CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
12Next
Return to list New
View: 3960|Reply: 39

[Tempatan] Penceroboh hutan simpan Ulu Langat akan diberi tanah 0.4 hektar seorang

[Copy link]
Post time 16-7-2025 01:48 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by Abahmung at 16-7-2025 01:59 PM

hmetro.com.my
Mahaizura Abd Malik dan ohammad Khairil Ashraf Mohd Khalid
[email protected]



Kuala Lumpur: Semua peneroka yang menceroboh Hutan Simpan Ulu Langat, Hulu Langat, Selangor sejak empat dekad lalu akan diberikan tanah seluas 0.404 hektar atau satu ekar sahaja.

Keputusan itu dibuat kepada mereka yang layak mengikut peraturan tanah semasa menggunakan senarai peneroka yang disahkan Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Hulu Langat.


Pada masa sama, Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS) diarahkan untuk membuat bancian semula bagi mendapatkan senarai peneroka yang masih hidup.

Exco Kesihatan Awam dan Alam Sekitar negeri, Jamaliah Jamaluddin berkata, bancian semula itu perlu memandangkan terdapat pemohon awal yang meninggal dunia.


"Setiap peneroka yang layak akan diberikan tanah seluas satu ekar (0.404 hektar) sahaja mengikut peraturan tanah semasa menggunakan senarai peneroka yang disahkan Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Hulu Langat.

"Kawasan ini kemudian akan diwartakan sebagai Tanah Rizab Melayu.

"Kerajaan negeri juga menegaskan, keputusan ini tidak boleh dijadikan sebagai rujukan (precedent) bagi permohonan kawasan hutan simpan yang lain," katanya dalam kenyataan kepada Harian Metro, semalam.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai isu penyelesaian penerokaan haram sejak 1980-an membabitkan kawasan seluas 154 hektar bagi pelbagai aktiviti seperti tapak perkemahan berbayar, pertanian dan penternakan ikan.

Mengulas lanjut, Jamaliah berkata, Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (MMKN) pada 5 Mac lalu menimbang dan meluluskan penyelarasan tindakan penyelesaian di kawasan berkenaan bagi memastikan penyelesaian jangka panjang lebih sistematik.

"(Kerajaan negeri) bersetuju untuk menyahwartakan sebahagian Kompartmen 10, 53 dan 54 dengan keluasan lebih kurang 43 hektar kepada PDT Hulu Langat sebagai tanah kerajaan bagi menyelesaikan isu pendudukan secara pemilikan berkelompok kepada peneroka terbabit.

"Satu mesyuarat penyelarasan juga diadakan di PDT Hulu Langat pada 10 Jun 2025 bagi membincangkan pelaksanaan penyahwartaan, penggantian kawasan hutan simpan dan penglibatan sesi pendengaran awam sebelum proses penyahwartaan dilaksanakan sepenuhnya," katanya.


Beliau berkata, tindakan penguatkuasaan bersepadu akan dilaksanakan terhadap pendudukan tanpa izin di luar kawasan itu dengan syarat kawasan yang dinyahwarta tidak membabitkan zon sensitif dan berisiko banjir.

"Semakan dan bancian JPNS mendapati dua kawasan utama terlibat iaitu di Kompartmen 10, 53 dan 54 mempunyai 120 struktur binaan serta kawasan pertanian tanpa kebenaran, manakala Kompartmen 79 merekodkan lima struktur binaan dengan aktiviti penerokaan sama.

"Hasil laporan JPNS juga mendapati kawasan ini terus berkembang dari semasa ke semasa dan sekiranya berterusan, boleh menjejaskan ekosistem hutan, kestabilan cerun, sumber air bersih, biodiversiti serta memberi kesan terhadap keselamatan penduduk sekitar.

"Selain itu, maklum balas Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) juga mendapati terdapat penempatan terlalu hampir dengan kawasan sungai yang berisiko terdedah kepada bencana seperti kepala air dan banjir yang boleh mengancam nyawa serta harta benda," katanya.

Katanya, kerajaan negeri menyatakan komitmen untuk menangani isu ini dengan teliti kerana kesan yang berlaku kini adalah warisan kelemahan pentadbiran lalu yang tidak mengambil tindakan sewajarnya sehingga keadaan berlarutan tanpa penyelesaian muktamad.

"Aktiviti yang dijalankan tanpa kebenaran ini perlu dijelaskan kerana kawasan itu adalah kawasan larangan atas faktor keselamatan dan pemeliharaan alam sekitar.

"Kerajaan negeri juga akan mendengar pandangan semua pihak, menyemak dokumentasi serta data berkaitan supaya keputusan yang dibuat sama ada berkaitan penguatkuasaan, pemindahan atau penempatan semula mengambil kira aspek sosial, kebajikan penduduk dan kesejahteraan generasi akan datang.

"Isu ini mesti ditangani secara menyeluruh dengan mengambil kira keseimbangan antara keperluan alam sekitar, keadilan sosial dan kesejahteraan masyarakat, tanpa dipolitikkan," katanya.

