CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 240|Reply: 0

[Johor] Lima didakwa kes penipuan seks, pemerasan seksual online

[Copy link]
Post time 15-7-2025 05:44 PM | Show all posts |Read mode

6 daripada 7 suspek didakwa atas tuduhan Sindiket Penipuan Seks dan Pemerasan Dalam Talian di Mahkamah Tinggi. FOTO Najmi Nor'azam

Johor Bahru: Lima ahli sindiket penipuan seks dan pemerasan seksual dalam talian dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, atas tiga pertuduhan memperdagangkan dua remaja dan seorang lelaki dewasa bagi tujuan eksploitasi kerja dan pemerdayaan.

Tertuduh Sham Chee Fei, 33; Kuek Pei Lin, 19; Lee Chun Kit, 28; Tommy Voo Tze Hau, 27, dan juvana lelaki berusia 17 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap semua pertuduhan selepas dibacakan di hadapan Hakim Thalha Bachok @ Embok Mok.

Mengikut ketiga-tiga pertuduhan, empat lelaki dan seorang wanita itu didakwa memperdagangkan seorang remaja perempuan berusia 15 tahun dan remaja lelaki berusia 16 tahun bagi maksud eksploitasi kerja serta seorang lelaki berusia 26 tahun bagi maksud sama dengan cara pemerdayaan.

Semua perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah di Taman Lagenda Putra, Kulai, di sini, antara 23 Mac hingga 23 Mei lalu.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 14 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007, yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara seumur hidup atau penjara minimum lima tahun dan boleh dihukum sebat, jika sabit kesalahan.

Mereka turut didakwa mengikut Seksyen 12 akta sama dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, Pei Lin, Tze Hau dan juvana lelaki itu mengaku tidak bersalah bagi dua pertuduhan yang lain di hadapan Hakim Nor Aziati Jaafar.

Mereka didakwa mencapai niat bersama menghasilkan bahan penganiayaan seksual kanak-kanak terhadap dua mangsa remaja yang sama dalam bentuk video dan gambar.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 5 Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKSTK) 2017 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebat sehingga enam kali, jika sabit kesalahan.

Pada masa sama, seorang lagi ahli sindiket, Abdul Rahufur Rahim Idris, 30, mengaku tidak bersalah melakukan amang seksual bukan fizikal dengan cara menyuruh remaja perempuan itu melakukan aktiviti bersifat seksual terhadap remaja lelaki terbabit.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 15(f) AKSTK 2017 yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda sehingga RM20,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Perbuatan empat tertuduh itu didakwa dilakukan di rumah sama kira-kira jam 6 petang, 22 Mei lalu hingga 5 pagi, 23 Mei lalu.

Manakala, Chun Kit mengaku tidak bersalah bagi pertuduhan memiliki bahan penganiayaan seksual kanak-kanak sebanyak dua keping gambar dan dua video dalam telefon bimbit.

Bagi perbuatan yang didakwa dilakukan di rumah yang sama, kira-kira jam 11.20 pagi pada 20 Jun lalu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 10 AKSTK 2017.

Sabit kesalahan membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Nur Diyana Zubir dan Nur Farah Wahida Shahudin.

Peguam Muhammad Abd Kadir dan Gary Ng Boon Hui mewakili Chun Kit, Tze Hau dan Chee Fei, manakala peguam N Moganeysha mewakili Abdul Rahufur Rahim; Pei Lin dan juvana lelaki.

Chee Fei dikenakan ikat jamin sebanyak RM15,000, Pei Lin (RM30,000), Chun Kit (RM26,000), Tze Hau (RM35,000), juvana lelaki (RM20,000) dan Abdul Rahufur Rahim (RM6,000).

Mereka turut dikenakan syarat tambahan iaitu dilarang mengganggu saksi, melapor diri di balai polis berhampiran sebulan sekali dan pasport antarabangsa diserahkan kepada mahkamah.

Kedua-dua mahkamah menetapkan 13 Ogos, 14 Ogos dan 19 Ogos depan untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen.


Disiarkan pada: Julai 15, 2025    harian metro


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2026 04:36 PM GMT+8 , Processed in 0.416757 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list