CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 27119|Reply: 145

[Jenayah] Pelajar tingkatan 1 maut jatuh bangunan tingkat 3 asrama, timbul dakwaan dibuli

[Copy link]
Post time 18-7-2025 09:09 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode

Baru-baru ini, berita kematian pelajar Zara Qairina tular di media sosial, mencetuskan kebimbangan ramai berikutan dakwaan ia berkait dengan isu buli di asrama sekolah.

Pemergian pelajar Tingkatan 1 ini mengundang simpati masyarakat yang mahu kejadian itu disiasat dan keadilan ditegakkan.





Menerusi perkongsian di laman Facebook Dun Sindumin Sipitang, pelajar berusia 13 tahun itu, Allahyarhamah Zara Qairina, didakwa terjatuh dari tingkat tiga blok penginapan pelajar di SMA Tun Datu Mustafa, Limauan.


“Salam Takziah kepada seluruh keluarga Allahyarhamah adik Zara Qairina pelajar Tingkatan 1 SMA Tun Datu Mustafa Limauan meninggal akibat terjatuh daripada tingkat 3 Asrama.

“Allahyarhamah adik Zara Qairina berasal daripada Sipitang sebelum ini bersekolah di SK Pantai Sipitang akan dikebumikan di kuburan Tg Ubi daripada Masjid Mesapol,” demikian hantaran tersebut.

Lebih memilukan, wujud dakwaan bahawa kejadian ini mempunyai kaitan dengan perbuatan buli. Halaman Facebook yang sama turut menuntut agar siasatan dijalankan secara telus bagi memastikan keadilan buat arwah.


“Sekiranya benar kematian Allahyarhamah ini disebabkan buli, kita minta supaya semua yang bertanggungjawab dihadapkan ke muka pengadilan dan mendapat hukuman setimpal atas perbuatan mereka!

“Allahyarhamah adik Zara Qairina antara pelajar yang cemerlang dan aktif dalam aktiviti di Sekolah SK Pantai Sipitang sebelum ini,” tulisnya lagi.




Lebih memilukan, satu hantaran di TikTok dipercayai milik keluarga Allahyarhamah memuat naik luahan hati penuh emosi, seolah-olah merujuk kepada individu yang pernah menyakiti anaknya.

“Kepada pembenci-pembenci anak saya, mungkin kamu sudah berpuas hati melihat keadaan ini.

“Ingat, selagi kamu belum memohon maaf dan mengaku, saya juga tidak akan memaafkan kamu. Saya tahu nama-nama mereka yang selalu Zara sebut,” kongsinya.

Video hantaran tersebut turut mendapat lebih seribu tanda suka dan ratusan perkongsian, disertai komen-komen yang rata-rata bersimpati dan berharap agar kes ini tidak dipandang ringan.

“Salam takziah utk kluarga utk peringatan kepada keluarga yang ada anak bersekolah di sekolah yang sama kalau anak mengadu kena buli atau apa apa saja yang tidak normal, jangan ambil tidak peduli atau angap alasan anak kalau sudah jadi macam menyesal pun tidak guna.

“Harap ada keadilan untuk arwah. Jangan kita ambil remeh hal begini, ini bukan normal.

“Mohoh disiasat sebaiknya, sebagai ibu bapa yang ada anak bersekolah walaupun tidak bersekolah tempat yang sama tapi duduk di asrama turut berdukacita dan risau keadaan sebegini,” antara komen yang ditinggalkan.

Jika benar ada unsur buli yang menyebabkan pemergian adik Zara Qairina, masyarakat berharap agar keadilan ditegakkan seadilnya.

Semoga tragedi ini menjadi peringatan kepada semua pihak, terutama institusi pendidikan dan ibu bapa, agar keselamatan dan kesejahteraan anak-anak sentiasa diutamakan.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-7-2025 09:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Glass_shoes at 18-7-2025 09:14 PM

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2025 09:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya.. moga arwah brsama org beriman. dan moga ada keadilan buat arwah.
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2025 09:40 PM | Show all posts
Kena tolak kah? Cctv ada?
Takziah pada mangsa dan keluarga.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-7-2025 10:02 PM From the mobile phone | Show all posts
silance replied at 18-7-2025 09:40 PM
Kena tolak kah? Cctv ada?
Takziah pada mangsa dan keluarga.

