CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 310|Reply: 0

[Johor] Johor, KKM setuju keperluan segera isi kekosongan jawatan kritikal di tiga hospital utama

[Copy link]
Post time 16-7-2025 07:58 AM | Show all posts |Read mode

ONN Hafiz, gambar fail. FOTO Bernama

Johor Bahru: Kerajaan Negeri Johor dan Kementerian Kesihatan (KKM) bersetuju terdapat keperluan segera untuk mengisi kekosongan jawatan, memperbaiki fasiliti serta menaik taraf kemudahan di tiga hospital utama di Johor bagi memperkukuh infrastruktur hospital dan kebajikan petugas.

Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, ia antara perkara yang dipersetujui dalam pertemuan dengan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad di Putrajaya hari ini.

Beliau berkata, pertemuan berkenaan memberi fokus kepada usaha memperkukuh pengoperasian tiga hospital utama, iaitu Hospital Sultanah Aminah (HSA), Hospital Sultan Ismail (HSI) dan Hospital Kulai.

"Hasil perbincangan turut mencapai persetujuan supaya Hospital Pasir Gudang (HPG) dan Klinik Kesihatan (KK) Cendana perlu diperkukuh dan ditambah tenaga kerja serta peralatan sebelum dijangka mula beroperasi pada awal tahun hadapan.

Bagi memastikan segala perancangan berjalan lancar, sebuah pasukan petugas khas akan ditubuhkan sebagai mekanisme penyelarasan dan pemantauan pelaksanaan pelan tindakan jangka pendek, sederhana dan panjang," katanya menerusi kenyataan di laman Facebook.

Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail yang sentiasa prihatin terhadap kebajikan serta kesejahteraan Bangsa Johor, khususnya dalam aspek kesihatan awam.

Onn Hafiz berkata, kerajaan negeri dan KKM sentiasa komited memperjuangkan hak rakyat untuk mendapatkan rawatan yang adil, cekap dan berkualiti serta menjaga kebajikan barisan hadapan yang menjadi tunjang sistem kesihatan.

Semalam, Onn Hafiz mendedahkan Johor berhadapan krisis kekurangan tenaga kerja kesihatan yang semakin kritikal, dengan seorang jururawat di Johor terpaksa menguruskan 10 hingga 14 pesakit dalam satu syif berbanding nisbah ideal 1:6 atau maksimum 1:8, khususnya di hospital-hospital utama.

Onn Hafiz berkata, keadaan itu membimbangkan kerana bukan sahaja menjejaskan moral petugas kesihatan, malah turut memberi kesan terhadap kualiti rawatan yang diterima pesakit.


Disiarkan pada: Julai 15, 2025 @ 11:16pm   harian metro


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2026 04:32 AM GMT+8 , Processed in 0.051841 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list