CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 274|Reply: 0

[Johor] Krisis tenaga kerja kesihatan serius di HSI - MB Johor

[Copy link]
Post time 14-7-2025 08:42 PM | Show all posts |Read mode

ONN Hafiz (tengah) dan Tian Soon meninjau Hospital Sultan Ismail (HSI) yang berdepan krisis kekurangan tenaga kerja kesihatan yang serius dan kritikal. FOTO Ihsan MEDKOM

Johor Bahru: Hospital utama di bandar raya ini kini berdepan krisis kekurangan tenaga kerja kesihatan yang serius dan kritikal.

Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, situasi itu dikesan ketika beliau melakukan lawatan mengejut ke Hospital Sultan Ismail (HSI), di sini, yang juga hospital pakar terbesar kedua di negeri ini.

Menurutnya, lawatan itu dilakukan bersama Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Ling Tian Soon untuk meninjau situasi perkhidmatan kesihatan di negeri ini.

"Saya dan Exco berkesempatan melakukan lawatan mengejut ke HSI bagi meninjau sendiri realiti semasa perkhidmatan kesihatan dan beban tugas luar biasa yang ditanggung petugas barisan hadapan kita.

"Realitinya amat membimbangkan. Kekurangan tenaga kerja kesihatan di hospital utama melibatkan pelbagai kategori kritikal termasuk doktor pakar, pegawai perubatan, penolong pegawai perubatan, jururawat serta anggota sokongan lain," katanya dalam kenyataan, di sini.

Onn Hafiz berkata, tekanan kerja yang tinggi bukan sahaja menjejaskan moral petugas kesihatan, malah turut memberi kesan kepada kualiti rawatan yang diterima pesakit.

"Sebagai contoh di beberapa wad, seorang jururawat terpaksa menguruskan lebih 10 hingga 14 pesakit dalam satu syif, berbanding nisbah ideal 1:6 atau maksimum 1:8.

"Keadaan ini bukan sahaja tidak adil buat petugas, tetapi juga tidak selamat untuk pesakit jika dibiarkan berpanjangan," katanya.

Katanya, kerajaan negeri memandang serius perkara berkenaan dan akan memanjangkan isu berkaitan sokongan dari segi fasiliti serta keperluan kesihatan yang mendesak ke Kementerian Kesihatan (KKM).

"Saya sendiri akan merayu agar pengisian jawatan kesihatan di Johor dapat disegerakan tanpa kompromi," katanya.

Onn Hafiz turut menzahirkan penghargaan dan doa kepada seluruh petugas kesihatan di negeri ini yang menjadi tulang belakang sistem kesihatan Johor.

"Semoga petugas kesihatan di Johor terus dikurniakan kekuatan, ketabahan dan perlindungan dalam menjalankan amanah.

"Terima kasih atas segala usaha dan kerja keras yang menjadi tulang belakang sistem kesihatan negeri ini.

"Kerajaan negeri akan terus komited dalam memperjuangkan sistem kesihatan yang cekap, saksama dan mampan demi kepentingan seluruh negeri dan Bangsa Johor. Insya-Allah," katanya.


Disiarkan pada: Julai 14, 2025  harian metro



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2026 10:46 AM GMT+8 , Processed in 1.421033 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list