CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 3112|Reply: 17

[Tempatan] 'Sebagai orang Malaysia tak perlulah galak sangat sewakan rumah kepada warga asing'

[Copy link]
Post time 16-7-2025 12:52 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
bharian.com.my
Raja Noraina Raja Rahim
Julai 16, 2025 @ 8:42am




SERDANG: Penduduk Pangsapuri Putra Permai Selesa, Seri Kembangan di sini kecewa apabila kediaman didiami sejak 30 tahun lalu kini dikuasai pendatang asing tanpa izin (PATI) terutama etnik Rohingya.

Ali, 45, berkata pangsapuri empat tingkat dan mempunyai empat blok itu mula dibanjiri warga asing yang menyewa sejak 10 tahun lalu.


"Bila dah ramai (warga asing) di sini, kami pun rasa takut juga tapi nak buat macam mana rumah orang, mereka nak sewakan, tak kan nak marah orang pula.

"Harapan saya, kita sebagai orang Malaysia tak perlulah galak sangat nak sewakan rumah kepada orang asing.


"Nanti, kita juga yang tanggung akibat, jangan main-main dengan mereka, bila ramai mula besar kepala tak boleh kawal," katanya ketika ditemui Harian Metro di sini, malam tadi.


Menurutnya, golongan warga asing terbabit akan mula 'aktif' pada waktu malam hingga awal pagi dengan membuat bising seperti bersembang dan bertengkar antara suami isteri.

Katanya, pada waktu siang, mereka tidak kelihatan kerana majoritinya dipercayai bekerja di pasar borong berhampiran kawasan berkenaan.

Flet disewakan antara RM700-RM1,000 sebulan



Ali berkata, kebanyakan kediaman di pangsapuri itu disewakan kepada warga asing pada kadar antara kira-kira RM700 dan RM1,000.

"Mereka ini macam 'kelawar', siang duduk dalam rumah tapi malam keluar bersembang depan rumah, kadang-kadang menjerit dan bertengkar sampai saya perlu leraikan," katanya.

Seorang lagi penduduk, Amin, 31, baru sahaja berpindah ke kawasan itu setahun lalu dan baginya kebanjiran warga asing terbabit tidak mengganggu urusan hariannya.

"Apabila tengok mereka ramai kadang-kadang itu ada lah rasa risau, tapi selalunya mereka tidak kacau orang, lagi-lagi yang sudah berkeluarga.

"Kalau rumah bujang itu adalah sedikit mengganggu dari segi kebersihan kerana mereka agak kotor dan rumah bersepah," katanya.


|

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-7-2025 12:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by bpbbppbp at 16-7-2025 01:01 PM

Klau rumah brhntu or x brp selesa, org tempatan x sanggup. Tpi migrant sanggup je lgipun duk rmai2 x scary sgt kan
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2025 01:17 PM | Show all posts
Jangan kata rumah flat, IC pun ada yang bagi sewa rohingya buat beli moto. Sewa sebulan 50 hengget. Otak gred G.
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2025 04:19 PM From the mobile phone | Show all posts
saiya punya rumah...suka saiya apa mau buat la...asing worang kasi 'KINAK' u worang...bukan saiya punya masalah.Gomen pon tada marah.
                             
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2025 05:37 PM | Show all posts
Jika tidak menyewakan kepada Warga asing yang berjuta itu …Warga asing nak duduk dimana..mereka nak menyewa dimana?
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2025 05:40 PM | Show all posts
FOTHER-MUCKER replied at 16-7-2025 05:37 PM
Jika tidak menyewakan kepada Warga asing yang berjuta itu …Warga asing nak duduk dimana..mereka nak ...

Sepatutnya mereka tiada di sini.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-7-2025 05:46 PM | Show all posts
silance replied at 16-7-2025 01:40 AM
Sepatutnya mereka tiada di sini.

