CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
123Next
Return to list New
View: 5985|Reply: 57

"Mungkin suatu hari nanti, saya yang curang"

[Copy link]
Post time 8-7-2025 01:58 AM | Show all posts |Read mode
Edited by JoyahMengayah at 8-7-2025 06:04 AM

Pelakon dan penyanyi Janna Nick mencuri perhatian ramai selepas berkongsi pandangannya mengenai cabaran rumah tangga yang mungkin diuji dengan kehadiran orang ketiga.



Menerusi satu hantaran video di TikTok, Janna atau nama penuhnya Nurul Jannah Muner, 30, berkata dia hanya mampu berdoa agar perkahwinannya dengan pelakon Dini Schatzmann kekal utuh meskipun menyedari tiada siapa mampu mengawal perubahan hati manusia, termasuk pasangan sendiri.

“Kalau hari ini dia sayang kita seratus peratus, mungkin esok dia tak sayang,” luahnya jujur dalam video berkenaan. Ucapannya yang bersahaja namun penuh makna itu membuat ramai tersentuh, apatah lagi dalam dunia hiburan yang sering kali dikejutkan dengan kisah perpisahan selebriti akibat curang.

Menariknya, Janna tidak hanya menuding kesalahan kepada kaum lelaki apabila menyentuh soal kecurangan, sebaliknya mengakui wanita juga tidak terkecuali daripada diuji. Menurutnya, isu curang bukanlah satu kesalahan eksklusif kepada suami semata-mata, kerana setiap manusia boleh khilaf.

“Orang selalu kata suami sahaja yang curang. Tapi kita pun manusia. Mungkin suatu hari nanti, saya yang curang ,” katanya secara terbuka. Tambahnya, setiap hubungan pasti akan diuji dan tidak adil untuk menyalahkan satu pihak semata-mata.

Pernyataan berani dan matang Janna itu menerima pujian daripada ramai pengguna media sosial yang menganggap pelakon filem Jemputan Ke Neraka itu bersikap sangat realistik dan tidak hipokrit dalam menilai perhubungan.

“Saya suka cara Janna fikir. Tak semua orang mampu cakap benda jujur macam ni,” komen seorang netizen. Malah, ada yang menyifatkan Janna sebagai seorang wanita yang kuat kerana tidak takut menghadapi realiti, sebaliknya berserah kepada takdir.

Untuk rekod, Janna dan Dini Schatzmann sah bergelar suami isteri pada 10 Jun 2023. Pasangan sama cantik sama padan itu sering mendapat perhatian ramai sejak awal perkenalan lagi, dan kini mereka terus menjadi tumpuan apabila berkongsi sisi peribadi yang lebih terbuka dan jujur kepada umum.

Murai.MY








Single Polls, Total 77 Users voted

Count down: 869 Days21 Hours34 min.

Your User group have no permission to vote

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-7-2025 09:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Sindrom bulan penuh kot
Peel mereka2 yg ada mental health ni mmg ada kaitan dgn bulan
Tu perangai yg bukan2
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2025 09:13 AM | Show all posts
pasangan yang tak relax...  maybe sbb konten je kot... kalau belakang tabir.. elok je kot....
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2025 09:16 AM | Show all posts
terkejut tgk video dia tolak mawar rashid...walaupun gurau jgnlah kasar sgt mcm tu..kesian mawar..iols mmg ada kesian sikit dkt dia
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2025 09:18 AM | Show all posts
A-Are replied at 8-7-2025 09:16 AM
terkejut tgk video dia tolak mawar rashid...walaupun gurau jgnlah kasar sgt mcm tu..kesian mawar..io ...

kan real betul tolak kepala tu. kok ye pun
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2025 09:18 AM | Show all posts
kilauanemas replied at 8-7-2025 01:18 AM
kan real betul tolak kepala tu. kok ye pun

yer u..kesian mawar...dahlah main tolak kepala pantang betul la iols...xkisahla gurau ke prank tp mcm xtao batas..kuat tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-7-2025 09:24 AM | Show all posts
jgn la dimintak2 benda buruk mcm tu..nak berlapang dada takpe..tp doa baik2 je sentiasa xbleh ke..
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2025 09:43 AM | Show all posts
jgn main2 cakap tu...
walau sj mention

apappun ramai nk kebas dini tu.  tmasuk achik
so stay calm dan jg mulut
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-7-2025 10:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by evlinne at 8-7-2025 10:11 AM

Betul la tu sbb Allah je yg pegang hati manusia
Klau Allah takdirkan sebaliknya, redha jela
Klau Allah takdir yg buruk pun kena redha sbb Allah nak uji iman hambaNya
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2025 10:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Takpe Janna, one day kalau kau nak curang, curang jer. Tp standby skrip siap2. "Saya curang sebab nak bagi suami jeles". Confirm kau akan diraikan.
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2025 01:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Kata2 tu doa. Nak lantang ke jujur ke jangan bagi contoh diri sendiri, cakap in general je. Mulut lagi laju dari akal jannah ni
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2025 10:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Curang je lah. Dini deserve better.
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2025 04:27 AM | Show all posts
dia ni bukak mulut tak rempit tak sah.
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2025 07:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak rasa dia yang curang. Dini yang curang mungkin. Sebab dia ni belum beranak badan dah macam dipam2.
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2025 08:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Hari tu kat thread ada abg grab tu citer pengalaman bawak artis laki bini, dua2 humble, baik sgt2 katanya.. org teka janna ngan dini ni.
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2025 09:30 AM | Show all posts
x sudah2 attn seeker
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-7-2025 10:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Ye la si gila oi.
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2025 02:09 PM | Show all posts
Amenda la cakap macam tu pulak, kan setiap kata-kata tu doa
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2025 02:12 PM | Show all posts
boleh tak stop doa yg bukan2. hey lah aku budak ni kan. yg aneh2 jer lah posting pun!
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2025 03:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Haa klau cmtu bak sini laki kau mek janah oiii
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2025 04:29 AM GMT+8 , Processed in 0.048046 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list