Kalau mengikut komen TT, arwah yg terjun sbb tak tahan dibuli..Apa pon menteri pendidikan kata jangan buat spekulasi, tunggu siasatan
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2025 10:25 PM | Show all posts
Glass_shoes replied at 18-7-2025 10:02 PM
Kalau mengikut komen TT, arwah yg terjun sbb tak tahan dibuli..Apa pon menteri pendidikan kata jan ...

Pengalamanku, zaman sekolah ada juga kekawan yang perangai macam nyet, tapi takdak la sampai rasa nak terjun. Teruk sangat dah kawan arwah ni.....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-7-2025 11:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Kes sabah lagi pembuli, ituhari doctor hospital sabah terjun, berdasarkan pemerhatian ai zaman dulu sampai skrg sabah pembuli agak jahat, ada anak PGA tak menjadi diberi makan benda haram ka
Sabah darul buli
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2025 12:03 AM | Show all posts
ninja boy replied at 18-7-2025 04:03 PM
Kes sabah lagi pembuli, ituhari doctor hospital sabah terjun, berdasarkan pemerhatian ai zaman dulu  ...

Ini takde kene mengene dgn negeri, tu semua masalah individu itu sendiri, sabah ke semenanjung ke ada je pembuli, even dlm keluarga pun ada pembuli. Jadi jgn tuding jari ke negeri2 tertentu.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-7-2025 12:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Pembuli ni ko jgn tnjuk ko lemah. Teringat aku pindah skolah baru mase skolah dulu, ade betine ni ajet2 nak buli aku sbb nmpak aku cam diam je. Tolak2 bahu aku pastu mntak aku duit, aku tnjuk jari tengah,dia tarik tudung aku, aku tarik tetek dia. Yg konco2 dia menyibok aku hala gunting, nak mati mai sinilah. Baru dia tauu, salah org dia nak buli. Nampak diam bkn bermakna lemah. Yg si betina tu mmg aku anti smpai abes skolah, tp konco2 dia adelah yg jadi member. So adik2 yg kene buli, jgn tunjuk lemah. Lawann je. Sbb pembuli ni bknnye kuat nau, acah2 kuat je sbb ade konco2 bodoh blkg diorg. Apepun takziah buat keluarga adik ni, semoga ade pembalasan buat si pembuli.
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2025 07:36 AM From the mobile phone | Show all posts
skolah agama kan?
parents pun kalo anak ckp tk nk dok asrama. dengar lah. mungkin dia tak bersedia lg.
sedih kan. parents bercerai. masing² tk nk bela ke.. pi bubuh kat asrama.
kalo dibuli, kenapa paksa jugek anak tu tggl di asrama.
faktor terjun tu, bkn sbb persekitaran sekolah yg dia tk suka je. tentu nya dia bersedih sbb parents pun tk amik berat.. dh bercerai tp tk nk jaga dia.
jd jgn salahkn pihak skolah bulat2.
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2025 07:38 AM From the mobile phone | Show all posts
ninja boy replied at 18-7-2025 03:03 PM
Kes sabah lagi pembuli, ituhari doctor hospital sabah terjun, berdasarkan pemerhatian ai zaman dulu  ...

Ko pun nak jadik pembuli ke dengan komen begini?
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2025 07:42 AM From the mobile phone | Show all posts
zehra2 replied at 18-7-2025 11:36 PM
skolah agama kan?
parents pun kalo anak ckp tk nk dok asrama. dengar lah. mungkin dia tak bersedia l ...

Semalam weols hada kursus. Kebetulan penceramah tu cikgu dari sekolah ni. Tau la sikit cerita kenapa dia dibuli, etc.

Btw, banyak pihak boleh disaman dalam kes ni. Sekolah boleh, hospital boleh. Kalau awal adik ni dijumpai pehtu dibawak ke spital utama di KK macam spital Queen, Likas, memang dia hidup rasanya. Masalahnya segala2 dah terlalu terlewat. Sampai dah tahap brain dead, then mak decided untuk unplug ventilator.
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2025 07:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by dua_chzy at 18-7-2025 11:52 PM
silance replied at 18-7-2025 02:25 PM
Pengalamanku, zaman sekolah ada juga kekawan yang perangai macam nyet, tapi takdak la sampai rasa  ...