Jika orang Malaysia tidak memilih kerja sememangnya mereka tidak perlu berada di malaysia. Tetapi Malaysia yang memerlukan pekerja asing untuk bekerja di Malaysia.
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2025 10:01 AM | Show all posts
FOTHER-MUCKER replied at 16-7-2025 05:46 PM
Jika orang Malaysia tidak memilih kerja sememangnya mereka tidak perlu berada di malaysia. Tetapi ...

Org kita pemalas

hari ni keja esok cuti

alasan nenek kawen

anak sakit bini ngandung etc





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-7-2025 10:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Patutnya UNHCR tu buat le block bangunan sendiri utk pati2 diarg ni
Tak pun sewa keseluruhan kawasan utk mudah kawal selia
Yg puak2 lain dah majikan ambil biar majikan je yg control bab rumah mcm biasa
Aiol tgk yg tinggal dkt rumah yg disediakan oleh majikan diarg2 ni lg baik drpd puak yg datang tak berjemput tu
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2025 10:27 AM | Show all posts
TeropongThaico replied at 17-7-2025 10:20 AM
Patutnya UNHCR tu buat le block bangunan sendiri utk pati2 diarg ni
Tak pun sewa keseluruhan kawasan ...

boleh komplen kat majikan diorang... serang FB majikan segala,... alah yg macam korang selalu buat la bila ada hal/kes
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2025 11:04 AM From the mobile phone | Show all posts
white_musk replied at 17-7-2025 10:27 AM
boleh komplen kat majikan diorang... serang FB majikan segala,... alah yg macam korang selalu buat ...

Itu yg aiol ckp tu... Bila sewaan bawah majikan diarg ni elok2 je perangainya
Kawasan aiol takde pendatang ke pati ke hapa so mmg selamat
Yg aiol ckp ikut news tu ha... So org2 sana le patut buat report complaint
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2025 03:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Pekerja asing yg kerja company yg ok biasanya mereka behave tak bermasalah, budaya kerja yg ok buatkan pekerja itu ok meet requirement majikan. Pekerja asing yg tak boleh ikut majikan dan kerja yg bukan2 kerja kejap kerja sana sini mmg sejenis tak discipline ganggu org dan byk masalah
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2025 03:18 PM | Show all posts
dorang dulu kat kawasan bandar2 je
skrg kawasan kampung pun dah ramai
felda pun dah masuk..
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2025 06:50 PM From the mobile phone | Show all posts
FOTHER-MUCKER replied at 16-7-2025 05:46 PM
Jika orang Malaysia tidak memilih kerja sememangnya mereka tidak perlu berada di malaysia. Tetapi ...

Saiya bukan kija la abang..saiya meniaga sindiri sini Msia vole la...mau subsidi barang ka..kita bangla ada jual
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2025 12:40 AM | Show all posts
gigahertz replied at 17-7-2025 10:20 PM
negara maju macam German / Jepun macm mana handle kerja 3R ?

ndak tau jugak
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2025 12:59 AM From the mobile phone | Show all posts
gigahertz replied at 17-7-2025 10:20 PM
negara maju macam German / Jepun macm mana handle kerja 3R ?

Jepun pun ada mou dgn bangladesh utk bawa tenaga kerja ke sana
Bangladesh x kesah la sbb warga ramai depa mmg bergantung pada remittance dari negara asing
Antara negara yg senang dpt visa kerja utk bangladesh is Italy. Boleh je angkut satu family
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-7-2025 08:03 AM From the mobile phone | Show all posts
gigahertz replied at 17-7-2025 10:19 PM
kalau sorang mabuk . sorang bawak perempuan. sedar sedar
ada yang kena simen kat tandas.

Itulahh tuu yg mabuk2 ni bhya
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2025 09:59 AM | Show all posts
menyalak warga asing tu ini
rupanya sendiri pun sama tali barut
sebahagian orang la
serupa kedai aceh la
g tgk lesen belakang kaunter tu nama sapa sebelum nk meracau macam anjing gila
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-3-2026 04:36 PM GMT+8 , Processed in 0.346462 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list