|
View: 4579|Reply: 32
|
[Jenayah]
Scammer Hidap Penyakit Lupus, Stres Buat Keadaan Lebih Teruk, Cari Ubat Tanpa Steroid Untuk Jangka Panjang!
[Copy link]
|
|
|
Scammer mengejutkan orang ramai apabila mendedahkan bahawa beliau kini berdepan ujian besar dalam hidupnya
Ia selepas beliau disahkan menghidap penyakit autoimun lupus atau nama penuhnya Systemic Lupus Erythematosus (SLE).
Dalam satu hantaran penuh emosi di Instagram, Vivy Sofinas Yusof, 38 tahun, berkongsi bahawa penyakit ini bukan bersifat sementara, sebaliknya satu pertempuran jangka panjang yang akan menjadi sebahagian daripada hidupnya buat selama-lamanya.
"Lupus bermaksud serigala yang memberi gambaran betapa penyakit ini menakutkan. Secara asasnya, menyakitkan badan anda dari dalam. Anda mungkin tak sedar kerana wujud menerusi simptom seperti keletihan, ruam atau sakit sendi.
"Stres adalah musuh utama, saya fikir saya sudah menguruskan stres saya dengan baik sebagai seorang usahawan. Saya jarang jatuh sakit dan saya selalu optimis. Tetapi, saya tidak tahu bahawa badan saya sebenarnya sedang runtuh dari dalam," katanya.
Reda lepas dikesan penyakit itu, boleh usaha mencari jalan untuk merawat
Bagaimanapun, Vivy rasa bersyukur kerana dapat tahu menghidap penyakit tersebut dan boleh mencari jalan untuk merawatnya.
"Saya bersyukur saya disahkan menghidap penyakit itu. Jadi, saya tahu bagaimana hendak merawatnya.
"Saya diberitahu ia adalah penyakit seumur hidup di mana saya sudah reda menerimanya. Tetapi, saya sentiasa mencari pilihan rawatan yang tidak membabitkan pengambilan steroid untuk jangka masa panjang," katanya.
Vivy juga dilihat kembali berkongsi mengenai kehidupannya bersama pengikut dalam media sosial selepas mengambil masa seketika untuk dirinya sendiri.
Selepas mengambil keputusan untuk mengaktifkan mod privasi di Instagram peribadinya, Datin Vivy Yusof kini kembali di platform media sosial menerusi akaun baharu @sincerelyvivy.
Akaun ini diwujudkan khusus sebagai ruang untuk beliau berkongsi sisi peribadi termasuk perjuangannya melawan penyakit autoimun lupus.
Melalui catatan terbarunya, Vivy berkongsi pelbagai pengalaman serta cabaran kesihatan yang dihadapinya sejak disahkan menghidap lupus, satu penyakit yang menyerang tisu dan organ dalam badan secara senyap.
Vivy dan suaminya, Datuk Fadzarudin Shah Anuar, sebelum ini didakwa di mahkamah atas pertuduhan pilihan berkaitan pecah amanah dana pelaburan milik Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) berjumlah RM8 juta, yang dikatakan berlaku kira-kira enam tahun lalu.
Sesiapa sahaja boleh menghidap lupus, statistik menunjukkan ia lebih kerap berlaku dalam kalangan wanita terutamanya mereka yang berusia antara 15 hingga 50 tahun.
Penyakit ini juga memberi impak besar terhadap kesihatan mental, termasuk gejala kegelisahan dan kemurungan, yang sering kali tidak kelihatan dari luar.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Scammer mengejutkan orang ramai apabila mendedahkan bahawa beliau kini berdepan ujian besar dalam hidupnya
Ia selepas beliau disahkan menghidap penyakit autoimun lupus atau nama penuhnya Systemic Lupus Erythematosus (SLE).
 |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
SLE klu kritikal leh dpt bantuan mysalam, rm8k lump sum |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Tak terminal pun kena lupus kan, bukan macam kanker yang kalau kena and worse, dah stage 4 terus bagaikan death sentence gitu. Post macam teruk sangat sakit kau tu ntah2 mild lupus jah. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
selena gomez pun ada sakit yg sama kan... |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Bila masa pula Vivy Yusof adalah scammer? |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalau ikut Dr Razin semua penyakit boleh sembuh dgn kaedah FF72
Reverse diet dgn eat right bukan eat clean..
Ambik protein bukan karbo... |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
treatment dia pun boleh claim LHDN.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
aah if you get treatment and manage the symptoms, insyaAllah umur 80 pun masih sihat.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
wow thank you .. ada benda untuk buat research skit nant..  |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
dua_chzy replied at 18-7-2025 09:14 AM
Tak terminal pun kena lupus kan, bukan macam kanker yang kalau kena and worse, dah stage 4 terus bag ...
Kakak aku kne cancer tahap 4, ubat pun kne beli luar tiada subsidi kerajaan |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
vespa_oren replied at 18-7-2025 08:14 AM
Kakak aku kne cancer tahap 4, ubat pun kne beli luar tiada subsidi kerajaan
Macik meols dah selamat meninggalkan dunia minggu lepas selepas setahun berjuang lawan kanser payudara. If possible la kan, kalau doktor suruh buang apa2 (in makcik meols punya case, payudara) jangan buat. Ni la cara mak meols survive dulu bila doktor detect hado kanser dalam rahim sheol pehtu doktor soh buang tapi sheol berkeras tamau. Pernah meols terbaca pasal kanser ni macam sarang tebuan, if dikacau, tersebar 1 badan. Tapi kemo, makan ubat, teruskan saja. Sambil iktihar rawatan alternatif.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Ya betul...
kalau ikut Dr Razin juz makan 4 jenis minyak tu je dulu...nanti akan rasa proses nyahtoksin dan badan akan membuat perkumuhan utk bagi kesegaran semula dan strukturkan balik segalanya...
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
dua_chzy replied at 18-7-2025 09:14 AM
Tak terminal pun kena lupus kan, bukan macam kanker yang kalau kena and worse, dah stage 4 terus bag ...
Tgk how aggresive n which organ yg kena...takleh sembarangan nak cuba2 la..kaloo kena organ mc buah pinggang ke..paru2 je..nayer la... |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|