CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 314|Reply: 0

[Johor] Pelantikan Ketua Hakim Negara: Tunggu Mesyuarat Majlis Raja-Raja bersidang

[Copy link]
Post time 13-7-2025 10:37 PM | Show all posts |Read mode

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said. - Foto NSTP

KOTA TINGGI: Semua pihak diminta menunggu Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-269 selesai bersidang pada 15 hingga 17 Julai ini, sebelum meminta pelantikan pengganti bagi jawatan tertinggi dalam badan kehakiman negara untuk disegerakan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, berkata ia selaras dengan Perkara 122B Perlembagaan Persekutuan yang menetapkan mengenai pelantikan jawatan itu.

"Perkara 122B Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa pelantikan kekosongan jawatan badan kehakiman negara dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja.

"Jadi kita tunggu minggu depan selepas Mesyuarat Majlis Raja-Raja selesai bersidang," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Mesyuarat Agung UMNO Bahagian Pengerang, di sini, hari ini.

Majlis Raja-Raja dilaporkan akan bersidang bagi Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-269 pada 15 hingga 17 Julai ini bagi membincangkan mengenai kekosongan jawatan Ketua Hakim Negara dan Presiden Mahkamah Rayuan.

Rabu lalu, Azalina dilaporkan berkata, Jemaah Menteri memberi jaminan pengisian kekosongan jawatan akan dijalankan dengan mematuhi sepenuhnya Perkara 122B Perlembagaan Persekutuan.

Semalam, Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) dilaporkan menggesa pelantikan pengganti bagi jawatan tertinggi dalam badan kehakiman negara perlu disegerakan berikutan beberapa hakim kanan sudah dan bakal bersara dalam tempoh terdekat.

Pengerusi PEMBELA, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar, dilaporkan berkata meskipun proses pelantikan perlu mematuhi lunas undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan, kerajaan sepatutnya sudah lama mengambil tindakan sewajarnya memandangkan persaraan beberapa hakim kanan sudah diketahui awal.

PEMBELA turut menuntut penjelasan beberapa isu antaranya mengenai ketiadaan lanjutan tempoh bagi Ketua Hakim dan Presiden Mahkamah Persekutuan.

Oleh Mohamed Farid Noh - Julai 13, 2025 @ 4:42pm  berita harian

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-3-2026 03:54 AM GMT+8 , Processed in 0.904967 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list