HAIZI and the AMOUGOUS di INGLEWOOD
taliaV85: Kisah HANIS HAIZI and the AMOUGOUS
Views : 45605 Replies : 2576
Sebak lihat jururawat suap pesakit - “Ikan tu mungkin dia belek-belek, takut ada tulang”
noor2Sebak lihat jururawat suap pesakit - “I
Views : 791 Replies : 25
K-VARIETY SHOW
RahahK-VARIETY SHOW
Views : 275471 Replies : 1504
Imigresen gempur koloni haram PATI di lebuh raya tengah KL
AbahmungImigresen gempur koloni haram PATI di le
Views : 389 Replies : 12
EV pertama Perodua sepi sambutan hanya 20 unit berdaftar.Kesian
YgBenarEV pertama Perodua sepi sambutan hanya 2
Views : 745 Replies : 19

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2026 12:46 PM GMT+8 , Processed in 0.084142 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list