CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
1234Next
Return to list New
View: 4539|Reply: 68

[Edisi Cash?] Vivy Scammer Yusof Hidap Penyakit Lupus!

[Copy link]
Post time 18-7-2025 08:54 AM | Show all posts |Read mode


Pengasas jenama terkenal dan platform e-dagang FashionValet, Datin Vivy Yusof mengejutkan ramai apabila mendedahkan bahawa beliau kini berdepan ujian besar dalam hidupnya

Ia selepas beliau disahkan menghidap penyakit autoimun lupus atau nama penuhnya Systemic Lupus Erythematosus (SLE).

Dalam satu hantaran penuh emosi di Instagram, Vivy Sofinas Yusof, 38 tahun, berkongsi bahawa penyakit ini bukan bersifat sementara, sebaliknya satu pertempuran jangka panjang yang akan menjadi sebahagian daripada hidupnya buat selama-lamanya.

"Lupus bermaksud serigala yang memberi gambaran betapa penyakit ini menakutkan. Secara asasnya, menyakitkan badan anda dari dalam. Anda mungkin tak sedar kerana wujud menerusi simptom seperti keletihan, ruam atau sakit sendi.

"Stres adalah musuh utama, saya fikir saya sudah menguruskan stres saya dengan baik sebagai seorang usahawan. Saya jarang jatuh sakit dan saya selalu optimis. Tetapi, saya tidak tahu bahawa badan saya sebenarnya sedang runtuh dari dalam," katanya.

Reda lepas dikesan penyakit itu, boleh usaha mencari jalan untuk merawat

Bagaimanapun, Vivy rasa bersyukur kerana dapat tahu menghidap penyakit tersebut dan boleh mencari jalan untuk merawatnya.

"Saya bersyukur saya disahkan menghidap penyakit itu. Jadi, saya tahu bagaimana hendak merawatnya.

"Saya diberitahu ia adalah penyakit seumur hidup di mana saya sudah reda menerimanya. Tetapi, saya sentiasa mencari pilihan rawatan yang tidak membabitkan pengambilan steroid untuk jangka masa panjang," katanya.

Vivy juga dilihat kembali berkongsi mengenai kehidupannya bersama pengikut dalam media sosial selepas mengambil masa seketika untuk dirinya sendiri.

Selepas mengambil keputusan untuk mengaktifkan mod privasi di Instagram peribadinya, Datin Vivy Yusof kini kembali di platform media sosial menerusi akaun baharu @sincerelyvivy.

Akaun ini diwujudkan khusus sebagai ruang untuk beliau berkongsi sisi peribadi termasuk perjuangannya melawan penyakit autoimun lupus.

Melalui catatan terbarunya, Vivy berkongsi pelbagai pengalaman serta cabaran kesihatan yang dihadapinya sejak disahkan menghidap lupus, satu penyakit yang menyerang tisu dan organ dalam badan secara senyap.

Vivy dan suaminya, Datuk Fadzarudin Shah Anuar, sebelum ini didakwa di mahkamah atas pertuduhan pilihan berkaitan pecah amanah dana pelaburan milik Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) berjumlah RM8 juta, yang dikatakan berlaku kira-kira enam tahun lalu.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-7-2025 12:18 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-7-2025 08:55 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-7-2025 09:14 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2025 09:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Lupus ni sakit apa?
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2025 09:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Scary sebenarnya lupus ni..ada sedara yg meninggal muda giler gara2 lupus ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-7-2025 09:39 AM From the mobile phone | Show all posts
krustykrab replied at 18-7-2025 09:30 AM
Lupus ni sakit apa?

Auto immune. Badan sndiri dh xkenal antibodi sendiri. Kita yg normal nie, antibodi bertindak melindungi diri kita drpd terima kuman2 harmful dari luar.. dia tlg tepis siap2.... tp org yg ada mslh ni, antibodi dgn badan sndiri dh x bekerjasama...... bdn sndiri rosakkan antibodi.. cmtu la scra ringkasnya... byk pills kena makan stiap hari for lifetime..kena mkn smpai mati... dan ada mcm2 jenis kerosakan organ