Dulu lain.

Sekarang lain.

Meols pun tak berani nak marah2 sangat pelajar2 meols. Jiwa meka rapuh, lagi2 pelajar dari broken family. Pernah berlaku, meols setakat soh pelajar present pasal barang yang meka sayangi, dah meraung2 sorang budak pompuan ni dalam kelas.

Tahun ni pernah juga meols marah budak jantan Form 3 sebab escape kelas meols - masa balik jumpa la kan muka tadak perasan jalan menuju ke kelas nak ambik beg, pehtu masa meols marah tu dia jerit lawan meols. Then weol bertekak. Tapi tiber dia lak nangis soh meols bunuh ja dia kalau dah benci sangat. Ya hampon...Dulu rasanya takda kot pangai pelik2 gini. Tapi lepas kejadian tu budak tu dah tak escape kelas meols dan rajin hanto keje.

Pernah juga berlaku, cikgu lain yang marah, tapi tiber la pula bebudak pompuan yang kena marah tu pi peluk meols sambil nangis2 mintak mahap (sebab meols guru kelas meka). Aiya...

Rapuh la. Rapuh.
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2025 07:51 AM From the mobile phone | Show all posts
silance replied at 18-7-2025 10:25 PM
Pengalamanku, zaman sekolah ada juga kekawan yang perangai macam nyet, tapi takdak la sampai rasa  ...

Bdk skang level semacam weh bab membuli ni. Ni kwn aku la ckp...aku ajar skolah rendah masih terkawal.
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2025 07:53 AM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 19-7-2025 07:49 AM
Dulu lain.

Sekarang lain.

Aku rse kan..kkdg faktor mak bapak. Mak² dulu² ramai x bekerja..xde rse tertekan klo bekerja pun. Skarang..rata² mak² bekerja. Klo duduk di bandar bsr lg la..sentiasa sibuk. Kluar gelap balik gelap. Anak² terasa terabai. Maybe la kan..sbb aku dulu mak ayh bekerja tp masih ad masa bersama anak.
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2025 08:33 AM | Show all posts
إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-7-2025 08:39 AM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 19-7-2025 07:49 AM
Dulu lain.

Sekarang lain.

Bdk2 skang pun lg toxic dr zmn ak dulu..ank bongsu ak darjah 5 cite ngn ak psl kwn2 kelas dia.. Sampi berkaca2 mata dia... Ak rase mcm nk turun sek g gado ngn bdk darjah 5 je.. Sabar je la ati.. Ak ckp ngn ank ak x payah kwn ngn org2 mcm ni.. Tp kawan jua .. Sbb bdk tu pandai n popular... Lantak ko la... Tp jgn Lebih2 pulak
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2025 08:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Innalillahiwainnailaihirojiun..mn nak ada CCTV kan SMA..jatuh pun jatuh sendiri..sbbkan dibuli..bahaya btl budak zaman skrg.. buli smpai mcm tu sekali.. parents kalau perasan anak jd pendiam, takleh tidur, ada perasaan nk bunuh diri tlg la bawa anak p jumpa psychiatrist..
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2025 09:03 AM From the mobile phone | Show all posts
shida81 replied at 19-7-2025 12:39 AM
Bdk2 skang pun lg toxic dr zmn ak dulu..ank bongsu ak darjah 5 cite ngn ak psl kwn2 kelas dia.. Sa ...

Ni pun betul juga. Anak2 meols pun kena. Contohnya, kecik2, baru tadika dah tak mau kawan anak meols sebab kaki anak meols hado kudis (anak meols hado eczema masa kecik2 dulu. Selalu gsru2 sampai luka, tu la punca). Mesti mak pak jenis ajo anak tengok fizikal appearance macam ex kelig meols, bila anak komplen pasal cikgu, menda first dia tanya cikgu tu cantik ke tidak. Apa kaitan ntah.
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2025 09:19 AM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 18-7-2025 11:42 PM
Semalam weols hada kursus. Kebetulan penceramah tu cikgu dari sekolah ni. Tau la sikit cerita kena ...

ni mcm lebih kurang mcm kes arwah yg kena tekap dengan stereka tu ke ticer
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-4-2026 05:31 PM GMT+8 , Processed in 0.268414 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list