CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 288|Reply: 0

[Johor] Hilang dalam saluran air selepas kemalangan di Jalan Bazar Karat

[Copy link]
Post time 13-7-2025 10:25 PM | Show all posts |Read mode

GAMBAR hiasan

Johor Bahru: Seorang individu dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam saluran air laut susulan kemalangan membabitkan dua motosikal di Jalan Bazar Karat, berhampiran Pos Malaysia di sini, malam tadi.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 10.49 malam, sebelum jentera pertama tiba di lokasi enam minit kemudian.

"Sebaik Pasukan Keluaran Operasi (PKO) tiba di lokasi, didapati berlaku kemalangan jalan raya membabitkan sebuah motosikal Yamaha dan sebuah lagi motosikal yang belum dikenal pasti nombor pendaftarannya, dipercayai tercampak ke dalam sungai.

"Seorang mangsa disyaki terjatuh ke dalam saluran air laut, manakala tiga lagi mangsa telah dihantar ke hospital sebelum ketibaan pasukan penyelamat," menurut kenyataan itu hari ini.

Operasi pencarian dilaksanakan di sekitar lokasi sejauh kira-kira 30 meter, termasuk selaman sedalam 12 kaki ke dasar sebanyak tiga kali, namun mangsa masih belum ditemukan.

Motosikal jenis Yamaha berjaya dibawa naik ke darat sebelum operasi ditamatkan pada 1.14 pagi hasil kerjasama dengan pihak polis. Kes diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Operasi itu membabitkan seramai 16 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin serta BBP Skudai (unit Pasukan Penyelamat Di Air - PPDA), dengan kekuatan logistik merangkumi satu jentera FRT, satu EMRS, tiga RIM dan sebuah Hilux PPDA.


Disiarkan pada: Julai 13, 2025  harian metro


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-4-2026 02:27 AM GMT+8 , Processed in 0.042268 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list