CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 300|Reply: 0

[Johor] Kastam rampas 3.825 kg ganja dalam dua serbuan

[Copy link]
Post time 16-7-2025 06:11 PM | Show all posts |Read mode


DADAH yang ditemui dalam bungkusan kurier di Pekan Nanas. FOTO Ihsan JKDM Johor

Johor Bahru: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Johor mematahkan dua cubaan pengedaran dadah membabitkan rampasan keseluruhan sebanyak 3.825 kilogram (kg) ganja dalam serbuan berasingan di Pekan Nenas dan Terminal Feri Batu Pahat, bulan lalu.

Pengarah JKDM Johor Aminul Izmeer Mohd Sohaimi berkata, dalam operasi pertama pada 5 petang 21 Mei lalu, sepasukan anggota dari Cawangan Narkotik Johor berjaya mengesan aktiviti pengedaran dadah menggunakan perkhidmatan kurier di kawasan Pekan Nenas.

Menurutnya, pemeriksaan terhadap dua bungkusan mencurigakan yang dihantar melalui perkhidmatan itu menemui dua ketulan mampat yang disyaki ganja seberat 130 gram dan 97 gram.

"Susulan itu seorang lelaki disyaki bertindak sebagai penghantar ditahan untuk siasatan lanjut.

"Pemeriksaan lanjut membawa kepada penemuan sebuah beg warna hitam mengandungi tumbuhan disyaki ganja seberat 55 gram, tiga botol alat penghisap dadah serta satu alat pengisar

"Jumlah rampasan keseluruhan bagi kes pertama itu dianggarkan seberat 762 gram dengan nilai pasaran sekitar RM22,860.

"Dalam serbuan itu juga, sebuah motosikal yang dipercayai digunakan dalam kegiatan terbabit turut disita dengan nilai anggaran RM10,000," katanya dalam satu kenyataan media di sini, hari ini.

Menurut Aminul Izmeer, operasi kedua yang dilakukan pada 8 malam 5 Jun lalu oleh sepasukan anggota Unit Marin dari Cawangan Penguatkuasaan Batu Pahat menyerbu kawasan hutan paya bakau berhampiran Terminal Feri Batu Pahat.

Katanya, serbuan terhadap sebuah bot tidak berdaftar yang ditambat di kawasan berkenaan menemui tiga ketulan mampat ganja disorok dalam bungkusan teh cina di bahagian hadapan bot berkenaan.

"Dadah yang dirampas itu dianggarkan seberat 3.063 kg dengan nilai pasaran RM98,016.

"Sebuah bot yang digunakan untuk kegiatan pengedaran turut disita dengan nilai anggaran RM4,000," katanya.

"Modus operandi sindiket ini menggunakan laluan air bagi mengelak dikesan pihak berkuasa," katanya.

Menurutnya, kedua kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana mengedar dadah berbahaya.


Disiarkan pada: Julai 16, 2025 @    harian metro


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2026 09:07 PM GMT+8 , Processed in 1.484798 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list