CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: unekspekted_XII

Untold History : The Lost Samurai Contingent of Malacca

[Copy link]
 Author| Post time 8-6-2011 05:25 PM | Show all posts
Reply 40# blacksun

aku rase.. dorang tak balik.. sebab :

zaman Anjiro : 1547... dah ade Samurai kat Melaka


50 tahun lepas tu.. 1606.. "Samurai2" ni yg tolong protuguese pertahankan benteng darat.. = also meaning that.. anak2 keturunan samurai zaman Anjiro


For sure.. dorang tak balik Jepun lepas Jepun Nagoya menakluk Jepun Okinawa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-6-2011 05:34 PM | Show all posts
<------- tapi.. jepun yang ni balik jepun lepas kene lempang
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2011 06:16 PM | Show all posts
Reply  blacksun

aku rase.. dorang tak balik.. sebab :

zaman Anjiro : 1547... dah ade Samurai  ...
unekspekted_XII Post at 8-6-2011 17:25




Okinawa bukan Jepun.... dia macam Orang Filipina dan Formosa (Taiwan)
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2011 06:22 PM | Show all posts
Reply 42# unekspekted_XII

dia balik jepun pastu kene hukum gantung kat filipina kan?
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2011 06:34 PM | Show all posts
Reply  blacksun

aku rase.. dorang tak balik.. sebab :

zaman Anjiro : 1547... dah ade Samurai  ...
unekspekted_XII Post at 8-6-2011 17:25



Kebanyakan Diorang Berkhidmat Kerajaan Ayutthaya dan Ketua (Kapal Mohor Merah) Yamada Nagasama dilantik menjadi Gabenor di Patani kalau tak silap..... selepas tuh berlaku peristiwa pembunuhan Yamada Nagasama (Diracun) banyak Samurai di hukum bunuh.. dan ada sesetengah tuh melarikan diri ke Kemboja....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2011 06:44 PM | Show all posts
Samurai yang beragama Kristian kebanyakannya dah Tak boleh balik kat Jepun....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-6-2011 06:48 PM | Show all posts
Strange names of God : the missionary translation of the Divine Name and the ...
By Sangkeun Kim


http://books.google.com.my/books ... Malacca&f=false
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2011 06:53 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-6-2011 07:13 PM | Show all posts
unek ada kaitan x jepun zaman melaka ni dgn jepun kat johor dlm thread ko yg dlu
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2011 02:32 AM | Show all posts
Dalam usaha membangunkan sebuah negara dan bangsa perlunya kerjasama..Begitu juga dengan usaha untuk menangkis serangan-serangan luar..
Tanpa kerjasama dan persepakatan yang teguh,tak mustahil untuk sesebuah negara dan bangsa itu musnah menyembah bumi..Buktinya Kerajaan Melayu Melaka...

Melayu Melaka dulu2..



Adakah ini waris Kesultanan Melayu Melaka??



Portugis sebenarnya dibantu oleh kerajaan-kerajaan kecil dari Siam, Jawa dan Sumatera yang tidak berpuas hati dengan Melaka dari dahulu lagi. Ditambah dengan askar upahan dari Goa, Siam dan Jawa serta bantuan pembelot dari dalam iaitu pedagang Jawa dan Cina, menambah kejayaan Portugis menawan Melaka. Siapa tidak kenal dengan pembelot Melaka, saudagar Jawa yang bernama Utimutiraja. Disebabkan rasa tidak puas hati dan inginkan emas dalam istana, dia mengarahkan hamba-hambanya yang seramai 5000 orang memihak kepada Portugis. Pendapat mengatakan Utimutiraja akhirnya dibunuh oleh Portugis kerana bimbang beliau akan belot kali ke-2.Siapa Utimutiraja nie??

Mana mungkin Melaka yang pernah digelar ‘Venice of East’ ditawan dengan mudah?So,fikir-fikirkan...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-6-2011 09:33 AM | Show all posts
Reply 50# 7teen

"nenachettu"
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2011 11:55 AM | Show all posts
Reply 51# unekspekted_XII

utimutiraja tu nenachattu? sama org? kesultanan melaka tak bertahan lama, sebab adanya pengkhianat sesama bangsa
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2011 12:34 PM | Show all posts
Post Last Edit by 7teen at 9-6-2011 12:44

Reply 51# unekspekted_XII

Terima kasih..uneks..Owh,jadi Utimutiraja tue neena chettu erk?Tak pernah dengar tentang Utimutiraja nie..


Nak share dengan forumers lain..Apa yang aku jumpa..
Siapakah sebenarnya Utimutiraja?


Siapakah Nina Chatu?
Menurut buku Albuquerque: Caesar Timur (1995:129):


“Nina Chatu ialah penganut agama Hindu, Saudagar Keling yang telah banyak meringankan penderitaan Auraujo dan rakan-rakan banduan di Melaka. Beliau telah dilantik menjadi Shahbandar bagi saudagar-saudagar Hindu oleh Albuquerque pada tahun 1511 dan membunuh diri pada tahun 1514”

Nyata, beliau seorang pengkhianat. Beliaulah yang banyak membantu Auraojo hingga akhirnya Auraujo dibebaskan (membebaskan diri) dari penjara dan membawa perkhabaran kepada Portugis yang akhirnya membawa kepada penyerangan Melaka pada tahun 1511.


