CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 306|Reply: 0

[Johor] Penjaja mangga kembali, bahayakan diri, pengguna jalan raya

[Copy link]
Post time 13-7-2025 10:34 PM | Show all posts |Read mode

PENJAJA jalanan di persimpangan lampu isyarat di Johor Jaya dan Taman Desa Tebrau. FOTO Mary Victoria Dass

Johor Bahru: Kumpulan penjaja mangga di persimpangan lampu isyarat di beberapa lokasi di bandar raya ini dikesan kembali aktif sejak kebelakangan ini tanpa memikirkan soal keselamatan diri mahupun orang ramai.

Seorang penduduk, Asri Ahmad, 45, berkata kewujudan penjaja terbabit meresahkan orang ramai serta dibimbangi akan meningkatkan risiko kemalangan.

Menurutnya, ia berikutan kehadiran mereka juga mengalih perhatian pengguna jalan raya yang sepatutnya menumpu kepada pemanduan serta persekitaran.

Katanya, antara lokasi yang menjadi tumpuan adalah persimpangan lampu isyarat yang sibuk dengan kenderaan di bandar raya ini

"Antaranya di persimpangan Johor Jaya dan Taman Desa Tebrau di laluan menghala ke Ulu Tiram, Taman Kota Puteri, Masai dan Bandar Seri Alam, di sini.

"Tiga atau empat individu beroperasi di setiap persimpangan berbanding sebelum ini hanya seorang atau dua sahaja serta waktu operasi mereka mulai tengah hari hingga petang. Kita juga tidak pasti sama ada mereka warga asing atau tempatan.

"Sebelum ini mereka hilang dalam beberapa bulan dipercayai selepas diambil tindakan atau memiliki lokasi berbeza, namun kini mereka kembali menjalankan kegiatan seperti biasa," katanya.

Sementara itu, pengguna jalan raya, Ailin Tan, 60, berkata pendekatan 'menggadai nyawa' yang dilakukan penjaja berkenaan demi menampung kehidupan mereka seharusnya dihentikan.

"Saya sendiri sebelum ini hampir terlanggar mereka yang secara tiba-tiba melintas di depan kenderaan.

"Bayangkan mereka hanya menjual produk seperti mangga dengan harga RM10 untuk menyara hidup, namun tidak memikirkan nilai nyawa," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak berkata, kehadiran penjaja jalanan yang kerap mengganggu lalu-lintas sentiasa dipandang serius.

"Kebanyakan mereka adalah warga tempatan. Tindakan diambil dari semasa ke semasa dan tidak dinafikan mereka memilih persimpangan lampu isyarat yang sibuk serta sering beralih lokasi.

"Kami memberi amaran kepada mereka untuk menghentikan operasi," katanya ketika dihubungi, di sini.


Disiarkan pada: Julai 13, 2025  harian metro  


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-6-2026 10:33 AM GMT+8 , Processed in 0.751482 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list