Baru-baru ini, presiden Amerika Syarikat, Donald Trump telah menghantar surat rasmi kepada sejumlah negara dalam memaklumkan tentang pelaksanaan tarif import bermula Ogos kelak.
Walaupun kandungan surat rasmi ini kelihatan normal pada dasarnya, tetapi seorang lelaki tempatan mengambil inisiatif untuk menyemak secara komprehensif kandungan surat berkenaan sama ada kualiti menepati standard profesional atau pun ala kadar sahaja.
Menerusi akaun X @MirthfulMika, dia menegaskan ini hanyalah pendapat peribadi sahaja dan percaya mempunyai skil berbahasa Inggeris yang baik memandangkan mencapai gred 8.0 di dalam ujian IELTS adalah singkatan dari International English Language Testing System.
Sebagai maklumat, IELTS ini adalah ujian untuk menilai tahap kemahiran Bahasa Inggeris seseorang yang mana mempunyai kesukaran yang tinggi. Ia digunakan secara meluas untuk tujuan belajar, bekerja, atau berhijrah ke negara-negara berbahasa Inggeris seperti UK, Australia, Kanada, dan New Zealand.
Dapatan beliau selepas selesai menyemak dengan teliti, kandungan surat itu kedengaran terlalu mementingkan diri sendiri serta tidak formal untuk urusan rasmi sebegini.
Dia juga mendapati surat rasmi yang dihantar oleh Trump ini seperti tiada hala tuju yang jelas disamping isi penting yang berterabur membuatkan si pembaca sukar memahami apa yang cuba disampaikan menerusinya.
Tidak sekadar itu, terdapat beberapa kesalahan penggunaan perkataan yang tidak bersesuaian serta penyusunan struktur ayat yang lintang-pukang dalam bahasa mudahnya.
Oleh itu, di dalam penilaian penuh, dia hanya memberikan gred sekitar C- mana sahaja menandakan masih banyak yang perlu diperbaiki apatah lagi bila ini melibatkan urusan diplomatik rasmi dunia. Perkara ini dilihat sangat tidak profesional untuk sebuah kuasa besar dunia yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa natif.
Ini termasuklah terdapat kenyataan dengan ton pasif agresif yang memberi gambaran bahawa tindakan AS adalah tidak menyalahi undang-undang dan disamping wujud tuduhan liar kepada negara yang menerimanya.
Menariknya, dia turut berkongsi laporan lengkap di mana surat itu ditanda seperti penilaian sebenar di dalam ujian.
Di dalam ruangan komentar, seorang individu mendedahkan tindakan Trump yang menggunakan surat ini sebagai template dan hanya diubah suai beberapa perkataan mengikut negara yang mahu dihantar.
Perkara ini dikuatkan lagi apabila terdapat seorang pengulas di Jepun yang juga mempunyai kepakaran dalam hal politik AS turut mendapati tahap penulisan dalam surat-surat tersebut adalah hampir sama dan mempunyai sejumlah kesalahan tatabahasa seolah-olah tidak disemak terlebih dahulu oleh Sekteriat AS.
Dalam pada itu, warga netizen meluahkan rasa geli hati melihat bagaimana seseorang individu boleh serajin ini dan memberikan penilaian yang rendah kepada Presiden Trump yang sepatutnya lebih fasih berbahasa Inggeris.
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
Tampaknya buka saja TATA BAHASA Trump yang TERUK... KeMAMPUAN TRup untuk membuat DONGENG dan PROPAGANDA yang PENUH KEPALSUAN dan KEBOHONGAN tampaknya juga masih KALAH dari para Prof. atau polikus Melayu Mahawangsa MalayDEsh ... seperti Prof. Dr. Soleha Yaccob, Prof. Dr. Awaang Sariyan, Ismail Sabri etc etc...
Post time 11-7-2025 08:03 PMFrom the mobile phone|Show all posts
halah2 bila bahasa tu native bagi kita beshe la spelling/grammar kelautt! mcm perkataan GORENG PISANG! walau salah asal orang paham sudah. kalau pisang rebus awkward pulak nak sebut REBUS PISANG kalau lurus sgt org boleh detect english bukan ko punya first language. tapi sbb trump ni tulis surat rasmi, mmg tak senonoh la tulis mcm post socmed utk member yg dia tak puas hati
Trump suka jer buat apa pun sesuka hati... hari tu dia kata nak annex greenland, gaduh dengan kanada.. dan negara lain apa dah hal... trump ni tak ada benda yang boleh buat terkejut dah.. sebut nama dia orang akan terus fikri apa dia nak buat ni sbb susah nak agak.. tapi pasal surat takkanlah trump tulis surat tu sendir gila ka apa
Post time 11-7-2025 08:21 PMFrom the mobile phone|Show all posts
testly replied at 11-7-2025 02:22 PM
Makin naik le pulak tarif trump ni tuk malaysia. Xpenting pun tarabahasa tu..len la ttbahasa tu leh ...
Hantar muntri pg nego sepatutnya makin turun x pun menten 24%, lg dibantainya makin naik 25 sepatutnya muntri tersebut teruih dipecat sbb x bljr subject nego masa kt u dulu.
Menghadapi Trump X terlalu susah .. Apalagi jika PMX bisa mengajak Trump menontong pagelaran wayang kulit semalam suntuk di Putra Jaya..guna menunjukkan kehabatan dan superiority bangsa melayu mahawangsa ..