Dalam novel 1515, dijelaskan bahawa Nina Chatu dan orang-orangnya berperanan dalam menyeludup surat-surat Auraujo semasa Auraujo dalam penjara.


“Waktu itu Albuquerque sering berhubung dengan budak-budak Nina Chatu, orang Keling penganut Hindu yang banyak menyeludupkan surat-surat Auraujo dan teman-temannya kepada Albuquerque” (1515:61-62)


Pengkhianatan Nina Chatu sememangnya tidak dijangka oleh Sultan Melaka memandangkan Nina Chatu merupakan saudasgar yang amat rapat hubungannya dengan Sultan Ahmad.


“Nina Chatu, air kalau keruh, tentu ikan limbat galak keluar bermain. Kau tidak tahun Nina Chatu itu pembelot paling khianat. Tidak ramai yang menyangka kerana Sultan Ahmad sendiri akrab dengannya dalam hal-hal niaga” (1515:62)




Kematian Nina ChatuTidak seperti Tuan Bandan yang kematiannya amat jelas. Kematian Nina Chatu menimbulkan persoalan kepada saya. Walaupun dalam novel 1515 dinyatakan bahawa Nina Chatu akhirnya menemui ajal di hujung golok Sultan Mahmud (Baca kisah Nina Chatu dibawa ke Istana dan di bunuh oleh Sultan Mahmud dalam novel 1515, ms: 161-164)

“Sultan Mahmud bingkas berdiri, mencapai golok di dinding istana dan melempar dengan sekali baling terbenamlah ke dalam tenggorokan Nina Chatu. Menggelupur keling itu di atas lantai istana, menitik darahnya ke bumi menerusi celah-celah kayu”


Namun hakikatnya, Nina Chatu mati akibat membunuh diri pada tahun 1514 iaitu setelah dilantik sebagai Shahbandar bagi saudagar-saudagar Hindu selepas Melaka di takluki Portugis. Perlantikan tersebut tentulah sebagai penghargaan dari Portugis atas sumbangannya jasanya.



Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2011 12:51 PM | Show all posts
Post Last Edit by 7teen at 9-6-2011 13:00

Satu lagi versi copy paste yang aku jumpa dari sebuah blog..Blog nie panas jugaklah...Kuat politik...

Portugis mulanya datang ke Melaka untuk berdagang. Mereka meminta tanah untuk didirikan gudang. Melihat cara diplomasi yang baik antara Bendahara dan Portugis. Kitul mula berdengki. Kitul memfitnah Bendahara menerima suapan berbentuk kalung dari Portugis kepada Sultan. “Kita perlu menjalin hubungan baik dengan saudagar India dan Cina untuk mendapatkan maklumat yang kita perlukan. Tetapi jauhi saudagar Arab dan Melayu kerana mereka tidak akan mahu memberikan kerjasama,” kata De Sequeira. Portugis mula percaya orang seperti Kitul boleh beri kejayaan kepada Portugis di Melaka.

De Sequeira (juragan kapal Portugis) pulang semula ke Portugis dan meninggalkan anak anak kapalnya membina gudang di Melaka. Lama-kelamaan, gudang itu bertukar bentuk menjadi kubu. Bila disedari ianya kubu, gudang Portugis dibakar dan diserang oleh Melaka. Portugis menjadi marah dan mengutus angkatan perang menyerang Melaka.



Angkatan laut Portugis yang pertama menyerang Melaka diketuai oleh Gonzalo Pereira. Dengan kekuatan tujuh buah kapal, sepuluh buah gali panjang dan tiga belas buah fusta, angkatan Gonzalo Pereira ini tidak sempat menginjak kaki ke bumi Melaka kerana kehandalan Tun Hasan Temenggung dan kebijaksanaan Bendahara Melaka. Portugis gagal. Namun Portugis yang pada awalnya hanya datang berdagang pada 1509, mula mencari titik kelemahan kerajaan Melayu Melaka.

Siapa yang Portugis gunakan untuk pecah belahkan orang Melayu ketika itu? Pelbagai bangsa dari Arab, Parsi, Gujerat, Cina berdagang di Melaka pada ketika itu. Yang menjadi tali barut kepada kerajaan Melayu Melaka ialah Datuk Syahbandar Melaka iaitu Raja Mendeliar (keturunan Keling, peranakan India Singapura). Portugis tahu konflik antara Sultan dan Bendahara. Sultan berkenan dengan Tun Fatimah, tetapi Bendahara mengahwinkan cepat cepat anaknya dengan Tun Ali, tunangan Tun Fatimah. Hubungan Sultan dan Bendahara bertambah kusut akibat Tun Fatimah.




Untuk menyemarakan lagi konflik, api fitnah ditambah untuk mengusutkan lagi hubungan Sultan dan Bendahara. Seorang saudagar bernama Nina Sura Dewana pergi menghantar wang suap kepada Bendahara untuk melindungi kedainya. Bendahara menerima wang suap itu.

