CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 1592|Reply: 5

[Tempatan] Bukan Pahang:Kerajaan Selangor beri satu ekar tanah kepada peneroka haram Ulu Langat.

[Copy link]
Post time 17-7-2025 08:15 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by YgBenar at 17-7-2025 08:17 AM

Peneroka Haram Hutan Simpan Ulu Langat Dapat Tanah 1 Ekar Seorang
Kerajaan Selangor beri satu ekar tanah kepada peneroka haram Ulu Langat.


Jamaliah juga maklumkan yang kawasan tersebut akan diwartakan sebagai Tanah Rizab Melayu


Lepas lebih 40 tahun terbiar tanpa penyelesaian, akhirnya isu peneroka haram di Hutan Simpan Ulu Langat berjaya dirungkai.

Kerajaan Negeri Selangor memutuskan setiap peneroka yang layak akan diberi tanah seluas 0.404 hektar atau satu ekar sahaja.


Itu pun ikut peraturan tanah semasa serta senarai peneroka yang disahkan oleh Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Hulu Langat.

Setiap peneroka yang layak akan diberikan tanah seluas satu ekar (0.404 hektar) sahaja mengikut peraturan tanah semasa menggunakan senarai peneroka yang disahkan Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Hulu Langat.- Kata Exco Kesihatan
Awam dan Alam Sekitar, Jamaliah Jamaluddin.

Kes ini melibatkan kawasan seluas 154 hektar yang dah diteroka sejak tahun 1980-an lagi, antaranya untuk pertanian, ternakan ikan dan tapak perkemahan berbayar


Menurut Jamaliah lagi, kerajaan negeri bersetuju menyahwartakan sebahagian Kompartmen 10, 53 dan 54, seluas kira-kira 43 hektar kepada PDT Hulu Langat sebagai tanah kerajaan untuk diserahkan kepada peneroka secara berkelompok.

Mesyuarat penyelarasan turut diadakan 10 Jun lalu bagi bincangkan langkah pelaksanaan penyahwartaan, penggantian kawasan hutan dan pendengaran awam sebelum apa-apa proses dimuktamadkan.

JPNS mendapati ada 120 struktur binaan haram dan kawasan pertanian tanpa kebenaran dalam tiga kompartmen utama tersebut. Di Kompartmen 79 pula, terdapat lima struktur binaan tambahan.

Pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) turut maklumkan ada kawasan yang terlalu hampir dengan sungai dan berisiko tinggi banjir dan kepala air.

Jamaliah kata, aktiviti pencerobohan ini bukan saja mengganggu ekosistem, tapi juga ancam kestabilan cerun, sumber air, dan biodiversiti. Malah ia boleh mengancam nyawa dan keselamatan penduduk jika tak dikawal.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-7-2025 10:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Kasi kat type M kan? It's sokay. Ini negeri ada banyak undang2, salah bagi mu, tak salah bagi ku.
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2025 11:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah dibagi
Ambil je la
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2025 01:41 PM | Show all posts
Sementara di lokasi lain, ada yang kena ambil tanahnya hanya kerana keyelsisi view.
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2025 04:40 PM From the mobile phone | Show all posts
"Kita sini Bukit Malut,Selayang suda lama...kasi kita Langkawi sama Selayang la"-Rohingya
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2025 05:46 PM | Show all posts
@Italian Brainrot Clicker It's wild how illegal settlers ended up getting land after all these years. Hope the environment and safety concerns won't be ignored now.
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2026 06:11 AM GMT+8 , Processed in 0.072424 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list