Harian Metro dalam laporan bersiri sejak 10 Julai lalu mendedahkan sebanyak 154 hektar daripada 13,844 kawasan Hutan Simpan

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-7-2025 03:52 PM From the mobile phone | Show all posts
sapa mereka2 dapat ni???
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2025 04:11 PM | Show all posts
Aku pernah kata masa isu musang king tengah meletop dulu, peneroka dapat tanah free ni bukan perkara baru.
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2025 05:44 PM | Show all posts
untung aiihhh
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2025 06:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Wow, kalau mcm tu boleh jd precedent case for other pencerobohan tanah
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2025 10:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Dekat fb, ramai pensokong yang kutuk maki melayu yang hunus parang dekat kampung pandan

Tapi isu camni dorang senyap pulak ye

Memang dua2 salah.. tapi kita nampak la isu mana yang dorang ambil peduli.. dari situ dah nampak dah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-7-2025 10:10 PM From the mobile phone | Show all posts
mejaputih replied at 16-7-2025 06:34 PM
Wow, kalau mcm tu boleh jd precedent case for other pencerobohan tanah

Kena letak klausa "without prejudice"
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2025 11:00 PM | Show all posts
mejaputih replied at 16-7-2025 06:34 PM
Wow, kalau mcm tu boleh jd precedent case for other pencerobohan tanah

"Kerajaan negeri juga menegaskan, keputusan ini tidak boleh dijadikan sebagai rujukan (precedent) bagi permohonan kawasan hutan simpan yang lain," katanya dalam kenyataan kepada Harian Metro, semalam.

Yo lah.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-7-2025 11:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Konoha ramai ceroboh tanah situ
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2025 07:59 AM | Show all posts
jom la kite amik mana2 tanah sukati..dah mcm xvalid undnag2 kt msia ni
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2025 09:00 AM From the mobile phone | Show all posts
mejaputih replied at 16-7-2025 06:34 PM
Wow, kalau mcm tu boleh jd precedent case for other pencerobohan tanah

Kerajaan negeri juga menegaskan, keputusan ini tidak boleh dijadikan sebagai rujukan (precedent) bagi permohonan kawasan hutan simpan yang lain," katanya dalam kenyataan kepada Harian Metro, semalam.
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2025 09:01 AM From the mobile phone | Show all posts
adeqbun replied at 18-7-2025 07:59 AM
jom la kite amik mana2 tanah sukati..dah mcm xvalid undnag2 kt msia ni

4 dekad dah dorg teroka.....
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2025 09:18 AM | Show all posts
cm kuil haram free2 dpt tanah nilai RM10juta
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2025 09:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Cuba check sijil lahir peneroka. Mesti kaum kerabat nusaroyot teboyot boyot
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2025 09:38 AM | Show all posts
kenapa peneroka yang ceroboh tanah bukan milik sendiri secara sah ni tak di hukum penjara ye? bukan ke dia dah menceroboh?

pastu dapat tanah ganti?

sebab diorang ada bayar denda juta2 ke?

iols kurang jelas iya sister..

motif pejabat tanah tak ambik tindakan selama 40 tahun tu? dapat duit tepi kah?
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2025 10:27 AM | Show all posts
axl_bach replied at 18-7-2025 09:00 AM
Kerajaan negeri juga menegaskan, keputusan ini tidak boleh dijadikan sebagai rujukan (precedent) b ...

ok iols purcayaaaa....hihi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-7-2025 10:39 AM | Show all posts
peneroka2 situ mostly ic merah je asal2 nya...
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2025 10:40 AM From the mobile phone | Show all posts
hyie replied at 18-7-2025 09:38 AM
kenapa peneroka yang ceroboh tanah bukan milik sendiri secara sah ni tak di hukum penjara ye? bukan  ...

Itulah dia nyer. Sampai skarang aku tak paham konsep bayar/beri pampasan kpd org yg teroka/ceroboh?..
Tak faham kat mana logiknya
Umpama kita masuk duduk tanah org tu pastu bila org tu nk ambil majukan tanah tu, tuan tanah kena bayar duit pampasan kat kita pulak ke? Ganti rugi sebab ceroboh....
Alahaiiiiii masih aku gagal faham
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2025 10:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Mcm org luar ceroboh tempat kita
Lepas tu dgn rasa senang hati kita bayar duit pada pencoroboh
Bukankah itu menggalakkan org lain buat benda yg sama
Baiknya kera jaan
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2025 11:20 AM | Show all posts
Ai_kiu replied at 18-7-2025 10:40 AM
Itulah dia nyer. Sampai skarang aku tak paham konsep bayar/beri pampasan kpd org yg teroka/ceroboh ...

Sebab lambat buat kerja kot. Orang dah beranak pinak bercucu 40 taun.....
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-4-2026 04:11 AM GMT+8 , Processed in 0.055036 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list