Perkara ini diketahui oleh Si Kitul (seorang lagi Keling). Si Kitul memberitahu Raja Mendeliar bahawa Nina Sura Dewa telah merasuah Bendahara. Kitul dan Raja Mendeliar kemudian membuat konspirasi menjatuhkan Bendahara. Mereka berdua berpakat menggunakan Laksamana Koja Hasan (seorang yang sangat dipercayai Sultan) untuk mendapat peluang mengadap Sultan. Raja Mendaliar menyatakan Bendahara sedang membuat singgahsana yang bersalut emas dan merancang untuk merampas takhta Sultan.




Mendengarkan cerita Raja Mendeliar, Sultan tanpa usul periksa lagi terus menitahkan Tun Sura Diraja dan Tun Indera untuk membunuh Bendahara. Tanpa usul periksa, fitnah Kitul dan Mendeliar terus dipercayai Sultan. Turut dibunuh ialah Tun Hasan Temenggung, Seri Nara Diraja dan Tun Ali. Emas Bendahara diangkut ke Istana, Tun Fatimah diambil menjadi isteri Sultan. Melaka hilang Bendahara yang bijak mentadbir negeri dan panglima perang yang mengalahkan serangan pertama Portugis.

Pada awal Julai 1511, Melaka diserang pula oleh armada Portugis yang diketuai oleh Alfonso De’ Albuquerque. Baru sahaja angkatan perang Portugis sampai, Sultan Mahmud Syah telah mengutus utusan naik ke kapal Portugis menyatakan bahawa orang yang bersalah (Bendahara) membakar gudang Portugis sudah dihukum bunuh. Sultan minta berdamai, tetapi Portugis meminta agar tawanan Portugis dibebaskan. Sultan gagal membebaskan tawanan. Akhirnya sesudah serangan selama sepuluh hari sepuluh malam, Melaka akhirnya jatuh ke tangan Portugis




Akibat percayakan cakap Mendeliar dan Kitul (Keling), Sultan telah membunuh Bendahara Tun Mutahir dan Laksamana Melaka. Akhirnya, bila orang Melayu Melaka berpecah dan bergaduh sesama sendiri akibat “emas” dan “wanita”, orang luar mengambil kesempatan menjajah negeri Melayu. Musim pemilihan tiba lagi. Majoritinya mengutamakan pemilihan bukan pemulihan. Dulu emas yang dikejar, sekarang yang dikejar ialah “projek”. Cantas mencantas, pijak kepala kawan dan makan keliling sudah menjadi kebiasaan pada sesetengah manusia. Ada juga yang bersikap macam Kitul, Mendeliar, Nina Chatu dan Utimutraraja.

Jika kita tidak mengambil pengajaran, suatu hari kita akan diajar oleh perbuatan kita sendiri. Moga kita semua dijauhkan dari sifat Kitul dan Mendeliar. 1402-1511, hanya 109 tahun bertahan sebagai kerajaan, Melaka jatuh. Malaysia baru 51 tahun. Apakah akan berlaku pada tahun 2066, ketika usia kemerdekaan adalah 109 tahun? Berapa ramai lagi anak Melayu yang sanggup pertahankan identiti bangsanya sendiri? Jangan disebabkan fitnah, kerajaan Melayu jatuh sekali lagi.


Nie link ke blog tue...http://ini-yang-aku-rasa.blogspot.com/2010/10/siapa-si-kitul-dan-raja-mendeliar.html
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2011 09:03 AM | Show all posts
Reply  unekspekted_XII

utimutiraja tu nenachattu? sama org? kesultanan melaka tak bertahan lama, ...
zaharul_asriq94 Post at 9-6-2011 11:55


nenachattu bukan keturunan jawa. dia keturunan mamak..

maksudnya ada beberapa orang yang belot..patutlah melaka kalah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-6-2011 09:17 AM | Show all posts
"Nenachettu" lerr pembelot utame.

"Utimuraja" ade 2 muka.. satu baik dan satu jahat.. last2 dia belot balik Portuguese, tapi kene hukum bunuh..

"nenachettu" pulak.. sebab tamakkan pangkat "Bendahara".. portuguese pun semak tengok dia sebab gile kuase .. last2 dia bunuh diri dengan bakar diri sendiri
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-6-2011 12:50 PM | Show all posts
Jadinya Tinggalan para Samurai kat Tanah Melayu ini ialah '' Pedang Jenawi ''
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2011 08:37 PM | Show all posts
nak sangat jadi pembelot, mati pun cara hina.....
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2011 03:20 PM | Show all posts
Itulah balasan paling sesuai utk si pembelot!

Siapakah si kitul, Ninachettu dan Utimutiraja zaman skrg??
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2011 11:29 AM | Show all posts
wah...kes sejarah melaka nie... kot ade dah politik msia ke arah begitu... melayu bergaduh...bangsa lain tunggu je macam "kitul, Ninachettu dan Utimutiraja"
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 11:33 PM GMT+8 , Processed in 0.353763 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list