Ada yg rosak saraf..ada yg rosak buah pinggang.
And u know what. Klo autisme byk serang anak2 llki...tp  SLE ni byk serang wanita... sbb wanita lebih byk hormon compared lelaki.... pantang larang dlm daily routine pn byk... xleh mkn byk2..xleh buat aktvt lasak..dan xleh mkn lewat.... haid pun jd xbyk.... bdn dh problem and makin collapse.... klu tgk org tu mata dia mcm tersembul keluar.. it means dia ada SLE.
Derita pnykit ni.
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2025 09:41 AM | Show all posts
kawan I kn penyakit ini. kesian sbb banyak steroid kena telan. klu tak mmg mudah sakit. kencing berterabur.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-7-2025 09:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Iols pesakit Lupus dari 2009 , SLE serang buah pinggang.Alhamdulilah SLE iols stabil/tak aktif /under remission .Iols ada baca Vivy kata nk Cuba rawatan alternative.Nasihat iols ,focus lah dgn ubat /rawatan hospital sebab nya masa awal2 sakit iols pun kritikal sebab Cuba jgk supplements,rawatan alternative.Last2 bila teruk ,ke hospital jugak . Alhamdulilah iols getting better lps buat chemo 6 kali & skrg masih lagi follow up 6 bulan sekali /ubat ambik dose minimum.Sle iols serang buah pinggang saja setakat ni ,sendi & kulit semua so far ok .Jadi iols boleh je kena panas & tak mcm setengah patient yg tak boleh kena panas .
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2025 10:07 AM | Show all posts
Salah reruai ini. Thread pasal isu ini dah ada.
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2025 10:49 AM | Show all posts
pauliza replied at 18-7-2025 09:46 AM
Iols pesakit Lupus dari 2009 , SLE serang buah pinggang.Alhamdulilah SLE iols stabil/tak aktif /unde ...

wah kuatnya uols.
nak tanya, dia ada rasa "sakit" ke?
atau lupus ni buat keje senyap2 je? tahu tahu dah parah..
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2025 11:39 AM From the mobile phone | Show all posts
awanysss replied at 18-7-2025 10:49 AM
wah kuatnya uols.
nak tanya, dia ada rasa "sakit" ke?
atau lupus ni buat keje senyap2 je? tahu tah ...

Susah jugak nak diagnosed awal2 .Mula2 keletihan yg melampau ,muka& Kaki bengkak .Bila test urine ada darah & protein .Buah pinggang yg normal sepatutnya takde semua tu.3,4 Klinik jgk pergi ,tp takde solution.Klinik yg ke 4 Tu refer ke hospital besar & suruh buat kidney ultrasound.Dari result ultrasound diaorang refer ke Pakar buah pinggang.Awal2 Dr suspect Nephrotic syndrome tapi bila buat biopsy buah pinggang confirmed Lupus Nephritis class IV & kena buat chemo 6 kali . Alhamdulilah lps chemo SLE perlahan2 jadi tak aktif & fungsi buah pinggang normal .Last jmp Dr bln 5 creatinine normal & urine semua clear (takde protein /takde darah ) .Ubat masih mkn tp dose minimum.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2025 12:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Manusiabesa replied at 18-7-2025 09:39 AM
Auto immune. Badan sndiri dh xkenal antibodi sendiri. Kita yg normal nie, antibodi bertindak melin ...

Oh.. kiranya sle ni salah satu penyakit yg disbbkn autoimmune la kan?
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2025 12:51 PM From the mobile phone | Show all posts
pauliza replied at 18-7-2025 09:46 AM
Iols pesakit Lupus dari 2009 , SLE serang buah pinggang.Alhamdulilah SLE iols stabil/tak aktif /unde ...

Very complicated one punya disease. Circle iols ada 2 org. First one tu wife spupu laki iols. From arab country.klu tgk muka dia mmg pucat,bila mai stay rumah iols klu lmbt sikit jamu mkn dia dh start shaking. Pills byk kena mkn.mata agak tersembul. Tp dia jenis yg xserang organ..cuma dia kena jaga pemakanan,tepung2 lgsg xleh.mjur dia jenis mmg suka mkn benda organik sejak dlu. On steroid tu pn dh ckup membosankan... haid bulanan pn mai sikit2 ja. Anak xleh ada.sbb klu ngndung kena off salah satu steroid utk 9bulan..risk utk diri sndiri pulak.

