|
View: 6271|Reply: 55
|
[Jenayah]
Ada Lagi Mesyuarat ASEAN, Lebuh Raya Dan Jalan Akan Ditutup Pada 8-15 Julai 2025!
[Copy link]
|
|
|
Tiga lebuh raya dan 15 jalan utama di sekitar Lembah Klang akan ditutup dan dilencongkan secara berperingkat sempena Mesyuarat Menteri-Menteri Luar Negeri ASEAN ke-58 (AMM ke-58) pada 8 hingga 11 Julai ini
Menurut laporan Kosmo!, aktiviti raptai (dry-run) pergerakan motoked akan diadakan pada 4 hingga 6 Julai. Perkara itu dimaklumkan oleh Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Yusri Hassan Basri.
"Ia melibatkan laluan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke hotel penginapan di Kuala Lumpur dan Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).
"Raptai ini melibatkan kekuatan seramai 392 petugas trafik terdiri daripada pegawai kanan dan anggota,"
katanya.
Difahamkan, lencongan bermula pada 7 Julai pukul 7 pagi
Ia melibatkan Lebuh KLIA, Lebuh Raya Elite, Lebuh Raya MEX, Lebuh Raya Kuala Lumpur – Seremban, Lingkaran Putrajaya, Jalan Istana, Jalan Damansara, Jalan Tun Abdul Razak, Jalan Ampang, Jalan Sultan Ismail, Jalan Bukit Bintang dan Imbi.
Manakala lencongan pada 8 Julai pula bermula jam 10 pagi membabitkan persimpangan Jalan Ampang/ Jalan P. Ramlee, Jalan Sultan Ismail/ Jalan P.Ramlee, Jalan Perak/ Jalan P. Ramlee, Jalan Perak/ Jalang Pinang, Jalan Stonor/ Jalan Kia Peng serta Jalan Stonor/ Persiaran KLCC.
Penutupan laluan sama akan dilaksanakan pada 9 Julai bagi dua waktu berbeza pada pukul 7 pagi (hotel ke KLCC) dan 4 petang (KLCC ke hotel).
Pada 10 Julai pula, lencongan membabitkan laluan sama bermula pukul 7 pagi (hotel ke KLCC) dan 5 petang (KLCC ke hotel) serta 7 malam (hotel ke KLCC) dan 10 malam (KLCC ke hotel).
Pada 11 Julai, lencongan di enam laluan dan persimpangan itu dijalankan pada pukul 7 pagi bagi perjalanan dari hotel ke KLCC.
Justeru, pengguna jalan disarankan merancang perjalanan lebih awal dan digalakkan menggunakan pengangkutan awam sebagai tanda sokongan kepada acara tersebut
Menurut beliau lagi, kenderaan perdagangan disaran tidak memasuki pusat bandar sepanjang tempoh lencongan terutama waktu puncak bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
ada can laaa wfh lagi cam aritu |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
baguslah buat pengumuman awal... semua orang dah bersedia. sekolah kawasan terlibat tak bagi cutikah... |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Apa punya banyak meeting la tapi isu2 besar x settle2..kes sempadan Thailand kemboja sampai pm Thai anak thaksin kena gantung tugas. Isu2 pertikaian sempadan laut, konflik myanmar, serta isu2 wilayah segitiga scammer yang culik rakyat msia jadi scammer kat tempat tu..kat time meeting nanti nak bergambar je lebih buat susah org je sbb outcome apa pun xde |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
BungaKencana replied at 8-7-2025 12:30 PM
ada lg igtkan da habis..
Ni yg foreign minister punya......Nnt bulan 10 another Summit yg lebih besar..... Maybe Russian pun akan participate |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
oo faham sbb kita tuan rumah ke? sorry tak baca berita yg ni sgt..
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
sibuk je
knp xbuat kt putrajaya |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Mesyuarat tak habis2....tapi @nusaraya tetap menjelikkan Malaysia. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Malaydesh katanya, org dia jugak tu yg kawin org tu.. Malaysia tempat bertemu jodoh 
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Nuart giler glamour. Teringin nak macam zaman kegemilangan Tun M.
Tak bawa significant impact pada Malaysia pun.
Flop! |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa tak book aje erl tu. Direct sampai kl.  |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
meeting online jelah pakai zoom |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Haritu poster sebut penutupan jalan kan? Now lencongan
Bodoh bukan |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|