CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
12Next
Return to list New
View: 4743|Reply: 34

[Jenayah] Memfitnah Amalkan Ilmu Hitam Dan Perbuatan Syirik, Rosmah Menang Saman RM100,000!

[Copy link]
Post time 8-7-2025 02:04 PM | Show all posts |Read mode


Datin Seri Rosmah Mansor berjaya dalam samannya terhadap seorang pemilik akaun TikTok yang didakwa memfitnah beliau dengan tuduhan mengamalkan ilmu hitam dan perbuatan syirik.

Menurut laporan Kosmo, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan lelaki itu, Ku Muhammad Hilmie Ku Din membayar RM100,000 kepada Rosmah sebagai ganti rugi.

Keputusan itu dibuat oleh Hakim Datuk Ahmad Shahrir Mohd. Salleh selepas defendan gagal hadir atau menjawab saman yang difailkan sejak tahun lepas.

Menurut Rosmah, kenyataan yang dimuat naik defendan melalui satu video TikTok pada 22 Mac 2023 telah menuduhnya mengamalkan ilmu hitam dan syirik, terlibat dengan bomoh dan syaitan dan menjadi individu yang jahat.

    Saya mengalami gangguan emosi dan kemurungan. Saya hilang keyakinan diri untuk muncul di khalayak ramai.

Rosmah juga berkata tuduhan tersebut mencemarkan imejnya sebagai isteri kepada bekas Perdana Menteri dan penaung pelbagai badan amal.

Walaupun Rosmah menuntut ganti rugi sebanyak RM1 juta, mahkamah hanya membenarkan RM100,000.

Tuntutan bagi ganti rugi teladan ditolak kerana tiada bukti kukuh dikemukakan.

    Mahkamah berpendapat jumlah ini adalah penilaian adil dan seimbang.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-7-2025 11:26 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2025 02:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Bukan ke sami hindu ke yang bagitahu dia buat cult atau upacara di kediaman PM di Putrajaya?
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2025 08:44 AM | Show all posts
B40tastePosh replied at 8-7-2025 02:21 PM
Bukan ke sami hindu ke yang bagitahu dia buat cult atau upacara di kediaman PM di Putrajaya?

kau berani post lagi ye.  ke nak kena heret sama?  nak aku ps dan hantar ke team dia?
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2025 09:12 AM From the mobile phone | Show all posts
zorrro_03 replied at 9-7-2025 08:44 AM
kau berani post lagi ye.  ke nak kena heret sama?  nak aku ps dan hantar ke team dia?

Acik tanya je

Tanya pun salah?
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2025 09:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku tak paham betul semua yang cakap Rosmah pakai bomoh la apa la. Ko tak takut Tuhan ye? Indirectly bila orang cakap Kak Ros pakai bomoh dia pun percaya syirik juga. Kawan2 aku yang kemain eksyen kekonon ahli syurga yang ramai kutuk kak Ros dulu. Seb baik iols masih ingat ilmu Pendidikan Islam tingkatan 4 ke 5, berdosa menyukutukan Allah.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-7-2025 10:05 AM | Show all posts
Content dari TikTok? Bukan time tu bersepah kat FB ke?
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2025 10:42 AM From the mobile phone | Show all posts
cm_vungtau replied at 9-7-2025 09:14 AM
Aku tak paham betul semua yang cakap Rosmah pakai bomoh la apa la. Ko tak takut Tuhan ye? Indirectly ...

Betul jangan letak sesuatu lebih tinggi dari Allah.

Memang hal ghaib lain kita kena yakin wujud seperti mana dalam Rukun Iman. Contoh orang ada pendamping kena yakin Allah lebih tinggi dari Jin....jin pendamping boleh buat kita sombong.

Anggap je itu bantuan dari Allah...Beriman pada Qada dan Qadar.

Manusia tak lari dari hal ghaib iaitu Qada dan Qadar.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-7-2025 10:49 AM | Show all posts
amboii kak rossy...

entah malas nak beriya percaya ke x.. there must be 2 sides of story.. org2 politik ni.. cam ni la... masa berkuasa konon ko x pedulik ape org ckp... iols mmg dah x folo kesah kak rossy sgt.. malas.. ade kuar kat media.. baca je lah... xde la beriya korek sana sini... ape motif pun iols malas pk.. cuma in other side.. kalau org mengata iols pun iols bengang.. ini kan lagi 1 negara dok kutuk dia.. cumanya y now only she took action on this matter.. or mmg iols yg duk bawah tempurung eh??
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2025 03:10 PM | Show all posts
B40tastePosh replied at 9-7-2025 09:12 AM
Acik tanya je

Tanya pun salah?

tak payah tanya laa benda bodo yang agak2 boleh transform jadi bala.  nanti tak pasal je kau kena herat mcm kambing. aku nasihat je ni.  
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2025 03:49 PM From the mobile phone | Show all posts
zorrro_03 replied at 9-7-2025 03:10 PM
tak payah tanya laa benda bodo yang agak2 boleh transform jadi bala.  nanti tak pasal je kau kena  ...

Lebih baik tak payah buat thread sini...
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2025 04:24 PM | Show all posts
B40tastePosh replied at 9-7-2025 03:49 PM
Lebih baik tak payah buat thread sini...

ok then
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2025 05:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Rosmah 1
Acik fb 0
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2025 07:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Korang perasan tak?

Orang yang percaya rosmah main bomoh adalah set orang yang sama percaya PH akan hapus tol, minyak turun, tangkap azam balance etc

Saya ulanggggg
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2025 07:13 PM From the mobile phone | Show all posts
bulan_gerhana replied at 9-7-2025 10:49 AM
amboii kak rossy...

entah malas nak beriya percaya ke x.. there must be 2 sides of story.. org2 po ...

Dalam banyak2 konten, mungkin itu yang paling terkesan pada dia
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2025 09:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Kak Ros taknak saman anak dia dengan menantu kelepuk tu ke? Kalau diorang tak tulis panjang lebar, mesti berita tu hilang di angin lalu. Seb baik aku antara acik por yang reramai bekap Kak Mah time tu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-7-2025 09:10 PM From the mobile phone | Show all posts
cm_vungtau replied at 9-7-2025 09:07 PM
Kak Ros taknak saman anak dia dengan menantu kelepuk tu ke? Kalau diorang tak tulis panjang lebar, m ...

Azrene dah baik belum dgn mak dia?


Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2025 12:14 PM | Show all posts
sharlenetexas replied at 9-7-2025 09:10 PM
Azrene dah baik belum dgn mak dia?

belum kot, skrg tgh busy jadi consultant sambil free hair....
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2025 12:42 PM From the mobile phone | Show all posts
gangerina replied at 10-7-2025 12:14 PM
belum kot, skrg tgh busy jadi consultant sambil free hair....


Share sini pic latest dia kaka
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-7-2025 01:30 PM | Show all posts
tupaiterbang replied at 10-7-2025 12:42 PM
Share sini pic latest dia kaka

  

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-2-2026 02:29 AM GMT+8 , Processed in 0.659833 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list