Pastu jiran kakak iols, 2nd case. Ini worst.sbb tiba2 dia collapse.terus lumpuh, serang sendi.bgun xleh,bediri apa smua xleh.terbaring pakai pampers..maknya letak katil dia bawah tangga..sng nk monitor.. mmg.xleh kena panas mthri. Tp bdn sembab sbb kesan steroid.

Smoga pahala utk yg bersabar
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2025 12:53 PM From the mobile phone | Show all posts
krustykrab replied at 18-7-2025 12:33 PM
Oh.. kiranya sle ni salah satu penyakit yg disbbkn autoimmune la kan?

Ya plus minus mcm tu. Wanita la kena serang yg byk sbb kita lebih byk kelenjar hrmon berbanding llki.  
Laki plk dugaan byk lahir2 skrg dh autism.

Population manusia kini byk yg worst, comes along with pnykit kronik. Dh xbyk manusia yg ada kesihatan berkualiti
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2025 01:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Manusiabesa replied at 18-7-2025 12:51 PM
Very complicated one punya disease. Circle iols ada 2 org. First one tu wife spupu laki iols. From ...

So far iols lps iols chemo 2009-2010 Tu perlahan2 Lupus Nephritis iols jd stabil & dose ubat pun makin berkurang .Kira skrg iols hidup mcm biasa je,cuma stress memang kena control .Awal2 diagnosed prednisolone/steroid saja 13 biji kena ambik ,tak masuk ubat2 lain lagi .Skrg prednisolone sebiji .Bila SLE makin tak aktif/ stabil/under remission boleh pregnant mcm biasa.Selalu yg Dr tak bagi pregnant bila SLE tgh aktif ataupun tgh chemo /on ubat yg bahayakan kandungan.Kalau tgk di SLE support group ,simptoms setiap pesakit memang berbeza .
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-7-2025 01:09 PM | Show all posts
pauliza replied at 18-7-2025 09:46 AM
Iols pesakit Lupus dari 2009 , SLE serang buah pinggang.Alhamdulilah SLE iols stabil/tak aktif /unde ...

Allahu..semoga Allah Taala beri kesembuhan dan dipermudahkan segala urusan awak.....
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2025 01:11 PM From the mobile phone | Show all posts
pauliza replied at 18-7-2025 01:04 PM
So far iols lps iols chemo 2009-2010 Tu perlahan2 Lupus Nephritis iols jd stabil & dose ubat pun m ...

Alhmdlh bila uols makin sembuh. Kita x demand utk free terus sbb allh punya kuasa kan sejak awal2 lg kita tau pnykit ni hingga akhir nyawa. Tp at the very least, bila getting better, lebih stabil... what to demand more... org penah ada pnykit teruk, bila kurang skit pun dh disyukuri sgt2...... bygkn tgh sihat elok2 tiba2 collapse.... tp tu la iols x tny pulak cuzin laki iols tu dia xbuat chemo ke. Klu chemo ada y not try.... xpun mgkin doc dh offer dia tp dia yg refuse.. taktau lah.....
Ya dia mmg over snsitive.. klu lama xwsap dia pn dia dh rasa mcm org sisih dia.. tu mula nk stress.. patutnya elak stres..tp dia overthinking. Mgkin daily life yg sunyi. Anak xda, hidup dgn ubat2an..... what a pity girl... xtau nk tlg cmna... doa sja moga dia pn dpt syifa ksembuhan 1 fien day
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2025 01:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Manusiabesa replied at 18-7-2025 01:11 PM
Alhmdlh bila uols makin sembuh. Kita x demand utk free terus sbb allh punya kuasa kan sejak awal2  ...

Tak semua pesakit perlu buat chemo ,ikut condition pesakit jugak & biasanya yg libatkan prgan.Mcm iols class IV kena chemo guna ubat cyclophosphamide,kawan iols class V tak perlu buat ,mkn ubat saja .Sebab iols pernah sakit teruk ,dapat hidup mcm skrg pun syukur sangat dah
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2025 01:48 PM From the mobile phone | Show all posts
farralemkova replied at 18-7-2025 01:09 PM
Allahu..semoga Allah Taala beri kesembuhan dan dipermudahkan segala urusan awak.....

Terima kasih
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-3-2026 12:09 PM GMT+8 , Processed in 0.111600 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list